Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Menutup Tirai 2012

EmpayarUtama - Monday, December 31, 2012 : 10 comments

Sebagai penutup tahun 2012; walaupun sibuk dengan kerja kontrak yang ntah bila nak siap; bawak jugalah budak-budak ke karnival Upin Dan Ipin semalam. Ini kali kedua karnival di Johor yang kitorang pergi. Yang memula tu kat sini.

Sebab dah kali kedua, kali ni diorang sibuk bergambar ajalah.

Kali ni bertempat di Dewan Tertutup MPJB


Ni konon-kononnya dalam rumah Opah, kakak dengan Kak Ros


Ini, er, er, ntah


Puteri bungsu dengan maskot Upin & Ipin


Macam betul jerk...


Afrina...


Tunggu bas hahahahahahah


Sempat juga beli pistol buih erkkkkkk....


Hehe dah habis ler...

Balik tu nampak Naruto Episod 410-500 dah keluar, apa lagi - sambar je.



Tapi tak tau bila dapat nengok :(



Lagi Antara Cerita Yang Tidak Dipos

EmpayarUtama - Saturday, December 15, 2012 : No comments

Dua snapshots nih pun aku hanya biarkan dalam deraf sebelum ini. Tapi aku nak kongsi jugalah sebab rasanya masih relevan dengan suasana Hari Raya semasa ^_^

1. Macam-macamlah...

Snapshot pertama dari satu grup fesbuk apantah. Member-member kat grup nih pantang nampak ada pos
baru, terus tempek diorangnyer link kat bawah :)


2. Spontaneous Thursday I

Snapshot kedua aku curik dari shoutbox DzuLagiL pada satu petang Khamis bulan Julai 2012 tak salah aku...

"Ini cerita Khamis lepas; lewat sangat nak publish masa tu"

(Tekan gambar untuk tumbesaran)

Dzul jangan mare, aku pomot nih. Jom terjah blog dia ^_^



Betul, Perhati Betul-betul

EmpayarUtama - Friday, December 7, 2012 : 12 comments

Empat hari lepas terima bil dari TM. Terkejut bila tengok bil bulanan tak seperti biasa. Aku pun baca semua info yang dilampirkan. Nampak oklah kerana pelarasan dua bil kepada hanya satu tarikh saja.

Tapiiiiiiiiiii, agak pelik juga bila tengok bil yang aku terima:


Jadi aku ke TM Point terdekat untuk dapatkan penjelasan. Malangnya pegawai bertugas tidak dapat beri jawapan memuaskan.

Apa masalahnya?

Bil itu perlu dijelaskan sebelum atau pada 10 Disember 2012 tapi TM telah caj pengguna (akulah tu) sehingga 18 Disember 2012. Maknanya aku kena buat bayaran untuk 8 hari ke hadapan walaupun perkhidmatan itu belum digunakan lagi. Patut ke?

Berdasar jawapan pegawai tadi, tarikh itu akan kekal begitu. Ish, kalau nak selaras - selaraskanlah pada 18 haribulan tiap-tiap bulan. Begitu juga dengan tarikh bil yang perlu dibayar. Barulah nampak ada pelarasan. Cepat na nak ambik untung...

Aku beri pandangan aku sebab dalam sebulan pasti akan ada gangguan internet. Pengguna bayar apa yang telah dicaj walaupun talian internet bermasalah. Itu ok lagi. Tapi bila talian internet yang belum diguna telah dicaj awal-awal; apatah lagi dengan gangguan internet yang pasti akan timbul - aku rasa memang tak oklah.

Oh, oh - Sebelum lupa; cerita kali ini tidak disponsor langsung oleh TM yea. Hahahahahahahampagas tul!