Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Pemansuhan Peperiksaan

EmpayarUtama - Saturday, November 30, 2024 : No comments

Bila Menteri Pendidikan beri pengesahan pemansuhan peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3); aku ambil masa untuk ulas di sini.

Aku luahkan perasaan aku dalam blog ini kerana kebanyakan pos entri dan perkongsian aku berkisar anak-anak dan persekolahan mereka biarpun tulisan aku bersifat santai.

Selepas ini anak-anak tidak akan ada apa-apa peperiksaan besar hinggalah mereka berusia 17 tahun untuk duduki SPM. Jika keputusan SPM hancur, bukan saja pelajar itu sendiri tapi hancurlah juga harapan dan perasaan ibu bapa.



Boleh rujuk di sini: UPSR, PT3 dimansuh bagi kurangkan tekanan akademik pelajar yang diterbitkan pada 26 Nov lima hari lepas.

Aku tulis ni bukan sebab nak kita semua kembali terkebelakang; tapi zaman aku dulu; peperiksaan besar seawal darjah 5 (Ujian Penilaian Darjah 5) sebagai persediaan setahun sebelum murid-murid melangkah ke peringkat menengah. Darjah 6 itu untuk isi mental mereka; yang berjaya ke asrama tahniah, yang tak berjaya ke asrama akan teruskan ke sekolah menengah.

Hala tuju mereka dinilai pada usia 15 tahun di tingkatan 3 dengan peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Selain ilmu pengetahuan, mereka bakal jadi pelapis negara untuk pelbagai bidang. Penilaian menerusi peperiksaan pada aku amat penting.

Kementerian tunjuklah statistik kes bunuh diri di kalangan pelajar bawah 15 tahun. Jika jumlahnya menakutkan; boleh buat keputusan besar untuk negara selain pemansuhan peperiksaan...


Kita sebagai ibubapa berusaha membiayai keperluan hidup keluarga, jaga anak, serah kepada guru untuk menjaga dan mendidik mereka di sekolah. Kita letak sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah.

Zaman persekolahanlah anak-anak kita diajar cara yang baik dan berhemah untuk menghadapi hidup yang penuh cabaran; dan sangat penting untuk membimbing anak-anak di sekolah.

Boleh juga baca tentang Sarawak akan kekalkan sistem pendidikan yang mengadakan peperiksaan tahunan, peperiksaan serupa UPSR dan sebagainya.

Aku simpulkan - Sistem pendidikan bermasalah dan perlu diperbetulkan...


Perkeso Sasar Beri Perlindungan 24 Jam

EmpayarUtama - Tuesday, November 26, 2024 : No comments

Pagi ini aku terbaca berita tentang Perkeso sasar beri perlindungan 24 jam. (Boleh klik link untuk bacaan penuh).

Berdasar berita ini, ada beberapa perkara yang menarik seperti:

1. Sasaran perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 24 jam menjelang pertengahan tahun depan.

2. Peningkatan perlindungan itu akan menyaksikan caruman bulanan pekerja meningkat kepada jumlah yang masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan.

3. Liputannya diluaskan kepada pekerja gig ekonomi, tetapi Rang Undang-undang Pekerja Gig mesti diluluskan terlebih dahulu.


Ada banyak faedah menerusi Perkeso ini selain saringan kesihatan secara PERCUMA. Tapi kebiasaannya pekerja lebih bertumpu kepada 'tuntutan'.

Antara borang tuntutan pula boleh layari laman web Perkeso untuk muat turun Borang 34 - Notis dan Tuntutan Faedah; dan Borang Permohonan Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIPF 1). Biasanya jika syarikat tempat kerja tu ada murah hati; kakitangan bahagian HR akan bantu siapkan borang tuntutan.


Perlindungan 24 jam ini pada aku sagat bagus sebab sekarang ramai antara kita yang bekerja tidak masukpun ke tempat kerja setiap hari. Contoh terbaik yang aku boleh bagi ialah aku sendiri. Ambil gaji bulan tapi kedatangan tidak perlu kerana aku hanya kemaskini sistem akaun syarikat-syarikat tempat aku kerja seminggu atau dua minggu sekali; itupun hujung minggu time pekerja lain tak datang bekerja. Tapi ada potongan KWSP, Perkeso dan SIP setiap bulan.

Dalam bahasa mudah; kerja macam aku ni jika tak ada pindaan macam ni; agak cerewet sikit nak buat tuntutan jika berlaku apa-apa kemalangan terutama bila melibatkan urusan kerja.

Menerusi Kadar Caruman; ada kemaskini Jadual Caruman Akta Sosial Pekerja (Akta 4); dan juga Jadual Caruman Sistem Insurans Pekerja (Akta 800). Dan kadar ini mungkin akan berubah bila perindungan 24 jam ini terlaksana.

Nampak jumlah potongannya tak berapa besar, tapi jika libatkan lebih 50 pekerja sesebuah syarikat, majikan kenalah bersedia menambah potongan pihak majikan untuk tujuan ini.


Kura Kura Alya

EmpayarUtama - Sunday, October 27, 2024 : No comments

Puteri kedua (anak ketiga) aku ni hobinya pelik-pelik juga. Dulu masa sekolah menengah suka bela ikan pelaga (ikan laga). 2 ekor aku belikan dia bela sampailah ikan tu mati, dia tanam kat salah satu pasu anak bonsai.

Pastu kan, dia sibuk mintak beli kura-kura lah pulak. Jadi, bulan lapan tahun lepas belilah sepasang anak kura-kura. Warna ijau besar ibu jari kaki. Tapi sekor je hidup. Sama ada tak
serasi atau tak pandai bela aku tak tauler.

Kiranya sekarang ni dah setahun 2 bulanlah dia bela kura-kura tu. Tak ada beri nama pun. Panggil kura-kura je hahahahahah.

Tengok mula mula tu, diameter nya dalam 1 inci je. Belikan satu aquarium kecik dengan set makanan untuk anak kura-kura:

Dua tiga bulan lepas tu dah membesar 2 kali ganda:

Dua tiga bulan lagi, dah makin besor lak aku tengok. Tidur pun kepala lentok sebab aquarium macam jadi kecik:

Bulan lepas, dah sama besar dengan tapak tangan dah. Sudahnya beli satu tong beroda kat Giant siap letak satu lampu UV:

Tengok, siap bersantai berlunjur kaki belakang tuuuu bawah lampu eheh. Cuma makanan yang dibeli dia tak berapa nak makan. Sayur pun tak nak makan. Dia paling suka makan ikan bilis yang aku goreng kering tanpa minyak. Cerewet tul...