Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Terengganu Kita

EmpayarUtama - Sunday, May 1, 2022 : No comments

Selepas siap segala persiapan Aiman, akhirnya 13 Mac 2022 kitorang bergerak dari JB ke Terengganu. Guna jalan pantai je lalu Kota Tinggi, Mersing, Rompin, Pekan dan Kuantan.

Gerak 2 kenderaan sebab sibujang tu akan terus tinggal dengan kereta dia kat sana.

Semput juga sebab penangan Covid belum habis betul. Kena bermask dan kebetulan cuti sekolah. Senang sikit sebab tak perlu buat surat untuk anak-anak tapi harga penginapan sepanjang cuti sekolah ada sikit mahal.

Tapi, sebab pertama kali nak redah pantai timur; kitorang rancang singgah bermalam satu malam kat Cherating. Esoknya baru sambung perjalanan dan ambik satu malam di Terengganu, alang-alang dah ke sana. Hari ketiga baru ikut Aiman ke rumah sewa dia dan pastu terus balik JB.


Kat bawah kiri hari kedua perjalanan, 14 Mac; selepas bermalam di Samsuria Beach Resort & Residence, Cherating menuju Kuantan. Bawah kanan pula kami selamat sampai ke Terengganu sekitar jam 3 lebih... :


Lepas ambil bilik di DSH Batu Burok Beach Resort petang tu, saja pusing-pusing guna 1 kenderaan je melawat beberapa tempat sekitar Kuala Terengganu. Haa bawah ni dah sampai pun depan pintu masuk UMT :



Hari ketiga, 15 Mac; selepas tengok rumah sewa si Aiman kami makan tengahari di kedai Kari Kepala Ikan KKK - (Kedai Kari Karkun).

Dengar cerita ini kedai Kari kepala Ikan yang tersohor di Terengganu. Boleh gugel untuk cari kedainya.

Sebab niat cuma nak makan di sini, tak banyak gambar untuk kenangan tapi adalah sikit boleh tekan butang bawah ni untuk tengok :

Lepas makan, pergi ke sini pula - Keropok Lekor Zaki. Pun boleh gugel untuk cari kedainya. Dah terlanjur singgah, beli banyak juga untuk bawa balik hehe. Meh tengok slide ya :


Cara mereka buat dan masak keropok lekor lebih kurang sama macam kat kampung arwah atuk aku di Mersing, Johor.


Sebelum betul-betul nak gerak balik JB, wife dan anak-anak sempat lagi borong satu guni keropok kering :) Lepas Asar baru bertolak balik dan sampai rumah dah lepas 2 pagi 16 Mac 2022. Semput haku...

Untuk Samsuria Beach Resort & Residence, Cherating, Kuantan dan DSH Batu Burok Beach Resort; senang-senang nanti aku update entri pos tempat peranginan ini.


Tiba Giliran Alexa

EmpayarUtama - Sunday, April 24, 2022 : 3 comments

Sepanjang kenal dunia blogging, satu persatu laman web yang aku biasa guna menamatkan perkhidmatan mereka.

Pada 1 Mei 2022 nanti, Alexa pula akan hilang. Dulu dia ada macam macam jenis widget. Dari Page Rank sampailah ke Total Visitor.

Ramai yang guna Alexa ni terutama untuk lihat prestasi dan perbandingan semasa.


Ada juga beberapa program yang mensyaratkan penggunaan Alexa Toolbar (ini untuk naikkan ranking laman web dia sendiri) untuk kita terus melayari program tersebut.

Aku pun cuma tahu bila terbaca kenyataan di toolbar yang aku pasang.


Jadi, aku buat cerita ini untuk abadikan Alexa yang pernah wujud dan ada sangat lama dalam dunia maya.

Sebelum terlupa; Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya IdilFitri dari kami sekeluarga.


Masa Untuk Ubah Sikap

EmpayarUtama - Sunday, April 17, 2022 : No comments

Kebiasaan yang sukar diubah terutama soal menepati waktu dalam kehadiran. Denda / penalti lewat tidak bantu percepat proses kehadiran individu.

Walau penambahbaikan dibuat dari menulis kehadiran dalam buku log, bertukar kepada punch kad, seterusnya sistem thumbprint, 'SISTEM' seperti/ seolah-olah tak boleh ubah sikap.

Kesemua tempat kerja yang aku terlibat sekarang ini hadapi masalah yang sama walau sudah diperingatkan untuk beri perhatian kepada kelonggaran kehadiran dengan sebaiknya.

Jika sebelum ini kena clock in jam 8 pagi, akan terlewat beberapa minit, maka dilonggarkan kepada 8.30 pagi. Pun masih terlewat beberapa minit selepas 8.30 pagi itu.

Jadi, bila dilonggarkan kepada jam berapa pun akan terbiasa juga lewatnya kepada beberapa minit selepas waktu baru tersebut...

Sepatutnya kelewatan itu tidak berlaku lagi bila masa telah ditarik lewat setengah jam.

Ini beri maksud kebiasaan lama tetap menjadi kebiasaan lama yang hanya dibawa menjadi kebiasaan baru.
Iyalah, jika dulu biasanya datang kerja jam 8.15 pagi walaupun waktu sebenar jam bekerja ialah pukul 8; setelah ditukar kepada 8.30 pagi - kehadiran lewat yang sama itu (8.15 pagi) tidak akan jadi lewat lagi. Tapi kini kelewatannya menjadi 8.45 pula...

Sikap perlu diubah, cumanya, berapa lama 'masa' diperlukan untuk ubah sikap itu...