Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kucing - Otimot

EmpayarUtama - Wednesday, May 8, 2019 : No comments

Anak kucing ni muncul bulan Sembilan tahun lepas. Belum sebulan kot umurnya masa tu tapi suara dah tak bunyi cam anak kucing. Hidup dalam parit dengan kotornya dan bulu pun sebahagian dah tak ada.

Jenuh memujuk panggil datang makan biskut dan akhirnya membesar dan jadi sebahagian dari keluarga aku.
Sebulan juga kurung dalam sangkar ajar dia buang air dalam pasir yang disediakan. Anak-anak beri nama Otimot - cantuman warna oren; putih dan comot.


Abang dan kakak dia yang tua dalam 6-7 bulan macam boleh terima kehadiran Otimot.

Lepas 5 bulan sampaile sekarang, tiap kali aku balik, Otimotlah yang menyambut... Dia akan dulu berada depan pintu; dan akan menghalang aku dari masuk. Aku dah masuk, dia masih kat situ. Saja nak suruh aku langgar badan dia atau nak suruh marah dia...



Satu hari tu dia sakit. Aku fikir kucing kampung bolehla dia usaha untuk sembuh sendiri. Lupa yang dia hidup tanpa ibu. Lepas 3 hari cam dah tak ada harapan. Terbaring terkulai. Aku bawak gi klinik. Doktor kata temperature sudah naik 41. Macam tak ada harapan langsung... Aku minta juga doktor beri injection dan apa-apa ubat yang perlu. Sejam sekali beri minum guna picagari sambil lap hidung dia yang tersumbat teruk.


Alhamdulillah. Semangat dia nak hidup masih ada. 4 hari je beri makan ubat. Sekarang dah nakal semula...




Akak dia Shy Shy, umur 14 bulan
Baka British


Abang dia Anja, umur 12 bulan
4-4 kaki berstokin putih
Kucing kampung


Sekarang ni cuaca panas. Usia dia belum 8 bulan kot. Kalau tidur kat beranda dia tarik canvas cover motor buat tutup badan dia :)



Pilih Bateri Kenderaan

EmpayarUtama - Sunday, May 5, 2019 : No comments

Aku ada guna Exora. Genap setahun tak buleh hidup.

Call Servis Center tanya kenapa takde keluar warning bateri low tapi bila pusing suis dok bunyi kletek-kletek je. Dia kata kalau bunyi cam tu memang bateri dah sampai masa. Ngam ngam la pulok lepas 12 bulan warrantynya tamat. Hampehtul.
Kenalah tukar bateri dan dia beritahu spec bateri yang sesuai. Jadi semalam carile bateri yang sewaktu dengannya.


Rupanya bateri rosak. Kembung belah tepi kiri dan kanan...
Bateri asal ialah jenis bateri kering.

Nak cari bateri basah je sebab kereta lain yang tengah diguna pun pakai bateri basah juga. Bolehle jaga semua sekali. Yang sewaktu dengannya ialah jenis bateri NS70L sebab lebar, tinggi serta kedudukan terminal positif - negatifnya sama. Tapi sampai kat kedai; auntie tu kata dia ada stok bateri basah 55D23L. Dia bagitau NS70L terlebih panjang sikit. Kalau letak NS70L alas kaki bateri dalam but kereta tu tak berapa ngam. Boleh je pakai bukan tak boleh...


Nak buka dan pasang balik pun senang. Guna spanar saiz nombor sepuluh (10)...


Bila dah pasang; haaa imej kat meter rpm ada sikit kelamkabut.

Call Servis Center lagi tanya ada masalah tak kat ECU ke; TCU ke; apa ke... Dia kata tak de masalah. Kalau wayar tak touched masa guna jumper atau tak short kat lain tempat tak de masalah apa-apa. Tak perlu nak reset-reset itu ini bagai...

Dia ajar camana nak betulkan paparan kat meter rpm. Tekan butang tengah-tengah meter tu lama-lama sampai gambar kereta dan belon belakangnya tu tak bernyala. Pastu berenti tekan. Kendian tekan sekali je lagi dan akan keluar imej kereta, kedudukan tangki minyak serta jarak anggaran perjalanan...


Dah ok kembali ke asal... Hehehehe....
Jam dan channel radio kena setting sendiri ler... kannn.


Harga bateri pun tak mahal. Ni harga sebelum dia ambik RM30.00 untuk bateri rosak tu ...

Terima kasih ya auntie; dan terima kasih juga kat Bro Azizi dari Servis Center yang beri banyak maklumat berguna untuk aku kongsi di sini :)



Jangan Main Kotor Bahagian 2

EmpayarUtama - Tuesday, April 9, 2019 : No comments

5 hari lepas aku beritahu Jangan Main Kotor yang akibatkan credit prepaid dipotong RM0.50 tiap kali selepas terima sms. Aku yang bodoh piang ni ikut je apa saranan pegawai perkhidmatan pelanggan.

Tapi dah sent pun STOP dan CANCEL hasilnya camtu jugak. Tetap dapat sms dan kredit masih kena potong.



Pegawai tu juga kata dia dah tolong divertkan semua panggilan ke nombor prepaid (jika ada selepas ini) ke nombor postpaid aku. Boleh tutup Sim kad 2 yang guna nombor prepaid tu. Iya ke? Aku cuba esoknya guna talipon rumah dail nombor prepaid tu ek elllehhhhh keluar pesanan suara je. Tak ada ringing pun kat enset aku...

Jadi, Sabtu 3 hari lepas aku terus ke Celcom Taman Molek untuk cuba dapatkan penyelesaian. Nombor giliran depan aku tak banyak tinggal 7 orang je. Tapi mungkin masalah mereka lebih besar dari aku jadi dekat satu jam jugalah menunggu.

Satu perkara yang aku kenalpasti ialah para pekerja khidmat pelanggan di situ seperti diajar agar memotong kata-kata pelanggan. Reverse Physology ke? Berilah peluang pelanggan luahkan habis masalah mereka; jadilah pendengar yang baik. Mereka datang dari jauh, rata rata bawa anak kecil. Kena tunggu giliran sekitar 1 jam hingga anak meragam. Tiba giliran nak luahkan masalah - belum habis cerita dah kena potong. Apa ni?

Kena giliran aku, aku terus cakap 'dengar dulu apa masalah aku sebelum nak potong cerita ya'. Dan biasalah, mereka jual servis, jual produk. Penyelesaian tetap akan tuju kepada pelan paling murah yang ditawarkan, setidak tidaknya mesti dapat jual...

Jadi tak ada penyelesaian apa-apalah atas masalah aku. Cuma pegawai tu mintak enset aku dan aku nampak dia ejas sesuatu kat Access point name (APN). Masalah aku tergantung dan pihak mereka tak dapat jual produk kat aku.

Sampai rumah aku perasan lambang 4G untuk Sim 2 (Prepaid) dah bertukar G aja. Aku fikir pasti Data Network aku dah ditutup. Tak pe tunggu lagi 3 hari tengok macammana...

Pagi tadi cuba jauh sikit di luar rumah; tanpa wifi cuma data network Sim 1 (postpaid) saja berfungsi:

Pastu masuk rumah; guna wifi rumah nampak signal blinking untuk Sim 2 (Prepaid) tapi tak berjaya:


Hasilnya, yeayyy aku dah tak terima mesej dan tiap kali semak, baki masih sama.

Boleh pulak selesai masalah aku nih - lepas APN enset diejas, kannnnn.....

Kemaskini 06.05.2019:
Apa aku tulis sebelum tutup cerita Jangan Main Kotor?



Patutlah guna taktik tu - test market rupanya...


Projek Kemas Tadika KEMAS

EmpayarUtama - Sunday, April 7, 2019 : No comments

Uihhhh tahun ni aktiviti murid-murid Tadika KEMAS lain macam betul. Ada beberapa tugasan diberi kepada anak-anak untuk disiapkan di rumah. Mak bapak budak ler yang bertungkus lumus menyiapkan hasil kerjanya hahahahahampagas tullah.

Setakat ni baru masuk bulan 4 dah 4 tugasan diberi. Dah macam kelas seni untuk tingkatan menengah je. Aku
pulak ada dua hero di Tadika, masing masing nak bersaing sapa punya paling lawa. Semput jadinya.

Belum campur aktiviti luar kelas. Aritu gi kolam di Starhill. Pastu ikut perarakan Maulidur Rasul. Dengar cerita dah nak bersiap siap untuk aktiviti sukan pula lepas ni.

Haaa ini la yang dapat aku tolong diorang seadanya:

Tugasan Pertama - buat model dari lukisan bentuk rumah, pagar dan pokok. Hasil seterusnya ikut kreativiti:

Kiri rumah Asyraaf vs Kanan rumah Aisy...

Untuk tugasan kedua; ada beberapa tajuk diberi. Diorang pilih tajuk 'bentuk dan warna' hasil dari bahan terpakai...


Hasilnya:

Hidupan Laut vs Flora & Fauna

Tugasan ketiga kena jadi chef. Buat sandwic je tapi kena sediakan apron, topi chef serta telur rebus huhuhu

Ada juga kena sediakan barangan untuk projek di kelas seperti garam untuk hasilkan tanah liat; serta buat corak dan kena sediakan kacang bendi ke, kentang dah siap berukir ke, batang pisang ke atau bawang besar..... Aku fikir time aku sekolah rendah je buat projek tu. Zaman aku lom ada tadika.

Tugasan terkini:
Anak pokok bunga - Anak pokok sayur - dan benih serta pasu/bekas tanah.




2 anak kena 2 set lerrr...


Jangan Main Kotor

EmpayarUtama - Friday, April 5, 2019 : No comments

Sepanjang aku bertalian bimbit, aku guna nombor postpaid Celcom. Dari 010-6 digit (tak silap tahun 1990/91) hinggalah sekarang 019-7 digit guna nombor yang sama.

Sebagai pelanggan setia, dulu macam-macam hadiah aku terima daripada Celcom. Dari T-Shirt, mug, payung, pen, keychain, wallet, hinggalah blackberry. Tapi itu dulu,
zaman sebelum gawat.

Oleh kerana aku dulu kerja buat sales, aku cuba asingkan kawan-kawan dan customers/pelanggan. Maksudnya untuk tujuan kerja aku jadikan nombor postpaid sebagai perhubungan, manakala kawan-kawan pula berhubung melalui nombor lain. Jadi aku beli satu nombor prepaid. Masa tu memang apa nombor pun - tak kisahlah postpaid atau prepaid - memang tak ada talian internet/wifi/data network/mobile data/hotspot. Cuma nombor prepaid tu ada '365 validation' jadi aku tak takutla bila kredit habis nomborpun tak hilang. Cukup setahun 'top-up' RM30 dan extend lagi setahun guna '365 validation' tu; dan standby RM30 lagi dalam top-up.

Bila zaman makin canggih ni aku masukkan le nombor postpaid tu bersama internet line. Bil bulanan pun akan tunjuk statistik penggunaan internet:


Dan aku gembira sebab Celcom tak beri masalah; aku guna dua-dua nombor tu dalam satu enset je (dual-sim).


TIBA-TIBA...
Sepuluh hari terakhir ni aku rajin terima mesej untuk nombor prepaid yang maksudnya lebih kurang begini:

... credit anda akan ditolak RM0.50 kerana penggunaan data network... untuk batal atau tukar kepada plan lain sila dail *118*2#...

dan tiap kali aku terima mesej tu, aku semak baki kredit melalui *124#. Memang dah kena tolak RM0.50... (tak terima sms pun kena tolak RM0.50 sehari...)

Ishhhh.... Aku dah ada postpaid yang tersedia internet line. Rumah memang ada wifi, semua opis pun dah ada wifi. Prepaid aku tak pernah ada pelan internet apa-apa. Betul betul basic.

Kenapa tiba-tiba kena potong tiap hari RM0.50 dari nombor prepaid sebab ada penggunaan data-network?

Siapa beri kebenaran buka data-network untuk nombor prepaid yang memang tak pernah ada apa-apa internet plan?

Jawapan dari pihak Customer Service tak memuaskan hati dan aku minta disambungkan kepada specialist/technician... Technician pun beri jawapan sama... Ada ke kata masalah smartphone... pastu cadangkan pelan internet percuma...bla bla bla blahla woiii. Ini bukan masalah smartphone, ini masalah dicipta oleh Celcom!

Aku beritahu "sms tu dari 2888; bukan 2888 tu dari Celcom ke?"; Dan mamat technician tu ketawa.... Kannnnnnnn dah kantoiiii

Akhirnya aku pesan kat dia, tolong hentikan game ni untuk nombor prepaid aku tu ya sebab mesej tu langsung tak ajar camana nak stop kan permainan kotor nih.

Hati-hatilah ya. Taktik ni DiGi pernah buat tahun 2016 dulu...

Jom Tengok Upin dan Ipin - Keris Siamang Tunggal

EmpayarUtama - Wednesday, March 27, 2019 : No comments

Cuti sekolah - layan budak-budak tengok Upin dan Ipin - Keris Siamang Tunggal kat MBO KSL City.

Cerita mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam stor Tok Dalang. Banyak watak dalam dongeng rakyat yang mereka bertemu; aku teringat cerita 'Magika'.
Kengkadang terbayang cerita Cina kuno yang aku pernah tengok terutama part kawasan pelabuhannya. Memang best filem terbitan Les' Copaque ini. Ini hasil 100% kepakaran anak tempatan tau.


Budak-budakla yang meriah.
Ini belah pagi grup mana ntah masa aku beli tiket :)


Layan gambar depan poster


Spiderman tumpang semangkuk (ada belah kanan hehe)



Aisy tengah konsentret...

Mari tengok gambar dan sebahagian watak-wataknya:


Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal


Si kecik dua orang tu kata nak tengok lagi. Jadi siapa-siapa yang belum menonton, bawakle sekeluarga tengok Upin dan Ipin - Keris Siamang Tunggal ni. Bestlarrrr