Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Restoran Selera Ramai Tomyam

EmpayarUtama - Wednesday, January 1, 2025 : No comments

Kali ini aku nak kongsi satu tempat makan yang seratus peratus masakan dan tukang masaknya datang dari Pattani. Restorannya dalam food court Giant, dekat je dengan rumah aku.

Dah banyak kali dah kitorang makan di sini cuma tak berkesempatan nak buat promosi. Sekarang ni orang panggil review ya?

Masakannya lebih kepada seafood tapi rasanya baik kuah sup, kuah tomyam, sambal belacannya, masakannya lah; rasanya memang berbeza berbanding dengan masakan orang tempatan.

Namanya Restoran Selera Ramai Tomyam. Buka setiap hari dari tengahari hingga 9.00 malam. Tutup 2 kali sebulan pada selang dua Jumaat setiap bulan.

Restoran Selera Ramai Tomyam

Aku kongsikan beberapa masakan menerusi gambar-gambar bawah ni ya. Oleh kerana keluarga aku agak besar, kitorang pesan 2 set dan selalunya hidangan siap ngam-ngam masa kitorang sampai.

Jika pada bulan Ramadhan pula; kena book dulu sebab penuh dan memang tak dapat nak berbuka di sini jika main redah je.

(halakan anak panah [Mouse] pada imej untuk lihat penerangan gambar)
Sementara menunggu dua orang lagi yang belum tiba Ok dah tiba, sedondon lagi baju diorang hehe Set hidangan sesuai untuk 5 orang memang kenyang... Ikan Siakap Masam Manis Tomyam Campur; Kurang Pedas Sayur Kailan Goreng Ikan Masin Telur Dadar Kosong (Taknak Bawang) Sup Ekor Udang Goreng Tepung Daging Masak Merah Sotong Goreng Tepung

Lupa pulak, slide atas ni kena tekan sama ada Imej Sebelum atau Imej Seterusnya. Lama dah aku tak cuba slide jenis ni. Kalau ada yang berminat nak guna slide jenis macam ni, boleh cari kat SiteMap atau cari label tutorial kat sini.

Lepas makan, cam biasa bawak askar ke dalam Giant. Koyak juga ahahahahahahah :

Giant Giant

Sebelum terlupa; selamat bertahun baru 2025, semoga apa yang dicita-citakan akan tercapai kali ni. Aku tak reti buat review makanan. Cuma kalau nak rasa perbezaannya, kena datang sendiri cuba makan kat sini :)


Festival Anime : COSMANIA III

EmpayarUtama - Monday, December 30, 2024 : No comments

Anime Fest kali ini atau Cosmania III berlangsung di AEON Mall Bukit Indah selama 3 hari dari 27-29 Disember 2024. Kira siang tadilah tamat.

Puteri bungsu aku pernah guna kostum dan watak Wednesday Addams di sini pada 30.12.2022; aku ada kongsikan pada Bulan Januari tahun lepas (Januari 2023).

Untuk COSMANIA III, Yana memilih watak Yor Forger dengan kostum merah. Yor Forger ialah salah satu watak utama siri SPY x FAMILY.

Khabarnya Yor ialah seorang wanita yang sangat cantik, anggun, dan agak tinggi dalam usia 27 tahun, dengan tubuh badan langsing. Dia mempunyai rambut panjang, lurus, hitam mencecah bahagian tengah belakangnya dengan tocang pendek membingkai dahinya dan mata merah terbalik.
Dia seorang pembunuh upahan di bawah nama kod "Thorn Princess" atau "Puteri Duri" yang berpura-pura berkahwin dengan Loid Forger dan berpura-pura menjadi ibu kepada Anya Forger.

Di rumah, Yor biasanya memakai baju sejuk separa belakang merah luar bahu dengan seluar ketat hitam, skirt merah dan but buku lali bertumit coklat. Dia memakai ikat kepala putih dan sepasang anting-anting emas berjuntai dalam bentuk pancang kecil.

Dia membelah rambutnya kepada dua bahagian dan menyilangkannya ke atas kepalanya, mengikatnya dengan ikat kepala dan membentuk dua helai rambut tebal hingga ke bawah dadanya.

Kalau nak tengok gambar-gambar sebelum Yana siap hinggalah setengah hari dia di AEON Bukit Indah; tekan butang bawah ni ya. Nak tutup, tekan sekali lagi :
      Seperti biasa, Mak Usunya yang akan solekkan :


















      Di AEON Bukit Indah bertemankan 2 rakannya :











































Dua slide bawa ni ialah masa fotoshoot dengan photographer luar :














Jomle meriahkan AEON Mall Bukit Indah