Semakin hari teknologi semakin maju. Dengan perkembangan teknologi, cara hidup kita pun akan lebih mudah - sepatutnya.
Jika kita belum mampu atau belum boleh lagi capai teknologi tersebut, memadailah kita padankan dengan apa yang sedia ada. Jangan sampai ketinggalan sudahlah.
Inilah yang aku nampak dalam satu sudut kecil (banyak lagi sebenarnya) sepanjang menguruskan anak-anak sekolah sepanjang 17 tahun. Dan masih berbaki 11 tahun jika dipanjangkan umur, melihat putera bongsu memikul beg sekolahnya yang berat.
Bukan tak pernah bersuara di mesyuarat PIBG, tetapi bila cadangan ini katanya bukan untuk peringkat sekolah, aku diamkan saja. Aku fikir itulah saluran yang betul, pandangan yang jika perlu dipanjangkan ke PPD, seterusnya ke peringkat negeri, persekutuan, dan seterusnya boleh dibentang dan bahas di parlimen. Tapi suara kecil ini nampaknya hanya layak dilontar dalam blog saja.
Hari ni paling ringan, guna timbang badan dan timbang masakan,
sama je 4 kilo...
Setiap hari kita disajikan secara tidak langsung dengan kemudahan rak sekolah di kaca tv menerusi cerita luar negara, dan itu sebenarnya boleh jadi panduan bagaimana kita boleh perbaiki kelemahan sistem kita.
Sumber : STATISTIK BILANGAN SEKOLAH, MURID & GURU. Katalah tiada perubahan hingga kini, bermaksud kekal 10,220 sekolah.
Macam yang aku tulis awal-awal tadi, jika kita masih belum mampu nak beri kemudahan komputer menerusi pembelajaran tanpa buku untuk setiap pelajar di sekolah; boleh saja sediakan rak buku di setiap kelas untuk setiap seorang.
Jika ada kemudahan tu, murid hanya perlu bawa balik ke rumah buku untuk rujukan dan kerja rumah sahaja. Selebihnya mungkin buku kerja untuk 2 hari berikutnya. Ini, dengan beg sekolah lain, beg lukisan lain. Apa lagi yang berebut naik bas sekolah, mau koyak beg...
Kerajaan boleh buat peruntukan. Selaraskan semua sekolah, jadi tak perlu sewa.
Jika purata tiap sekolah ada 30 bilik darjah; jumlahnya menjadi 306,600 bilik darjah. Anggaran setiap kelas punyai 20 meja untuk pelajar, dan semua sekolah jalankan satu (1) sesi; maka kita perlukan 6,132,000 rak yang sama saiz. Ini mewakili jumlah pelajar. Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia tunjuk tak sampai 5 juta pelajar.
Setiap kelas hanya perlu maksima 60 rak kecil ini (jika diambil kira ada sekolah jalankan 2 sesi persekolahan), sebaiknya rak besi. Boleh diletak di bahagian belakang bilik darjah. Jika kerajaan lantik satu kilang saja untuk jalankan projek ini - hanya sekali sahaja tak perlu tukar lagi dah rak tersebut.
Ini kan masalah global sekolah yang ada, bukan di sekolah anak saya saja...
xnak komplen psl makan nasi putih dgn kuah je ke bang.. 😅
ReplyDeleteHehe kena dengar 2-2 belah pihak (kantin dan murid) baru boleh tau cerita yang betul
DeleteAduh tidak habis lagi masalah ini.
ReplyDeleteErmmm nampaknya. Saya sekadar bagi cadangan
Deletesy ajar di sek men. budak2 dtg sek bawa pen sebtg je. buku2 letak dlm laci. balik umah pun x bawa balik buku...
ReplyDeleteTak semua guru sepakat cikgu
DeleteLama dah kisah beg berat ni dipandang sepi oleh pihak yang berkenaan. Tahu ajelah di negara kita tanah air tercinta ini menteri selalu tukar baharu nak tukar polisi dah tukar pulak menteri lain huhuhuuu... lagipun anak-anak kayangan pergi sekolah international memang wujud locker sendiri.
ReplyDeleteiyalah Mrs. A, tapi kalau locker tu jadi sebahagian dari peralatan utama sekolah seperti kerusi meja kelas, ok je kot
Deletekesian kt budak2 kecik..dah mcm training askar, bawa beg berat..
ReplyDeletePernah puteri bongsu saya minggu pertama sekolah tahun 2016 masa tu dia tahun 1, tarik beg sekolah beroda. Tak bergerak beg tu tapi dia yg jatuh tersungkur...
DeleteIsu yg habis2 lagi. Kesian especially yg badan kecil tu. Mcm kat sekolah anak mama budak badan kecil tu selalu jatuh tangga bawa beg berat
ReplyDeleteBaru-baru ni nampak kat grup sebelah, satu brader tu lintas jalan bantu sorang adik yang terkial-kial sampai terduduk tak dapat nak sangkutkan beg sekolahnya sebab terlalu berat...
Delete