Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Festival Anime: Toppen Tebrau

EmpayarUtama - Tuesday, August 1, 2023 : No comments

Kali ini Anime Fest berlangsung di Toppen Tebrau pada 29 Julai 2023. Puteri bungsu memilih kostum 'Nene Yashiro'.

Nene Yashiro ialah seorang gadis berusia 15 tahun dengan mata magenta besar yang mempunyai aksen oren. Rambutnya separas pinggang berwarna krim cerah, yang beransur-ansur pudar menjadi hijau teal lembut di hujung dan digayakan dengan poni bayi di dahinya.
Dia memakai dua aksesori rambut magatama berwarna coklat gelap yang menyerupai tanduk di sisi kepalanya, yang menarik beberapa rambutnya ke belakang. Kadangkala, Nene memakai gaya rambut lain seperti tocang, ekor kuda dan ekor berkembar. Matanya berwarna magenta dihiasi dengan aksen oren/kuning.


Nene Yashiro ialah pelajar sekolah menengah tahun pertama di Akademi Kamome Gakuen yang gemar cerita ghaib, yang sangat menginginkan teman lelaki.


Ok, pusat beli-belah Toppen adalah destinasi sehenti dengan 4 tahap pengalaman peruncitan yang unik, 300 kedai dan hab komuniti atas bumbung yang pertama seumpamanya, The Topp.

Toppen Shopping Centre Dimiliki dan dikendalikan oleh Ikano Centres, sebahagian daripada IKEA Asia Tenggara. Megamall ini dibuka pada 13 November 2019.

Selain Ikea Tebrau, Toppen juga terletak betul-betul bersebelahan dengan sebuah lagi pusat beli-belah gergasi, AEON Tebrau City yang popular.

Walaupun ia kelihatan seperti dua bangunan yang berasingan dari luar, Toppen dan Ikea Tebrau disambungkan melalui laluan penghubung. Rangkaian pawagam mewah Malaysia TGV (L3-01) menduduki sebahagian besar ruang tingkat tiga dengan 12 dewan pawagam bertema. Antara pusat membeli belah terbesar di Malaysia; salah satu pusat membeli-belah terbaik di Johor Bahru.

Meh sambung balik tengok gambar, dan sedikit info tentang Nene Yashiro:


Pakaian seragam Kamome Gakuen Nene terdiri daripada pakaian kelasi berwarna krim, yang mencapai lututnya dan mempunyai labuh bergerigi. Lapisan skirt berwarna magenta dalam manakala kolar, cuff dan poketnya semuanya berwarna coklat dengan butiran krim. Tunduk kolarnya adalah warna yang sama dengan pakaiannya dan termasuk jalur coklat; Nene juga melampirkan kerongsang tengkorak peribadinya di atas haluan.






Nene memakai selipar uwabaki krim dan oren seragam; memilih memakai seluar ketat coklat gelap dengan corak separuh bulan kecil berhampiran buku lali dan bukannya stokin paras lutut coklat yang biasa.


Pinjaman

EmpayarUtama - Friday, July 28, 2023 : No comments

Aku terbaca satu tweet Pelabur Bijak tentang persoalan sama ada nak selesaikan hutang sedia ada atau simpan wang yang ada.

Ianya bergantung kepada dah berapa lama buat pinjaman kenderaan tu. Kalau dah lepas separuh dari tempoh pinjaman, selesaikan je. Tapi kat sini aku nak kongsi sikit tentang pinjaman.

Dari sudut pandang aku, dan mungkin para bank juga bersetuju; kolateral (aset yang dicagar dan pembayaran dibuat secara ansuran) itu penting bila kita ada keperluan untuk buat pinjaman lain pada masa depan.


Aku cuba huraikan ya. Jika kita bermula dengan buat pinjaman kenderaan untuk tempoh 6, 7, 8 atau 9 tahun; sama ada cantik atau tidak rekod pembayaran kita itu selepas 12 bulan boleh dilihat oleh pihak yang akan beri pinjaman seterusnya jika kita mohon.

Laporan CCRIS menyenaraikan sejarah pembiayaan dan pembayaran balik peminjam sepanjang 12 bulan, mengikut pelaporan institusi kewangan yang ambil bahagian [rasanya semua bank termasuk syarikat kredit terlibat].

Katalah pinjaman kenderaan untuk 7 tahun di bank A. 'Track record' atau rakam jejak pembayaran bulanan akan jadi penanda aras sama ada kita layak atau tidak untuk buat pinjaman lain/seterusnya seperti pinjaman peribadi (sambung belajar, nak cukupkan duit kawin, deposit beli rumah, pelaburan); untuk upgrade kenderaan; atau untuk apa-apa tujuanlah.

Pihak bank akan buat penilaian yang sama penting selain pendapatan bulanan kita sebelum buat keputusan nak bagi pinjaman tambahan/baru atau tidak; begitu juga dengan jumlah kelulusan pinjaman.

Aku sarankan kepada mereka yang sudah melepasi setahun bekerja; jika ada duit lebih untuk beli kenderaan - buatlah pinjaman tapi jangan sampai terbeban dengan bayaran bulanannya. Setahun dua setelah buat pinjaman mungkin terfikir nak beli rumah pula; atau nak kahwin; atau nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi; atau nak guna untuk sesuatu urusan yang mendesak.

Apatah lagi bila pinjaman kali ini akan lebih besar amaunnya. Makanya di sinilah 'track record' pinjaman sedia ada sangat membantu...


Hutang Peneroka FELDA

EmpayarUtama - Thursday, July 20, 2023 : 3 comments

Berita yang ini menarik minat untuk aku dedikasikan dalam blog.

Antara lain: ... "Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin (MY) menuntut Anwar Ibrahim (AI) mengemukakan bukti bahawa perdana menteri itu telah menandatangani surat atau dokumen selaku menteri kewangan bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.
Ini selepas AI mendakwa pelupusan hutang itu gagal dilaksanakan sewaktu MY menjadi perdana menteri."

Yang aku nampak isunya ialah:
1. AI tuduh MY hanya umum tapi tak laksanakan pelupusan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 Bil.
2. Azalina kata dah laksanakan pada 2021/2022.
3. AI kata dia sendiri yang sain dokumen untuk pelupusan hutang peneroka FELDA.

Mari tengok kenyataan dari FELDA sendiri:

1. Penebusan SUKUK untuk FELDA berjumlah RM9.9 Bil (RM990 juta setahun selama 10 tahun) untuk pulihkan kedudukan kewangan FELDA

2. Penghapusan hutang peneroka FELDA dah dilaksanakan di peringkat FELDA pada 2021/2022
Kemaskini: Felda: Hutang peneroka diselesai 2021, PM tandatangan FSRA Jun lepas.

Tengok pula dokumen yang ditandatangani oleh AI pada 26 Jun 2023:


Kenyataan FELDA selari dengan kenyataan Azalina. Oleh itu betullah pelupusan hutang peneroka FELDA dah selesai pada 2021/2022 menerusi aliran tunai FELDA itu sendiri. Pelupusan hutang peneroka FELDA dah selesai pun.

MY tak sempat nak cover balik masalah kewangan FELDA itu sendiri kerana kerajaannya tumbang selepas itu. AI tandatangan SUKUK Kerajaan pada 26 Jun 2023 untuk cover balik masalah kewangan FELDA. Bukan tandatangan untuk selesaikan pelupusan hutang peneroka FELDA.

Baca juga: Bahaya, Anwar tak tahu apa dia tandatangan - Muhyiddin.


Klook.com