Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Tahniah Yana

EmpayarUtama - Saturday, August 3, 2024 : No comments

Gambar sebelah ni waktu aku buat entri post pada 19 April 2015 dulu. Lama dah. Masa tu dan seterusnya dia dok jadi shooter jah. Kita lupakan yang ini.

Kejohanan Bolajaring MSSD Johor Bahru Bawah 15 dan Bawah 18 menutup tirai hujung bulan lepas. Ini penyertaan pertama Yana untuk tahun 2024 setelah 2 tahun berturut sebelum ini tak dapat bersama pasukannya kerana demam saat akhir.
Setelah menjuarai kumpulan 9, 16 pasukan saja mara ke pusingan kedua. Nasib tak menyebelahi mereka pasukan Bawah 15 bila badi bertemu STF agak sukar nak menang.

Sangkut di suku akhir saja dan dari berpuluh pasukan sekolah yang sertai, ada juga medal untuk tempat ke tujuh hehe. Dah sinonim di JB ni kalau menang lawan STF tak kisahlah dalam kumpulan ke; rasa macam menang di final tau. Untuk acara final, STF belasah Gelang Patah sampai 17 gol...

Kat bawah ni aku pilih beberapa kenangan untuk diabadikan dalam blog ni :

Yana ni dari pengamatan aku, agak kurang sikit pencapaian akademiknya tapi lebih kepada bersukan. Selain dari 'sisi lain' dia yang gemar bercosplay; banyak juga acara olahraga dan padang yang dia dapat tempat terutama 400m, 800m, 4x400m, lompat tinggi, lontar cakera dan boling padang.

Untuk bawah 15 ni, tak ada pasukan hoki; tengokle tahun depan untuk bawah 18 macam mana rezeki dia nanti.

Berbeza dengan Kakak dia si Afrina tu dalam bolajaring, Yana ni pegang 2 posisi saja - sama ada GD atau GA. Tapi bila sampai 2 posisi berbeza memang sukar untuk penilai pilih untuk ke peringkat seterusnya.

Apapun, tahniah ya Yana. Semoga cemerlang juga dalam pelajaran insha Allah...


Sementara Menunggu...

EmpayarUtama - Sunday, July 14, 2024 : No comments

Bila aku tengok wazap yang aku terima dari Fina, teringatlah pulak yang dia ni agak rajin menulis.

Cuma kali ni dah teratur sikit berbanding 12 tahun dulu. Boleh tengok apa yang dia buat kat entri Bulan Mei 2012 dan September 2012 dulu. Dah lama betul ni.

Sebenarnya lepas habis Matriks dia ada dalam 3 bulan kot menunggu tawaran dari UPU.
Dari buang masa duduk-duduk je kat rumah, dia buatlah part time kerja jaga koperasi satu sekolah rendah. Kerjanya ikut hari sekolah, dari pukul 9 pagi sampai 1 tengahari. 4 jam dapat 40 hinggit kot sehari.


Kebetulan sekolah tu memang laluan aku untuk balik rumah lepas hantar adik-adik dia ke sekolah rendah (yang lain); sekolah menengah; dan mama dia kerja. Sekali jalan saja. Balik pun, sama juga. Ambik adik-adik dia dari sekolah rendah, pastu baru ambik dia balik kerja.






Yana yang sekolah menengah tu balik lambat sikit, dekat pukul 2 biasanya baru balik. Itupun kalau tak sambung main netball kat sekolah.

Tapi si Fina ni kata nak cuba kerja kat kedai buku pulak bulan Ogos nanti. Dalam 2 bulan sempat lagi katanya sebab walaupun part timer, gaji agak besar sikit dalam seribu pat ratus sebulan. Kat koperasi sekolah ni kalau ikut jumlah hari bersekolah, sebulan cuma dapat kumpul dalam 700 lebih je.


Ikutlah, janji jangan gelap mata sudah bila nampak duit; tak nak sambung belajar pulak. Dulu masa aku masih belajar lepas sekolah menengah; ramai juga kengkawan aku tak nak sambung belajar (tak nak habiskan degree) sebab masa cuti semester diorang kerja. Dah sedap pegang duit masa muda. Sayang ilmu tu...


Pelan Keluarga CelcomDigi

EmpayarUtama - Sunday, April 21, 2024 : No comments

Anak-anak aku gap (jarak) umur masing-masing 2 tahun. Jadi dalam satu masa, akan ada 3 orang yang belajar di luar selain dari sekolah rendah dan sekolah menengah.

Mereka beritahu internet / hotspot tak cukup bila nak buat assignment guna laptop.

Ini disebabkan talian internet di pusat pengajian masing masing tak cukup coverage walaupun ada ‘student wifi’. Mereka biasanya ‘link’kan data dari hp untuk buat tugasan melalui laptop.

Iyalah mungkin ‘student wifi’ tu dikongsi bersama beratus / beribu student dalam satu masa...


Apa yang aku boleh fikirkan; tukar semua 'ownership' kepada Celcom atas nama aku, dan aku ambil pelan keluarga yang menawarkan 7 talian maksimum.

Max 7 line untuk sekeluarga (termasuk nombor sendiri) di mana bayaran untuk nombor sendiri ialah RM80 sebulan, dan setiap nombor tambahan bernilai RM40 sebulan; atau 50% diskaun setiap nombor.

Unlimited 5G/4G Internet, dan setiap line (nombor) menikmati 90GB internet / hotspot bulanan tanpa perkongsian (no sharing), unlimited call, tidak termasuk panggilan luar negara.

Jadi, bil bulanan aku (RM80 + 40 + 40 + 40) berjumlah RM200 sebulan. Bagusnya budak-budak tak pening nak top-up internet bulanan lagi dan penggunaan bulanan tersedia 90GB tiap satu nombor, setiap bulan.

Ini akaun aku; setakat ini aku baru masukkan 3 nombor selain nombor aku sendiri dan masih ada 3 slot kosong yang boleh aku tambah bila bila masa :


Ini pula senarai nombor ahli keluarga (anak-anak) :


Ini detail penggunaan salah seorang anak aku :

Satu lagi, menerusi pelan ini aku dapat hadiah HP percuma; pilihan sama ada Samsung atau OPPO. Disebabkan aku memang guna Samsung; aku ambil Samsung.

Hadiah ini (Samsung Galaxy A15 5G [8 + 256GB] 6.5 inci screen) nilainya RM1,199.00 dan ia tak terikat dengan kontrak CelcomDigi sedia ada.

Maksudnya aku boleh let-go HP tu kat mana-mana kedai HP dan aku dah jual pun dengan harga RM1,050. Di sini aku dapat cover 5 bulan bil Celcom eheheheheh.

Dan jika aku teruskan saja pelan ini; 2 tahun lagi aku boleh claim / tuntut lagi HP terkini pada masa tu. Jika harga / nilai HP tu sama macam yang aku pernah terima, maka aku masih dapat penjimatan 5 bulan bil lagi nanti.

Cubalah, tanya sekali pengendali talian lain mana tau ada yang lebih menarik, kannnn...


Klook.com