Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Taman Cahaya Melaka

EmpayarUtama - Sunday, February 18, 2024 : No comments

Jika para pembaca berkunjung dan bermalam di Melaka atau nak exit tol Ayer Keroh selepas maghrib, aku cadangkan singgahlah ke Dataran Sejarah Ayer Keroh Melaka. Masuk ke tempat ini percuma dan penuh bercahaya dan berseri.

Di sini terletaknya Taman Cahaya atau Firefly Park Garden. Setelah dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Melaka ianya baru siap pada penghujung tahun 2022.

Lokasinya tak jauh dari Zoo Melaka, tak sampai 1 km pun dan setiap malam boleh dikatakan tempat ini meriah dengan orang ramai. Sangat sesuai untuk berselfie tau.


Ia dibuat sebagai tempat keluarga bersantai di sebelah malam dengan suasana yang penuh dengan cahaya.


Meh layan slide sekali :


Lorong masuk seperti terowong gergasi yang dibuat dengan lampu LED sampailah ke menara jam yang bercahaya.


Bersebelahan dengan Taman Cahaya pula ialah tempat makan-makan yang dipanggil LeyPark Station Ayer Keroh. Jangan terkejut sebab memang nama tempat ini 'leypark'; persembahan percuma turut disajikan. Banyak pilihan makanan yang memang memenuhi citarasa.


Jom layan beberapa gambar. Budak-budak ni dok main buaian di taman ngam-ngam bersebelahan je dengan gerai-gerai jualan sementara si kakak ambil pesanan :

Kebersihan di sini memang tiptop. Tandas awam disediakan; dan pengunjung yang sudah selesai menjamu selera akan buang sendiri bekas makanan di tong sampah yang disediakan. Bagus tau jika semua tempat; pengunjung sama-sama menjaga kebersihan awam.


Berkunjung ke dua-dua tempat inipun antara sebahagian dari Rutin kami bila singgah di Melaka.


Kari Kambing 40 Hari

EmpayarUtama - Sunday, January 7, 2024 : No comments

Restoran Kari Kambing 40 Hari ni terletak di sebelah kiri lebuh raya utara-selatan kalau dari JB menuju ke KL. Boleh ambil exit Yong Peng untuk singgah.

Jangan lambat sangat sebab 3.30 petang dia dah tak berjualan walaupun masih ada yang tengah makan. Ini disebabkan restoran beroperasi setiap hari, tak ada hari cuti.

Aku fikir setakat entri ni ditulis, dah 3-4 kali kot kitorang singgah sama ada untuk makan atau bungkus bawa balik. Aku ada cerita sikit je masa lepas hantar daftar Alya di Melaka tengah bulan Oktober 2021.



Jangan keliru ya sebab makanan yang disediakan bukanlah Nasi Beriyani tapi Nasi Arab. Kuah kari kambingnya agak manis dan boleh dikatakan bukan kuah kari sebenarnya. Daun kari pun tak nampak. Tapi memang sedap ler.

Tak banyak gambar sebab niat nak makan; tengok slidelah ya :
  • Luas kawasan hadapannya tapi selalu penuh dengan kereta motor
  • Bahu jalan di seberang jalan pun lebar, boleh parking
  • Ada juga ruang untuk duduk bersila disediakan
  • Kitorang ambil meja, banyak lagi kosong
  • Nasi Arab Kari Kambing
  • Nasi Arab Ayam Kukus Kot, kuah kari kambing disediakan
  • Set dulang yang sesuai untuk 4 orang makan

Kalau nak makan ala-ala stail maulud nabi; boleh je ambil set dulang yang boleh dinikmati untuk 4 orang. Pelanggan memang ramai. Tiap kali aku datang memang beratur panjang tapi barisan bergerak pantas. Ok je tak lama pun beratur.


Kalau lalu jalan ni dan tengok jam masih sempat untuk makan; jom singgah cuba. Tak cuba tak tau, kan...