Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Rutin di Melaka

EmpayarUtama - Sunday, October 29, 2023 : No comments

Banyak perkongsian aku dalam blog ni berkisar di Melaka. Bukan apa, kerana selain dari berjalan, menginap dan makan, 2 anak-anak aku belajar di sini. Gap umur diorang 2 tahun setiap anak. Manakala anak sulung pula dulu selepas tamat menengah sambung belajar di Kuala Pilah. Memang laluan juga.

Anak kedua selepas tamat menengah sambung belajar di Lendu manakala anak ketiga pun sambung belajar di Lendu dan sambung lagi pembelajaran dia di Bandar Melaka.

Boleh kata dalam 6 tahun ini campur lagi setahun tahun depan; memang jadi tempat persinggahan le Melaka tu.



Untuk penginapan, bukan aku tak nak pilih selain Amverton; takkkkk. Aku ada duduk perbagai penginapan di situ tapi bila lihat keselesaan untuk sekeluarga, mereka sendiri akan bagi keutamaan kepada Amverton sebagai pilihan pertama penginapan.




Ini antara beberapa gambar dalam restoran di Amverton yang aku fikir cantik dan menarik desain dia untuk aku buat ubah suai dalam rumah aku nanti.


Itu antara rutin kami bila singgah di Melaka. Antara rutin seterusnya ialah sebelum balik JB - akan singgah di gerai-gerai berhadapan dengan Galeri Lebah.

Galeri Lebah Melaka atau Malacca Bee Gallery (World's Bee Museum), terletak di Ayer Keroh, sekitar 15km dari Jonker Walk di pusat bandar Melaka. Tempat ini adalah destinasi menarik untuk mereka yang ingin tahu tentang lebah dan madu. Dikendalikan oleh Giant B, pengeluar madu terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1978, galeri ini menawarkan pengalaman pendidikan yang amat membuka mata tentang dunia lebah.

Dahulu dikenali sebagai Muzium Lebah Dunia, Galeri Lebah Melaka ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Syarikat Seribu Bunga Sdn Bhd.

Sebenarnya aku belum masuk lagi ke dalam galeri ni walaupun masuk percuma. Singgah di gerai hadapannya untuk beli T-Shirt budak-budak; serta kerepek-kerepek untuk dibawa balik sebagai hadiah untuk jiran-jiran dan saudara mara.



Salah satu tarikan utama di Galeri Lebah Melaka ialah peluang untuk melihat lebah dalam habitat semulajadi mereka. Melalui tingkap kaca dan dalam sarang mereka, pengunjung dapat melihat lebah bekerja dengan selamat. Selain itu, galeri ini kadang-kadang menampilkan pertunjukan 'bee-man' yang menambahkan sentuhan unik pada lawatan anda.



Jika bernasib baik; on the way nak balik tu boleh terserempak dengan pengantin berkereta kuda macam kat atas ni :)


Satu Hari Yang Ceria

EmpayarUtama - Sunday, September 24, 2023 : No comments

16 September 2023 haritu kami berpakat adik beradik untuk pulang ke kampung di Pontian. Pun tak lengkap kerana ada beberapa ahli keluarga yang tidak dapat bersama. Suasananya memang sangat ceria tapi tak dapat aku gambarkan.

Tapi keceriaan kali ini tak ada kena mengena dengan kisah yang aku pernah kongsikan 12 tahun lepas, baik kisah Satu Pagi Yang Ceria; ataupun Semalam Yang Ceria; mahupun Semalam Yang Ceria 2.
Kemeriahan suasananya seperti kami berkumpul bila menyambut raya saban tahun. Cuma kali ini yang berbeza ialah kami dapat makan beramai-ramai serentak, yang memang payah nak dilakukan walaupun di pagi Syawal.



Kami berkumpul kerana menziarah abang aku yang baru saja pulih dari serangan strok atau angin ahmar. Masih dalam terapi dan berurut. Melihat pada keadaannya; nampak semangat dia sangat kuat. Mungkin memikirkan sebagai ketua keluarga dan punca pendapatan untuk pencarian nafkah hidup keluarga.

Sebelum ini, ramai juga sahabat handai dan ahli keluarga lain datang berziarah. Kali ini jamuan makan tengahari kami sediakan. Cuma kena balik hari tak dapat tidur di kampung - anak-anak masih bersekolah, dan kami pun bekerja. Cuti hujung minggu di Johor tak sama untuk kakitangan kerajaan dan swasta...

Bergambar sebelum menjamu selera
Makan tengahari bersama...
Pagi raya pun tak dapat makan begini
Bersantai di laman...
Bonda dan Alya mencari cacing...
...untuk umpan pancing...
Makan petang bersama tetamu...
Kenangan sebelum membawa haluan masing-masing
Ayahlong menangis...

Kami habiskan seharian di kampung dengan menikmati keindahannya. Budak-budak sempat memancing, kebetulan abang aku ada 4-5 batang joran. Cuma bukan musim buah-buahan sekarang ini.


Keceriaan kali ini agak pelik dan janggal bagi aku. Tapi inilah antara kenangan terindah yang dapat aku kongsikan bersama di dalam blog ini. Entah bila dapat berkumpul lagi begini. Iskkk...


Klook.com