Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sekadar formaliti, iya ke?

EmpayarUtama - Wednesday, October 12, 2011 : 25 comments

Bila kena batang hidung sendiri baru padan muka aku. Maaflah ya dekat dua bulan sunyi takde cerita. Yang betulnya laptop 'cari makan' aku kena rembat masa raya kelima (Sabtu 3/9/2011). Memang aku tak sangka hanya kerana percaya pada insan bergelar manusia. Kira aku cuailah.

Walaupun aku dapat hubungi
individu-individu terlibat, tapi tak ada bukti dan masing-masing tak mo ngaku. Siap dua antara individu tu ajak runding pulak pasal laptop tu. Terbakar betul. Jadi selepas bagi peluang selama 24 jam; petang Ahad tu aku terpaksalah buat laporan polis.

Bukan apa cuma macam yang aku cerita dalam entri-entri yang sudah – aku kerja kat rumah dan laptop tulah 'kerja' merangkap periuk nasi aku. Aku kehilangan kontrak kerja dua syarikat sebab semua job-job aku dah programkan dalam laptop. Jadi kenalah pergi ke ofis tiap-tiap syarikat untuk aku buat kerja. Masalah timbul bila aku cuma sempat pergi ke 2 tempat je;
2 lagi tak sempat. Hampeh tul. Beli laptop lainpun kena ambik masa juga nak buat semula program untuk semua 4 kompeni tu. Dokumen peribadi ke, password ke tolak tepi dulu. Barang-barang kerja lebih penting. Panas betul, memang hati aku panas.

Yang herannya banyak lagi barang lain dekat hall tu diorang tak minat pulak. Laptop aku juga yang diorang nak.


(Kenapalah tak nak amik 2 bijik PSP tu; atau LG Card Reader sekali ngan Pendrive, Motorola dan NOKIA enset; atau Pioneer Car Audio (DVD upgraded siap dalam beg kertas tinggal angkut je); Clarion Car Audio (pun DVD upgraded) ke; tak pun set SONY Home Theater Player?)

Ok meh aku kongsi apa yang aku nak cerita sebenarnya. Sebelum tu mintak maaf dulu kepada encik polis dan siapa-siapa yang ada pertalian dengan pihak polis yang baca entri aku. Bukan nak burukkan polis tapi sikap segelintir yang jadi barah dalam pasukan.

Camni ceritanya: Pertamanya terima kasih kepada pegawai penyiasat yang sudi ambik kes aku dan bagi nasihat tentang kesan laporan dibuat yang melibatkan ahli keluarga.

Sebenarnya aku juga minta nasihat sebuah syarikat talian komunikasi yang terangkan segala maklumat panggilan keluar-masuk serta sms keluar-masuk memang disimpan oleh syarikat telekomunikasi. Ada borang rasmi disediakan dan jawapan hanya dalam 5 hari sahaja. Tak lama pun. Kebetulan individu-individu disyaki menggunakan perkhidmatan yang sama dan pihak polis sahaja yang boleh mendapatnya untuk tujuan siasatan.

Setelah dua hari; aku cuba dapatkan maklumbalas pegawai penyiasat tapi jawapannya belum ada apa-apa perkembangan lagi walaupun telah menemuduga beberapa individu yang disyaki. Aku mencadangkan perkara di atas kerana maklumat yang diperlukan hanya sekitar jam 8.30 malam 3/9/2011 hingga jam 8.30 pagi 4/9/2011. 12 jam aja dan semua 4 nombor telahpun aku berikan kepada beliau. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu apa berlaku pada malam tersebut yang membawa kepada kehilangan laptop aku. Apa respon beliau?

Pegawai tu boleh tanya balik, aku nak suruh dia buat macam tu ke? Terdiam aku tak tau nak jawab apa. Aku rasa ini antara tugas beliau. Aku mula terfikir bagaimana prestasi dinilai – melalui jumlah laporan yang diterima atau melalui jumlah kes yang diselesaikan? Adakah peratusan kes yang berjaya diselesaikan atau peratusan kes yang diterima mencerminkan prestasi seseorang? Inikan tanggungjawab, amanah yang perlu dilaksanakan?

Atau, laporan diterima akan dikelas-kelaskan dahulu dan keutamaan diberi kepada kes-kes penting? Ada hieraki juga ke dalam mengendalikan kes? Laporan aku dah 39 hari – lebih sebulan dan aku dah hilang 2 kerja pun. Bolehkah aku simpulkan begini: Kalau sesiapa kehilangan barang; buat laporan polis hanya sekadar untuk formaliti jangan sampai orang kata 'Eh tak repot polis ke?' pastu laporan tu hantar laminate dan framekan buat kenangan barang yang hilang.

Aku mintak pendapat pembaca, perlukah aku tarik balik laporan tu? Bukan sebab nak pulihkan kekeruhan yang melibatkan keluarga cuma aku tak pasti kes itu akan diambil serius atau tidak. Laptop boleh beli berapapun tapi program 2 syarikat sebagai bukti kehilangan dan kehilangan kerja aku amat penting untuk bersihkan diri aku yang 'bukan kerja main-main'…..

Kasih Ayah Bukan Cerita Raya

EmpayarUtama - Monday, August 29, 2011 : 17 comments

Isnin 29.08.2011 @ 9.45 pagi: Aku tipu lagi (tipu diri aku sendiri...). Lepas buka dan baca emel dari Rhea Scarlet yang dikirim seminggu sudah; iyalah aku terperasan yang tahun ini tidak ada 30 Ramadhan... Ini berlaku sekali dalam beberapa puluh tahun.

Rhea mengingatkan aku tentang arwah abah yang telah pergi 3 tahun lepas -  30 Ramadhan; esok raya.

Aku akui dalam seminggu terakhir banyak artikel yang begitu memberi kesan dan menyentuh hati lelaki aku. Mudah sekali airmata tergenang di kelopak mata walaupun video di bawah sekadar iklan.

Sesiapa yang terbuka blog aku; di sini aku nak berkongsi sesuatu semoga dapat memberi pengajaran berguna terutama buat diri aku sendiri:



Dan paparan di atas mengingatkan aku akan bait-bait ini:
"...Kasihnya ibu membawa ke Syurga......kasihnya saudara masa berada......kasihnya ayah sanggupkah berpisah......dan kasih anakanda berkorban nyawa..."



Buat pakcik-pakcikku, makcik-makcikku, abang-abangku, kakak-kakakku, adik-adikku, anak-anakku, dan para pembaca;



Hormatilah orang tuamu...


Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin ~ EmpayarUtama



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

EmpayarUtama - Friday, August 26, 2011 : 16 comments

Aku mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana entri (tulisan maupun gambar) serta komen; ada yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Aku banyak buat silap. Maafkan aku yea, mana tau umur tak panjang  - Allah yang menentukan.

Maaf Zahir Dan Batin
~ dari EmpayarUtama Sekeluarga ~



Layan lagu nih, teringat seseorang yang telah pergi (sedey)...



...dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54...



Wordless Wednesday

EmpayarUtama - Wednesday, August 24, 2011 : 22 comments


Trafik Jem 2 Hari

EmpayarUtama - Monday, August 22, 2011 : 18 comments

Aku tak berapa pandai nak tulis ayat 'skema', jiwang maupun carut-marut; dan kalau boleh aku cuba elakkan peten ayat-ayat macam tu.

Ni gambar ntah bila ntah aku ambik atas jejambat Jalan Skudai. Sesak sebelah jalan.


Macammana aku nak tolong jawabkan sama ada penting ke tidak trafik tu yea. Cam nilah, aku tunjukkan statistik seminggu blog aku sebagai contoh. Mungkin senang sikit nak jelaskan.

Hehehe mana ada trafik jem. Semalam ngan dua hari lepas trafik sikit je sebab aku balik kampung.

Trafik tu bolehlah ditafsirkan sebagai kemeriahan pengunjung ke sesuatu laman web atau blog. Statistik kat atas tu tunjukkan berapa ramai yang datang menjengah; dan berapa ramai yang dikira sebagai 'Unique Views'. Kita dapat lihat dalam tempoh 24 jam berapa ramai pengunjung baru bertandang ke blog kita dan selebihnya adalah pengunjung yang sama datang lagi dalam tempoh 24 jam itu. Boleh jadi juga pengunjung yang sama melihat 2-3 atau lebih entri pos kita tetapi IPnya dikira sebagai 1 (satu) unik view sahaja.

Kalau aku ambil contoh Nuffnang; program ini merekod unik view setiap 24 jam bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam esoknya. Sekiranya A melihat blog B pada jam 11.55 malam 23/8/11 - B akan dapat 1 trafik (unik view) dan jika A terus melihat 5-6 entri-entri B hingga ke pukul 11.59 malam; B dapat 5-6 trafik lagi dari A walaupun unik view dari A dikira satu saja. Jika selepas pukul 12 (dah masuk 24/8/11) B dapat satu unik view dari A untuk hari baru itu (24/8/11) dan jika A masih melihat beberapa entri B selepas itu; tiap-tiap entri yang dilihat itu akan jadi tambahan trafik tapi bukan unik view. Dari contoh atas; pada 15/8/11 aku dapat 187 page view tapi cuma 137 sahaja dikira sebagai unik view.

Apa beza page view dengan unik view tu? Itu hanya statistik. Penting atau tidaknya view tu bergantung kepada apa yang tuanpunya blog / website tu paparkan. Antaranya:

~ Personal blog mungkin hanya untuk informasi.
~ Business blog yang jual barangan atau perkhidmatan.
~ Salah satu dari yang atas atau gabungan kedua-duanya; siap dengan iklan.

Iklan pula boleh jadi:
~ Iklan berdasar klik - CPC (Cost per Click) atau CPA (Cost per Action) baru dapat earning;
~ Iklan berdasar view - CPM (Cost per Million) di mana harga dah ditetapkan bagi iklan CPM itu (bagus untuk mereka yang dapat banyak page view setiap hari); dan
~ iklan berdasar view dan klik.

Blogger yang buat bisnes online biasanya akan letak iklan kerana berpendapat segala usaha untuk promot blog pasti akan hasilkan trafik yang tinggi jadi apa salahnya letak iklan untuk pendapatan sampingan. Untuk personal blog - kalau dah publish entri untuk tontonan umum; juga perlukan trafik ini kan? Kalau tak, buat apa publish entri-entri tu betul tak. Macam tulah lebih kurang yang aku faham. Mungkin kat luar sana ada penerangan yang lebih jelas atau sesiapa nak berkongsi info bolehla bagi komen kat sini. Aku pun masih belajar lagi ni.

Ish, seminggu lagi raya;
Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin ~ EmpayarUtama



Klook.com