Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Wordless Wednesday I

EmpayarUtama - Wednesday, June 13, 2012 : 24 comments


Larkin Perdana ^_^

Yang Nampak Dan Yang Tak Nampak

EmpayarUtama - Tuesday, June 12, 2012 : 13 comments

Aku tak nak cerita pasal benda-benda misteri yang boleh nampak atau tak boleh nampak. Aku memang tak tau tu. Jika ada info yang salah dalam cerita aku ini sila tegur untuk kita sama-sama tambah pengetahuan.

Aku nak cerita pasal subsidi, yang juga boleh nampak (dalam bentuk barangan) dan yang tak boleh nampak (dalam bentuk nilai wang ringgit).

Contoh subsidi barangan yang boleh nampak: Baja, enjin sangkut, komputer riba.


Ianya seketul-seketul dan boleh diagih-agihkan

Contoh subsidi yang tak nampak: Nilai ringgit pada gula, beras, minyak (bukan barangan itu sendiri)

Antara Subsidi Dalam Bajet 2012:
Beras – Super Tempatan RM2.40/kilo. Subsidi kerajaan RM0.60/kilo. Harga tinggal RM1.80/kilo
Gula – RM2.50/kilo. Subsidi kerajaan RM0.20/kilo. Harga tinggal RM2.30/kilo

Bila subsidi diberi, kita suka betul cerita pasal minyak. Dan bila sebut minyak, ramai nak tahu pasal duitnya. Kalau minyak contohnya 'diesel' yang diberi subsidi dalam bentuk 'minyak' itu sendiri dan diagih melalui tong dram; ini subsidi yang boleh nampak. Tapi ramai pertikai nilai subsidi pada petrol yang mana ianya adalah dalam bentuk 'nilai ringgit' dan bukan wang ringgit atau duit yang sehelai-sehelai tu.

Jadi bila kita sebut 'nilai ringgit' ianya tak akan nampak duit sedebuk depan mata. Apatah lagi nilai subsidi itu sendiri sebenarnya adalah perbelanjaan yang sepatutnya kita tanggung tetapi orang lain yang dah tanggung bagi pihak kita.

Bila sesuatu perbelanjaan itu telah ditanggung sebahagiannya oleh orang lain (kita panggil subsidi); rasanya memang janggal bila kita sebagai penerima subsidi pertikai apa yang orang lain telah sumbangkan untuk kita...

Itu cerita subsidi. Bagaimana subsidi ini berkait dengan nilai impot dan ekspot? Bila kita cuba ekspot nilai sama dengan impot; akan berlaku tukaran matawang dan nilai matawang ini fluctuate (turun naik tidak tetap) sepanjang masa. Dan bila kita berurusan dengan syarikat besar; nilai impot/ekspot juga besar; dan ambil satu jangkamasa yang panjang - kita perlu buat kontrak. Pada saat kontrak dimeterai; nilai tukaran matawang ditetapkan pada satu kadar; baru boleh mati setem.

Bila kita impot dan ekspot berat tong yang sama; kita kena lihat juga tukaran matawang pada kontrak yang telah dibuat. Yang pastinya wang hasil jualan dan belian tidak masuk atau keluar pada waktu yang sama kerana adanya tempoh kredit (kredit terms).

Sebagai contoh: Syarikat Saya Sdn Bhd berkontrak pada empat tahun lepas dengan Syarikat Anda Pte Ltd pada nilai tukaran RM2.25:S$1. Tahun ini nilai Ringgit jadi RM2.45:S$1. Tempoh kredit pula 120 hari. Bila wang Singapura itu dibankkan di Malaysia hari ini; kita untung RM0.20 bagi setiap S$1. Pembelian pula? Kita akan bayar lebih RM0.0362 tiap S$1 (reverse mode: S$0.4444:RM1 kepada S$0.4082:RM1) Kedua-dua urusan jual beli ini juga ambil kira lain-lain kos yang kena dibayar pada harga semasa seperti levi, transport, permit, duti kastam; di mana kita perlu bayar lebih RM0.20 setiap S$1; ini tiada dalam kontrak. Akan tetapi kandungan kontrak (sebenar) adalah rahsia syarikat baik Sdn Bhd mahupun Berhad.

Bila syarikat saya beli kertas satu kontena  benilai S$100,000 (satu trip); hari ini syarikat tanggung lebihan harga belian RM3,620 tidak termasuk sewa kontena, transport, levi, permit, duti kastam. 6 trip sebulan akan ada penambahan harga belian berjumlah RM21,720 tidak termasuk perbelanjaan 6 kos untuk 6 trip itu. Perbezaan itu boleh jadi untung tetapi jangan lupa nilai matawang adalah fluctuate. Untuk kes minyak, akan ada lagi perbelanjaan tambahan yang perlu ditolak seperti royalti kepada negeri-negeri. Perlu dingat, kos carigali ini bertempoh dan hasil pengeluaran setiap tahun bukan bertambah. Satu hari nanti minyak kita akan habis juga.

Oh ya, ok - Pam-pam minyak sediakan 2 kepala pam: RON 95 dan RON 97. RON 97 adalah minyak kita yang tiada cukai dan kos lain. Jadi harganya mati seperti contoh RM2.90/liter. RON 95 lebih kepada minyak impot sebab itu ada cukai dan kos lain yang ditanggung/subsidi oleh kerajaan. Bila diconvert kepada harga Malaysia jadilah seperti contoh RM1.90/liter. Aku harap pembaca dah faham kenapa nilai subsidi itu berubah-ubah.

Minyak kita bermutu tinggi dan harganya mahal dan kita suruh rakyat asing beli minyak kita dan larang beli RON 95 kerana kita sebagai rakyat boleh pilih nak beli yang mahal atau beli yang murah. Oleh kerana minyak kita ada harga dan bermutu tinggi, kita ekspot untuk jana untung. Kita akan timbal balik urusan jualan dengan urusan belian minyak impot.

Jika kita sebagai rakyat ada lebih wang; kita boleh sumbangkan lebih kepada negara dengan beli RON97. Jika tak mampu nak sumbang lebih, kita masih tetap menyumbang kepada negara melalui RON95. Ada perkara yang boleh kita kongsikan, kita kongsi bersama. Jika ada yang tidak boleh dikongsikan, itu adalah rahsia dan kekuatan negara. Sila beri teguran jika ada salah maklumat yang telah aku cerita di sini. Aku sayang Malaysia dan setakat ini sajalah yang mampu aku jelaskan.



Imaginasi Yang Melampau Lampau

EmpayarUtama - Monday, June 11, 2012 : 12 comments

Kengkadang tu terjumpa blog yang gambarnya hanya boleh dilihat menerusi imaginasi yang cukup tinggi macam dua contoh kat bawah ni. Dulu masa memula jumpa aku pening gak kenapa yea? Tapi bila kena kat diri sendiri baru tau.

Yang hitam tu dalam belog aku; satu lagi belah kanan tu banyak kat blog
Eera Shera (Contoh je...)



Sebagai pengguna blogspot, segala imej yang diupload ke dalam blog tak kisahlah dah publish ke belum - otomatik akan disimpan dalam Picasa Web Album.

(Boleh download gambar sebanyak mungkin menerusi 'Compose page' bukan 'HTML page')

Nanti akan ada satu pilihan tab untuk download imej yang dah tersedia disimpan dalam Picasa Web Album:

Aku pulak memang tak pandai men Google+ nih lebih-lebih lagi bila bab sharing-sharing:
Takut gambar yang tak sepatutnya dishare; aku deletele sikit, habis satu album kena delete hampagas tul... :(

Jadi bila korang baca cerita-cerita lama aku; jumpa pulak imej cam kat atas yang warna hitam tu; hahahah korang bayangkan sendiriklah gambar apa dalam kepala ^_^.

Hapdet skettt:

Yang ini bukan pasal delete cuma tokey gambar merangkap tuanpunya domain (selalunya template blog yang percuma) buat kerja semua nak yang free punya.


Macam aku jugak hahahahahahah....



Sekejap Di Melaka...

EmpayarUtama - Sunday, June 10, 2012 : 13 comments

Minggu kedua cuti sekolah dah abis pun. Tak tahan duduk rumah, budak-budak ajak berjalan. Tapi sebab aku yang sibuk (buat-buat sibuk) memang takde plan nak ke mana.

Tapi iyalah, camanapun kena juga bagi ruang untuk bersama keluarga, kan? Jadi kitorang ke Melaka lagi. Ini kali kedua jadi aku gabungkan dua trip dalam satu cerita. Pilihan sebelum ini
ialah Puteri Resort, tak jauh dari tol Ayer Keroh, Melaka. Diorang janji ada kolam mandi, perghhhh jadik aja....

Meh layan gambar-gambar kolam (banyak saiz sebenarnya kat Puteri Resort nih tau) aku tak masukkan makanan yea.


Kalau nak nengok resort atau hotel siap dengan aneka makanan; kita jengah blog ~Beb~ sebab dia ni tahap International dah. Aku pulak - setakat Colors of Malaysia ni pun lom habis lagi der...


Sambung lagi. Melaka ni banyak sangat sejarahnya. Tapi untuk mudahkan pengunjung maka dibinalah beberapa muzium selain dari zoo dan taman-taman rekreasi. Pendek kata, kalau tiga hari berkampung pun belum tentu dapat habiskan semua tempat kalau nak pergi.


Yang atas ni dipanggil Taming Sari. Kita dapat lihat keindahan Melaka dari atas kerana dinding roda putar tu adalah kaca lutsinar.

Yang ini pula deretan beca yang mana pemandunya juga boleh bertindak sebagai pemandu pelancong kepada yang berminat untuk bersiar dengan beca.




Atas dan bawah ialah replika kincir air zaman kesultanan Melaka.



Kat area sini, banyak lagi muzium berdekatan cuma aku nampak pengunjung (atau mungkin pemandu pelancong) tak berapa minat untuk ke Muzium TLDM dan Muzium Kastam. Aku pun sama. Kenapa yea?


Sebelum makan cendol dan balik JB; Muzium Samudera jadi persinggahan terakhir untuk kali ini.



Hasil dari sehari suntuk merayap;

kat sinipun jadik... ^_^



Pasang Lagu/Autoplay/Repeat/Pause

EmpayarUtama - Tuesday, May 29, 2012 : 10 comments

Nampak tanda 'pause' kat sidebar? Kat belog ni dah tak nampak sebab aku dah keluarkan.

Haa, dulu aku ada pasang tapi macam yang aku cerita dulu; tetiba je dah tak ok. Ramai juga pengguna blogspot yang tak boleh guna html kod ikut tutorial yang ada, kannnn...
[Update: Blogger New Look ni macam dah tak terima html code yang ada dalam tutorial yang ini. Tapi kalau nak pasang kat belog masih boleh lagi. Tuto ni tetap disiarkan sebagai khazanah belog :)]

Kat sini aku kongsi
a. camana nak bagi jadi; jangan tak jadi ^_^

b. html kod paling simple. Tak perlu ambik semua dan kalau nak tukar lagu cuma tukar kod lagu aja. Cari je lagu apa korang minat kat youtube dan gantikan html kodnya.

c. camana benda alah ni jadi autoplay dan repeat berulangkali - kalau bosan tekan butang pause, ok? Kalau malas nak sambung baca, terus aja pergi ke blog Nurhafizah❤ atau blog Nakbebel cuma diorang tak ajar camana repeat lagu

d. kod ini boleh letak kat sidebar; entri pos atau kat mana-mana area dalam blog.

Ok k k k k; ni ha kodnya:

<center><embed src="http://www.youtube.com/v/-sWnEWpS_fA?version=1&loop=1&amp;autoplay=1&amp;color1=0xffffff&amp;color2=0xfffff" width="30" height="25"></embed></center>

1. Kaler merah (center) untuk kedudukannya nampak cantik kat tengah. left untuk kiri, right untuk adjust kanan.
2. Kod embed untuk pastikan sumber (src) telah diletak dalam blog.
3. Kaler biru lepas sumber (src) itulah kod lagu youtube yang korang boleh tukar kalau bosan dengan lagu yang korang dah pasang ^_^
4. Haa (version=1) berlatarbelakang kaler apabendantah tu penting untuk tunjuk/display bagaimana kod ini akan keluar. Cuba korang tukar '1' tu kepada '3' mesti tak jadi punyalah.
5. Kaler hijau (loop) haaa itulah kod untuk repeat lagu. Lagu akan dimainkan semula selepas tamat secara otomatik.
6. Kaler oren (autoplay) untuk lagu terus dimainkan apabila blog kamu didisplay. Kalau tukar kod jadi '0' berjanggutle nak tunggu lagu keluar.
7. Kaler pink (color 1) adalah border keliling, nampakle macam kotak. Kaler kod ffffff untuk putih - tukar lah kalau nak bagi nampak border/kotak. Contoh border/kotak kaler merah:

8. Kaler purple (color 2) pulak adalah warna bahagian dalam border/kotak. Kaler kod ffffff untuk putih - tukar kalau nak bagi nampak kaler dalam border/kotak tu. Contohnya:

9. Akhir sekali tinggi (height) dan lebar (width) itu adalah ideal tak yah tukarle. Tapi nak tukar boleh juga. Ni contoh kalau aku tukar width kepada 230 dan kekalkan contoh color 1 dan color 2 tadi:

Oh, oh, lupa. Kalau nak letak kat mana-mana kawasan blog, tambah kod kaler gelap macam kat bawah ni:
<div style="position: fixed; top: 25px; left:3px;">
<center><embed src="http://www.youtube.com/v/-sWnEWpS_fA?version=1&loop=1&amp;autoplay=1&amp;color1=0xffffff&amp;color2=0xfffff" width="30" height="25"></embed></center>
</div>

25px tu jaraknya 25 pixel dari atas. 3px pulak maknanya 3 pixel dari kiri. Korang adjust sendiriklah yek. 

Mana nak dapat kod lagu youtube? Hek elehhh banyak tutorial tu gugel ajalah hahahahah. Pergi ke Youtube; taip lagu yang nak dicari dalam kotak search Youtube tu; Pastu cari button 'Share' haa tekan. Nampak pulak butang 'Embed' tekan lagi. Nanti keluar 4 kotak kecik-kecik tanda kat kotak last yang macam ni:
Use old embed code [?]

Satu lagi - kenapa mesti guna 'old embed code'? sebab kod lama takde perkataan 'embed' dalam link youtube dan kita dahpun letak kod 'embed' pada pembuka dan penutup kod. Faham yea...

Aku cuba ok je, korang lak camana?



Klook.com