Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

i-Sinar, Fikirlah Baik-Baik

EmpayarUtama - Tuesday, November 17, 2020 : 2 comments

Cuba elakkan pengeluaran... Fikir dulu sebelum buat keputusan.

Saya kira berdasar mula kerja pada 02/05/2019 (tahun lepas) dengan potongan KWSP 11% manakala 13% lagi sumbangan majikan. Jumlah itu dibahagikan 70% untuk Akaun1 selebihnya 30% untuk Akaun2. Ok mari kita kira:
Senario 1: Gaji (keluarga) RM7,000.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar.

Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM6,048.00 (RM504 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM14,112.00.

Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak 12 bulan dan pada April 2021 Akaun2 masih ada RM6,096.00 (pengeluaran bulanan sama dengan caruman bulanan) manakala Akaun1 berjumlah RM28,224.00.

Tapi i-Sinar hanya boleh keluar selepas April 2021. Eheh hidup lagilah kot masa tu...


Senario 2: Gaji (keluarga) RM3,500.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar.

Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM3,024.00 (RM252 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM7,056.00.

Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak 11 bulan saja kerana i-Lestari terhenti otomatik pada April 2021 disebabkan Akaun2 tinggal RM294.00 manakala Akaun1 berjumlah RM14,112.00. Kering dah Akaun2 tu.

Lepas keluar i-Sinar RM10,000, bulan Mei 2021 Akaun1 tinggal RM4,952.00 (baki tolak i-Sinar + 100% caruman terus ke Akaun1). Akaun2 statik pada RM294.00 sebab kena setel dulu pengeluaran Akaun1 tadi.

Bulan Jun 2021 harap gaji bulanan sajalah itupun jika masih bergaji...


Senario 3: Gaji (keluarga) RM2,000.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar. Tak yah campuler BSH ke apa ke yang one-off tu sebab nak kira kelangsungan hidup.

Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM1,728.00 (RM144 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM4,032.00.

Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak cuma 4 bulan sebab i-Lestari terhenti otomatik pada Ogos 2020 disebabkan Akaun2 tinggal RM304.00. Disember 2020, Akaun2 jadi RM880 mati kat situ...

Disember 2020 baru boleh mohon i-Sinar, ok tu sebab Akaun1 berjumlah RM6,720.00 dan dapatlah keluar RM6,000. Bulan Februari 2021 Akaun1 tinggal RM1,200.00 (baki tolak i-Sinar + 100% caruman terus ke Akaun1). Akaun2 statik pada RM880.00 sebab kena setel dulu pengeluaran Akaun1 tadi.

Bulan Februari 2021 hidup terus merempat harap gaji (kalau masih ada kerja dan bergaji) tanpa tabungan langsung...


Anda dalam kategori yang mana?
Saya tak pandai beri pandangan, cuma boleh kira,
jadi jangan kecam saya...



Prihatin Sungguh

EmpayarUtama - Monday, November 16, 2020 : No comments

Jika ada majikan yang rasa tak sabar, tentu biasa lihat paparan seperti di sebelah ni, kan...

Bahan-bahan ni diberi oleh rakan yang katanya dah buat segalanya tapi 'dok tang tu' lah nampaknya. Bila aku semak apa yang diberi, oklah ada juga posting untuk kenangan aku sebagai 'freelancer' nih haha.
Bayangkan kalau ada syarikat dengan lebih 30 pekerja, masak juga majikan nak 'cover' gaji diorang.

Bulan pertama nampak cantik dah dibayar. Bulan kedua tu Ogos, errr ni dah lepas tengah bulan November. Betul jugak tu...

Emel pertanyaan pun dah dihantar tapi jawapannya hanya 'arahan' untuk layari laman web yang memang kawan aku dok 'check' tiap hari. 'Link' yang diberi tu haaa macam imej yang atas sekali tu ler. Sampai sudah tak ada respon...

Nombor talipon tu pula katanya mesin je yang jawab, sampai sudah tak dapat bercakap dengan orang...


Prihatin kan?




Pasu Dari Tempurung Kelapa

EmpayarUtama - Thursday, October 22, 2020 : No comments

Tiga hari lepas, puteri bongsu beritahu cikgu ada buat pertandingan cipta pasu menggunakan bahan terpakai. Terfikir pula kalau cuba sesuatu yang mungkin orang lain tak cuba buat, mungkin lebih menarik.

Jadi petang tu, singgahle kedai runcit depan rumah ambil 2 biji tempurung kelapa yang dah diparut.
Aku cuba ajar dia camana nak buat. Untuk level dia sekolah rendah, buat yang senang senang saja sudahlah janji lain dari yang lain.
Memula tu aku suruh dia buang baki isi kelapa guna sudu. Yang ini tak cerewet kerjanya. Dah siap, haaa jadile cam ni:
Lepas tu, suruh dia buang saki baki sabut luar tempurung. Nak bagi licin, gosok dengan kertas pasir...
Proses korek lubang untuk tapak pasu dan lubang untuk mulut pasu agak susah sikit. Guna playar tak kena, guna screw driver mata halus pun tak kena. Iyalah, budak perempuan sekolah rendah je punnn. Silap silap pecah tempurung tu...
Sudahnya, aku tolong panggang bahagian yang nak ditebuk. Agak agak dah hangus sikit bahagian tu, mudahle dia nak ketuk, buang dan bentukkan jadi bulat. Nak ratakan, cam biasa guna
kertas pasir je. Untuk cantumkan pasu yang dah sedia terbelah tu, gamkan aja... Inilah hasilnya:
Terfikir juga nak kilatkan guna belen 'varnish' pintu sambil tambah dua tiga keping daun (pun guna tempurung juga) tapi nanti cikgu nampak cantik sangat takut dia tak percaya benda ni puteri bongsu aku yang buat.....
 
Inilah hasilnya. Semalam pagi dah hantar :)




Selamat Menyambung Pelajaran Aiman

EmpayarUtama - Sunday, September 6, 2020 : No comments

Anak bujang aku telah ditawarkan menyambung pelajaran tapi agak jauh, kat Terengganu sana.

Aku ok je cuma disebabkan COVID ni belum nampak penghujungnya maka dia kena masuk kelas online. Jadi, suasana hidup dalam kampus mungkin dia tak dapat rasa.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Ianya bermula sebagai Pusat Perikanan dan Sains Kelautan Universiti Pertanian Malaysia yang menyediakan kemudahan kepada pelajar dan pensyarah dari program Perikanan dan Sains Marin untuk menjalankan sesi praktikal dan juga penyelidikan; bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.


Ia dinamakan Universiti Malaysia Terengganu pada 1 Februari 2007 (sumber seterusnya boleh rujuk wiki)


Majoriti (bukan semua tau) IPTA sekarang hanya beri keutamaan kepada pelajar baru untuk 6 bulan (semester pertama) pertama saja. Selepas itu kena duduk luar kampus.

Maksudnya aku kena standby cari kenderaan untuk kemudahan dia pada semester kedua (Mac 2021) nanti. Kebetulan lesen memandu kereta motor semua dia dah ada.

Cuma mungkin belanja keperluan dia kena lebih sikit tahun depan sebab segala pakaian dan peralatan dia masa matriks dulu kalau boleh disimpan, kira ok lagilah. Kalau tak, kena beli lainlah jawabnya.

Macammana pun, tahniah Aiman berjaya meneruskan pelajaran. Semoga berjaya dengan cemerlang ya :)


Malaysia Prihatin

EmpayarUtama - Thursday, August 13, 2020 : No comments

Iya betul ada buat kesilapan. Alasan mudah - Bendera dipasang oleh pekerja warga asing. Tapi bila kesilapan itu hingga boleh dilihat dan diviralkan, nampak sangat pengurusan tak ambil peduli.

Teringat waktu sekolah rendah dulu, semua pelajar dapat giliran pasang bendera. Benderanya besar, kita budak
kecik tapi cikgu ajar camana letak kat bahu jangan sampai bendera tu cecah tanah. Cikgu juga ajar bagaimana cara ikat sebelum naikkan bendera.

Paling gemuruh bila kena pilih naikkan bendera waktu perhimpunan. Rasa bengang semacam je bila lagu dah habis, bendera baru tiga suku tiang; atau bendera dah habis naik, nyanyian belum habis. Huhuhuhu rasa panas jah muka...

Harapan aku lepas ni tak ada lagilah cerita pasang bendera terbalik. Selamat menyambut Kemerdekaan ke 63, Hari Kebangsaan ke 62, dan ulang tahun ke 57 penubuhan Malaysia.

._._.




Klook.com