Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Yang Tersurat, Yang Tersirat

EmpayarUtama - Saturday, May 19, 2012 : 7 comments

Makluman: Perkongsian cerita ni menjadi arkib blog oleh kerana kedua-dua watak superhero berlink yang diceritakan telah tiada :)

Dua tiga menjak ni aku terjebak dengan kawan-kawan sekedai kopi ikut perkembangan dunia politik. Aku memang tak minat politik. Tapi bila baca beberapa blog; timbul minat dengan satu blog.

Sebab aku suka cara dia tulis - taklah begitu ekstrim. Tulisan dia lebih kepada pendedahan isu moral dan korupsi yang berlaku baik kepada pembangkang mahupun kerajaan. Juga tak terbatas kepada isu-isu tertentu.

Aku tak tau cuma arwah abah pernah kata - kalau cepat sangat naik akan cepatlah turunnya. Macam naik lif. PAPAGOMO ni tak ambik kisah pasal MLM sebab bukan bidang dia, dia tegur benda lain.

Dalam entrinya bertarikh 28/11/2010; beliau sangsi tentang E-Dymium yang tidak disentuh. Sebaliknya AC Mizal yang buka perniagaan sendiri setelah keluar dari syarikat itu teruk dihentam. Iyalah, ikut logik; kalau nak hentam - hentamlah E-Dymium dulu baru AC Mizal atau hentam kedua-duanya sekaligus. Tetapi hanya AC Mizal yang jadi fokus.

Memula tak percaya juga, tapi bila baca - Eh, iyalah tak ada satu pun entri pasal E-Dymium. Hanya lepas kena tegur baru keluar entri tu dengan tajuk yang macam tak puas hati. Itu pun setelah siar beberapa entri lain dan hampir sebulan jaraknya.

Oh, sebelum aku pergi lebih jauh - aku terangkan pendirian aku dulu. Aku tak memihak mana-mana baik kepada kedua-dua blogger; AC; maupun syarikat lama AC bernaung. Cuma nak ulas sama ada rasional atau tidak apa yang diluahkan oleh pihak yang menegur.

Kenapa tiba-tiba jadi begitu? Ok, pihak ditegur mula berblog pada awal Oktober 2010 yang menekan keburukan Skim Piramid. Ada 12 entri dalam bulan Oktober 2010 sekarang tinggal 7. Begitu juga ada 25 entri pada bulan November 2010 yang tinggal 19 aja. Kita ambil takat tu saja sebab teguran dibuat pada hujung November 2010.

Fahamkan yang ini ya:

Entri blog yang hilang hanya boleh didelete oleh tuan punya kerana blog tu hidup lagi. Kita boleh pilih sama ada nak privatekan blog (akan keluar permission denied) atau delete blog (blog has been removed). Blog kena remove sama ada oleh blogspot.com atau kita sendiri. Tak percaya? Macam ni:


Blog tu akan/boleh/masih disimpan selama 90 hari sebelum ianya benar-benar didelete/lenyapkan. Dalam tempoh itu carian akan keluar seperti di bawah:


Berdasar paparan di atas; pihak buat carian akan andaikan/boleh buat andaian yang blog kena removed oleh blogger.com. Sebenarnya boleh jadi tidak. Bawah ni pula contoh blog boleh dihidupkan semula sebelum aku delete terus:


Sebab tu selepas entri berkaitan Skim Amanah Saham 1 Malaysia awal Januari 2012 (pun dah kena padam) blog terus sepi. Adalah satu pos yang tak ada kena mengena tentang MLM tengah bulan Mac 2012. Bulan April tup tup blog dah tak dapat diakses. Rakan-rakan di page yang ada kat fesbuk kata beliau cuba kumpul balik entri yang hilang. Mana ada hilang, SENDIRI BUANG!!! Sebenarnya berlambak Skim Piramid kalau nak jadikan entri.

Bulan pertama beliau berblog, lebih kepada penerangan tentang MLM. 20/10/10 buka page di fesbuk kerana itu platform terbaik untuk dapat ramai pembaca. Terus kupas Infinity Downline yang ada di fesbuk satu entri je. Menutup bulan Oktober dengan entri yang terus tuju kepada AC Mizal.

Dalam 19 entri yang tinggal dalam November; 13 darinya ditujukan kepada AC. Boleh kata selang sehari atau dua hari akan keluar entri AC.

Sekadar perbandingan:
QuestNet ada satu entri pada bulan Mac 2011. Bulan Oktober 2011 hentam QuestNet 10 entri membawa ke November 2011. Tapi kesemua entri ini dituju kepada syarikat berbanding peribadi AC (kenapa tidak tuju kepada Syarikat AC Mizal Konsortium tapi hentam peribadi AC?; dan berjumlah 16 entri hingga blog dipadam sebelum dibuka semula).

Mungkin ada kesilapan yang beliau sendiri tak perasan dalam entri bertarikh 22/11/2011 bila letak satu quotation:


Ini bukan quotation. Ini Invois (seperti telah dipadam beberapa bahagian).

Lihat tarikhnya. Aku boleh buat andaian yang beliau dah ada segala akses untuk buat entri E-Dymium sebelum buat entri untuk AC tapi memang dah niat nak hentam AC.... Lihat saja entri-entri awal beliau di mana imej dari HOTTIME JEWELRY CO.LTD diguna dan barangan serupa juga dijual oleh E-Dymium. Kenapa tak selitkan satu entri khas E-Dymium? Bahan untuk buat entri AC boleh jadi sama kerana produk sama, malah E-Dymium lebih mahal 2 kali ganda.

Apakah... Mungkin ini yang PAPAGOMO cuba bagitau.

Sebelum artikel E-Dymium keluar, hanya 2 potongan dari E-Dymium diselitkan dalam entri lain. Kira antara nampak nak nampak ajalah. 1 flyers E-Dymium diselitkan antara banyak-banyak flyers dalam entri ketiga

dan yang ini ?

Ayat dalam artikel ini langsung tak menghentam E-Dymium; sebaliknya memberi direct link ke laman web. Dan ini hanya terselit di celah entri utama. Tapi linknya tak betul (tak pernah dia bagi link yang tak betul, tapi yang ini kena mintak bantuan pakcik gugel untuk dapat link yang betul). Sisipan biasanya orang tak ambil endah sangat kerana itu bukan tajuk utama cerita, apa lagi jika dipaparkan dengan sebegitu banyaknya pelbagai bahan sokongan yang akan tolak kewujudan sisipan itu.

Buat kengkawan yang berminat; bacalah dua blog ni. Aku promot kedua-duanya, masing-masing ada ilmu yang berguna untuk kita pelajari...




Hari Hari Pun Sama...

EmpayarUtama - Sunday, May 13, 2012 : 17 comments

Bangun je pagi tadi nampak kertas tergantung kat lemari baju orang rumah. Biasalah budak-budak kalau bermain memang tak berapa pandai nak kemas balik. Jadi aku buat tak kisah tunggu je lah diorang bangun nanti pandailah diorang simpan semula mainan mereka.

Tapi bila orang rumah tunjuk kat aku - hehe camanaaaaa la malam tadi boleh
tak perasan si Afrina tu buat. Mungkin di sekolah mereka diperkenalkan dengan hari-hari sambutan yang berhubung kait dengan keluarga. Nanti bila besar sikit mereka akan tahu hari-hari yang perlu dan tidak perlu disambut. Nak tengok apa yang bendanya? Klik imej-imej untuk lebih jelas yea ^_^:



Yang bawah ini pula aku jumpa bawah meja:


Dua yang terakhir ni, bukan Afrina buat tapi sepupu dia Azalea. Lukisannya cantik akupun tak boleh lukis macam tu:


Oleh kerana mereka ni tak pandai kemas dan simpan apa yang mereka buat hari ini; mungkin dua tiga hari nanti akan di tongsampahkan oleh mamanya. Jadi, sebelum apa-apa baik aku simpan dalam blog ni... :)



Dah Buat Salah Kena Tanggung Sendiri Tau

EmpayarUtama - Friday, May 11, 2012 : 17 comments

Baru balik teman budak-budak nengok cerita Ngongkrong sambil pujuk hati sendiri. Serabut semacam je sampai tak fokus langsung pada cerita. Iyalah bila dah buat salah tu, kenalah mengaku salah dan terima hukuman.

Siang tadi ada semangat sikit nak gi kerja. Mana tau sampai-sampai je boleh takde line, nak check satu benda pun sangkak. Jadi, terus aja balik
rumah jengah Apesal.com sebab agak lama tak ziarah kang merajuk pula, kan... ^_^

Antara cerita-cerita yang dah disenaraikan...


Yang ini pula kena tendang. Yang terkini tu siap dapat 'last warning' lagi.


Walaupun pengunjung blog aku tak meriah aku tetap berterima kasih kepada Apesal.com sebab jadi antara penyumbang terbesar pengunjung. Malu nak tunjuk statistik takutle sebab dah dapat 'last warning' tuuuu... Untuk yang belum baca FAQ atau baru je nak join Apesal.com; pastikan ikut segala peraturannya ya. Meh kita tengok antara yang penting:



Atas tu kriteria blog, bawah pula kriteria post:

Dok tengah baca entri-entri dalam program tu, nampak pulak yang ini:

Ayarkkk ini terang terang tulis pasal iklan huahuahuahuahhua


Erkkkk... Aku salah baca FAQ ke tadi? Esok kena gi check mata. Terus tutup laptop ajak budak-budak layan Ngongkrong.

Itulah cerita hari ni, heheheheh ^_^




Kemas Semula Blog Bila Blogger.com Kemaskini

EmpayarUtama - Monday, May 7, 2012 : 10 comments

Hujung April lalu selepas ada mood balik nak nengok blog; segala yang di letak kat sidebar langsung tak berfungsi. Jenuh juga cari di mana silapnya dengan kod yang ada tu. Carian Google juga tunjukkan tutorial oleh Cik Tom; Silampuneon; Ammboi; Krole-Zone; dan Padinno adalah lebih kurang kalau takpun sama saja. Hanya Asmanuratirah beri tutorial berbeza.
Macammana aku cuba pun hasilnya tetap akan keluar benda yang sama iaitu javascript:void(0);

Jadi aku tengok balik kat mana silapnya. Tiada masalah dari STEP 1 hingga STEP 3. Ikut pada contoh STEP 4 masa aku Kemas Blog Sikit haritu :

STEP 4 : Ambik kod ni letak kat PAGE ELEMENTS -> ADD A GADGET -> HTML/JAVASCRIPT:
<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Grapevine')"> <h4>Meh Petik Anggur</h4></a></ul> <ul class="texthidden" id="Grapevine"> (Ruang ini untuk korang letak apa-apa kod yang korang nak letak) </ul>

Semua yang beri tutorial berpesan agar perkataan "keywords" tu mesti sama. Dalam contoh aku - aku ganti dengan perkataan "Grapevine" (lihat huruf berwarna merah yea). Sebelum ini; apa yang ditulis boleh diterima pakai. Bila disave, keyword itu otomatik bertukar kepada huruf kecil tetapi TIDAK kepada target id ("Grapevine" kedua).

Rumusannya, setelah blogger.com buat kemaskini - APA SAHAJA PERKATAAN YANG INGIN DIGANTI KEPADA "keywords" MESTILAH DALAM HURUF KECIL SEPENUHNYA. Jadi untuk contoh aku tu pula: "Grapevine" perlu ditukar kepada "grapevine" - kedua-duanya hendaklah dalam huruf kecil.


Abis tu, misz_eyza; dah jadi belum.....? ^_^


Rasa Malulah Pulak

EmpayarUtama - Saturday, May 5, 2012 : 15 comments

Ada orang rasa bangga tapi aku rasa malu. Dah macam dapat markah kesian masa periksa. Ok k k k... Ini cerita terakhir aku pasal BE. Betul-betul rasa malu bila daily pageview yang tak jejak 30 tiap hari tetiba dapat satu lagi BE. Mungkin betul ianya berlaku kepada siapa yang pasang iklan Nuffnang tapi tak terima banyak pageviews.
Aku tertanya-tanya apa sebenarnya motif Nuffnang (mungkin auto set untuk ini) tetapi penjelasan dari pihak Nuffnang tak pula begitu. Blogger yang pasang iklan melalui jaringan pengiklanan (Advertising Networks) ada dua sebab aja - satunya sebab nak tambah pendapatan tambahan dan yang kedua untuk suka-suka jangan sampai blog atau web nampak kosong. Dan aku letak kerana iyalah, dengan latarbelakang putih takde gadget mengarut-ngarut; bila pasang iklan nampakle ada sikit seri, kan?

Bila aku fikir di sebaliknya; mungkin juga pihak Nuffnang nak tolong blog-blog yang macam ni (yang macam aku ni le) sebab agaknya diorang nengok dah lama sangat earning tak bergerak-gerak. Jadi ditolongle sikit melalui iklan BE. Agaknyalah.

Tapi aku malule kalau betul itu alasan Nuffnang. Dulu sebelum blog aku ni kena padam memangle aktif main iklan sebab memang niche blog aku masa tu pasal Ad Networks, dalam Bahasa Inggeris lagi siap masuk segala bagai program - Safelists; Manualsurf; autosurf; ad exchange. Muaile dapat tapi taklah sampai boleh kaya cuma lepas sangat bayar bil api; air dan internet tiap bulan. Masa tu punyalah aktif sampai tak tau nak buat posting apa terus cilok iklan Amazon banyak-banyak letak kat entri pos. Last-last blog kena remove, baru padan muka aku hahahahah.

Tak caya? Tanyalah pengurusan ASTRO berapa diorang dapat dari jam 9.00 hingga 9.30 malam semalam bila entah berapa ramai menunggu depan TV nak nengok live akad nikah Awal dengan Scha tapi hanya disajikan dengan iklan sepanjang setengah jam tu. Kenapa iklan yang dipilih, bukan rencana? Sebab iklan buat duit, kannnnn...

Jadi buat kengkawan yang tak de lagi BE tak payah fikirlah sebab rasanya daily pageview kamu semua dah cukup untuk gerakkan earning iklan yang dipasang.

Tak gitu.....