Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sementara Menunggu...

EmpayarUtama - Sunday, July 14, 2024 : No comments

Bila aku tengok wazap yang aku terima dari Fina, teringatlah pulak yang dia ni agak rajin menulis.

Cuma kali ni dah teratur sikit berbanding 12 tahun dulu. Boleh tengok apa yang dia buat kat entri Bulan Mei 2012 dan September 2012 dulu. Dah lama betul ni.

Sebenarnya lepas habis Matriks dia ada dalam 3 bulan kot menunggu tawaran dari UPU.
Dari buang masa duduk-duduk je kat rumah, dia buatlah part time kerja jaga koperasi satu sekolah rendah. Kerjanya ikut hari sekolah, dari pukul 9 pagi sampai 1 tengahari. 4 jam dapat 40 hinggit kot sehari.


Kebetulan sekolah tu memang laluan aku untuk balik rumah lepas hantar adik-adik dia ke sekolah rendah (yang lain); sekolah menengah; dan mama dia kerja. Sekali jalan saja. Balik pun, sama juga. Ambik adik-adik dia dari sekolah rendah, pastu baru ambik dia balik kerja.






Yana yang sekolah menengah tu balik lambat sikit, dekat pukul 2 biasanya baru balik. Itupun kalau tak sambung main netball kat sekolah.

Tapi si Fina ni kata nak cuba kerja kat kedai buku pulak bulan Ogos nanti. Dalam 2 bulan sempat lagi katanya sebab walaupun part timer, gaji agak besar sikit dalam seribu pat ratus sebulan. Kat koperasi sekolah ni kalau ikut jumlah hari bersekolah, sebulan cuma dapat kumpul dalam 700 lebih je.


Ikutlah, janji jangan gelap mata sudah bila nampak duit; tak nak sambung belajar pulak. Dulu masa aku masih belajar lepas sekolah menengah; ramai juga kengkawan aku tak nak sambung belajar (tak nak habiskan degree) sebab masa cuti semester diorang kerja. Dah sedap pegang duit masa muda. Sayang ilmu tu...


Pelan Keluarga CelcomDigi

EmpayarUtama - Sunday, April 21, 2024 : No comments

Anak-anak aku gap (jarak) umur masing-masing 2 tahun. Jadi dalam satu masa, akan ada 3 orang yang belajar di luar selain dari sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mereka beritahu internet / hotspot tak cukup bila nak buat assignment guna laptop.

Ini disebabkan talian internet di pusat pengajian masing masing tak cukup coverage walaupun ada ‘student wifi’. Mereka biasanya ‘link’kan data dari hp untuk buat tugasan melalui laptop.

Iyalah mungkin ‘student wifi’ tu dikongsi bersama beratus / beribu student dalam satu masa...


Apa yang aku boleh fikirkan; tukar semua 'ownership' kepada Celcom atas nama aku, dan aku ambil pelan keluarga yang menawarkan 7 talian maksimum.

Max 7 line untuk sekeluarga (termasuk nombor sendiri) di mana bayaran untuk nombor sendiri ialah RM80 sebulan, dan setiap nombor tambahan bernilai RM40 sebulan; atau 50% diskaun setiap nombor.

Unlimited 5G/4G Internet, dan setiap line (nombor) menikmati 90GB internet / hotspot bulanan tanpa perkongsian (no sharing), unlimited call, tidak termasuk panggilan luar negara.

Jadi, bil bulanan aku (RM80 + 40 + 40 + 40) berjumlah RM200 sebulan. Bagusnya budak-budak tak pening nak top-up internet bulanan lagi dan penggunaan bulanan tersedia 90GB tiap satu nombor, setiap bulan.

Ini akaun aku; setakat ini aku baru masukkan 3 nombor selain nombor aku sendiri dan masih ada 3 slot kosong yang boleh aku tambah bila bila masa :


Ini pula senarai nombor ahli keluarga (anak-anak) :


Ini detail penggunaan salah seorang anak aku :

Satu lagi, menerusi pelan ini aku dapat hadiah HP percuma; pilihan sama ada Samsung atau OPPO. Disebabkan aku memang guna Samsung; aku ambil Samsung.

Hadiah ini (Samsung Galaxy A15 5G [8 + 256GB] 6.5 inci screen) nilainya RM1,199.00 dan ia tak terikat dengan kontrak CelcomDigi sedia ada.

Maksudnya aku boleh let-go HP tu kat mana-mana kedai HP dan aku dah jual pun dengan harga RM1,050. Di sini aku dapat cover 5 bulan bil Celcom eheheheheh.

Dan jika aku teruskan saja pelan ini; 2 tahun lagi aku boleh claim / tuntut lagi HP terkini pada masa tu. Jika harga / nilai HP tu sama macam yang aku pernah terima, maka aku masih dapat penjimatan 5 bulan bil lagi nanti.

Cubalah, tanya sekali pengendali talian lain mana tau ada yang lebih menarik, kannnn...


Taman Cahaya Melaka

EmpayarUtama - Sunday, February 18, 2024 : No comments

Jika para pembaca berkunjung dan bermalam di Melaka atau nak exit tol Ayer Keroh selepas maghrib, aku cadangkan singgahlah ke Dataran Sejarah Ayer Keroh Melaka. Masuk ke tempat ini percuma dan penuh bercahaya dan berseri.

Di sini terletaknya Taman Cahaya atau Firefly Park Garden. Setelah dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Melaka ianya baru siap pada penghujung tahun 2022.

Lokasinya tak jauh dari Zoo Melaka, tak sampai 1 km pun dan setiap malam boleh dikatakan tempat ini meriah dengan orang ramai. Sangat sesuai untuk berselfie tau.


Ia dibuat sebagai tempat keluarga bersantai di sebelah malam dengan suasana yang penuh dengan cahaya.


Meh layan slide sekali :


Lorong masuk seperti terowong gergasi yang dibuat dengan lampu LED sampailah ke menara jam yang bercahaya.


Bersebelahan dengan Taman Cahaya pula ialah tempat makan-makan yang dipanggil LeyPark Station Ayer Keroh. Jangan terkejut sebab memang nama tempat ini 'leypark'; persembahan percuma turut disajikan. Banyak pilihan makanan yang memang memenuhi citarasa.


Jom layan beberapa gambar. Budak-budak ni dok main buaian di taman ngam-ngam bersebelahan je dengan gerai-gerai jualan sementara si kakak ambil pesanan :

Kebersihan di sini memang tiptop. Tandas awam disediakan; dan pengunjung yang sudah selesai menjamu selera akan buang sendiri bekas makanan di tong sampah yang disediakan. Bagus tau jika semua tempat; pengunjung sama-sama menjaga kebersihan awam.


Berkunjung ke dua-dua tempat inipun antara sebahagian dari Rutin kami bila singgah di Melaka.