Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Tak Bodekpun, Kena Ikat Gakkk

EmpayarUtama - Thursday, April 7, 2011 : 3 comments

Bila tahu kat satu tempat ada emas, koreklah sampai emas tu habis. Kalau nak tanam benda busuk pulak, tanam semua sekali. Plastik bungkusnya jangan campak tepi longkang aja. Cangkul tu pulak, takkan nak letak tepi aja, cuci bersih-bersih nanti boleh pakai len kali.

Bila difikir, penahanan 62 pegawai dan kakitangan Kastam DiRaja
Malaysia (KDRM) setakat ini beri beberapa gambaran dan soalan. Siapa jerung besar di belakang mereka? Puas hati ke dengan tindakan SPRM hanya ke atas kakitangan KDRM?

Cari sekali siapa yang menghulur, siapa yang buat transit, dan akhirnya siapa yang dapat balik duit transit tu...

Apa-apa pun sekarang kena tunjuk prestasi yang boleh disahkan, baru ada can nak naik. Betul tak? Atau adakah bila dah sampai masa setahun sekali penilaian prestasi akan dibuat, masa tu baru sibuk cari/dapat kes? Iyalah, sekarang ni kalau nak naik, bos-bos tak tengok lagi dah berapa besar kipas para pekerja (Ada jugak, jangan nak tipulah...).

Tapi betul ke KPI (Key Performance Indicator) tak 'bias'? Adaaaaa lebih-lebih lagi jika peratusan dah ditetapkan. Tak terpengaruh dengan bodek, terikat pulak dengan geraf KPI. Jadi, sama ajalah...

Curve_Chart
Contoh satu jabatan yang dianggotai oleh 18 pekerja (aku ulang, ini contoh aja tau, takde nya dipengaruhi oleh pengadil, penjaga garisan, penonton, FRU maupun para pemain). Standard geraf yang diguna pakai untuk KPI berbentuk ‘curve’. Memang inilah gerafnya, tak caya tanya bos korang. Bila guna geraf ni, telah ditentukan mesti ada beberapa orang dalam kedudukan teruk (poor), tak berapa memuaskan (below average), setakat bolehlaaaaa (average), ok nih – baik - memuaskan (above average), dan cemerlang (excellent). Biasanya jumlah excellent dan poor tu memang sikit dan mungkin tak ada langsung.

Dalam lain perkataan, kalau semua 18 pekerja buat kerja yang sama pun, masing-masing akan duduk kat posisi tertentu (macam team bola) kerana bos terikat dengan geraf KPI.

Apa yang penting sangat KPI ni? Penting wooo, sebab inilah periuk nasi korang untuk tahun depan. Inilah yang akan tentukan korang akan naik pangkat ke (siap naik gaji sekali); naik gaji ke (biarpun tak naik pangkat); naik pangkat aja ke (gaji tak naik pun, hampeh tul – tanggungjawab lebey tu, hehehehe); berapa manyak bonus tahunan; atau pun duduk diam-diam kat tempat lama tunggu kena tukar ke, pandai-pandai le cari kerja baru ke, atau buat bodo je sebab prestasi tak naik atau yang teruk sekali tetiba taun ni KPI turun.

Boleh jadi ke KPI turun? Boleh happpa, kalau taun lepas dah naik gaji atau naik pangkat – bos akan kata "ko nih baru lagi kat pos ni, so kena tunggule 2 – 3 taun lagi". Contoh terbaek – Kerani kanan. Taun lepas dapat ‘above average’ dapatle naik pegawai. Taun ni KPI dia kira start dari bawahle… biarpun mutu kerja cemerlang bila dah duduk kat pos pegawai - hanya disebabkan baru je naik pangkat, belum setaun pun beb – so jangan nak ngengada mintak KPI tinggi).

posmen
Selalunya yang jadi mangsa kat kumpulan below average atau poor tu ialah opis boy atau messenger. Kesian kat brader posmen... Nak dapat excellent kena tunggu eksiden, pastu masa eksiden tu kena peluk bungkusan surat erat-erat - kira pegang amanah tau. Lagi best kalau cerita eksiden tu masuk paper. Kompom naik pangkat punya walaupun kaki sebelah dah hilang sebab eksiden. Tapi janganlah pulak disebabkan cerita aku yang merapu ni, semua posmen pakat eksiden...

Haru nanti...




Meriahnya...

EmpayarUtama - Saturday, March 26, 2011 : 2 comments

Antara gambar-gambar yang sempat aku tangkap pagi tadi.

Kali ni aku nak kongsi Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Sekolah Agama Dato Abdullah Esa, meriah woo...

Grup kompang baju biru tu walaupun barisan terakhir, tapi grup tulah yang paling meriah sebenarnya.


Nak tengok livenya, klik video kat bawah ni (tapi aku amik masa diorang berarak masuk dalam kawasan sekolah je, tak sanggup nak ikut 4 km sambil dokong anak kecik) :

Masa kecik-kecik dulu, kalau dah dekat nak sambut Maulud Nabi, kampung yang anjurkan. Kitorang budak-budak sekolah agama buat grup 3-4 orang pusing keliling kampung kutip derma. Masa tu bawak tabung besar tin bersalut ngan tulisan jawi dan ada logo sekolah ke jabatan agama ntah aku pun tak ingat dah. Yang aku paling ingat ialah kami dapat beberapa kebat lencana kertas warna putih ada logo dan jarum peniti untuk disematkan ke pakaian penderma. Kitorang lak pakai kat songkok. 

Sekarang dah lain. Sekolah cuma perlu buat surat derma ibu bapa. Sebelum pakai surat, rasanya sekolah bagi kad derma sorang satu kat budak-budak. Iya lah, masa merubah segalanya...

Ini insiden sebelum kumpulan berarak tu sampai dalam sekolah:
Kuah lauk kambing tumpah daaa...

 Agihan sarapan lepas perarakan...  
 

Kat bawah ni... diorang dok tunggu paluan kompang oleh grup baju biru yang tak abis-abis. Akak-akak dan makcik-makcik grup baju merah tu tak tunggu lama, lepas dapat tapau beransur dah tak tau ke mana; mungkin ada majlis lain kot:


Antara para tetamu yang hadir...


 Tak ketinggalan tetamu kehormat selain tetamu istimewa:


 Sebelum memulakan acara, pembuka tirai pagi ni ialah bacaan doa semoga semua diberkati Allah:

Bawah ni pula antara tulang belakang menghidupkan majlis hari ni. Ikut turutan gambar, gambar no 6 tu kira dah siaple makanan untuk tengahari. Oleh kerana tetamu memang dah dijangka meriah; agak sukar untuk buat hidangan dalam dulang makan 4 orang macam yang pernah aku ceritakan dalam entri yang lepas.






Satu kumpulan lagi pun sibuk gak dok potong kuih dan buah-buahan:

Inilah dewan yang telah siap diubahsuai dan dapat digunakan untuk acara hari ni. Perasan tak budak-budak cam tak ramai / tak ada?

Sebenarnya diorang ada tempat untuk berkumpul dalam kelas yang dah dikhaskan jadi dewan untuk diorang berehat. Jadi ibu bapa dapatlah mengikuti acara majlis dengan kurang sikit gangguan:


Tudung Merah: Anak saya ramai, ni yang datang seragam ni baru lima orang. Kat rumah pun diorang kirim. Boleh tapau lagi sepuluh ke? Nak lauk yang lengkap ya; acar nenas, korma kambing, kari daging siap ayam masak merah tu boleh ke? Sedap la nasi tadi.

Tudung Putih: Eh, saya pun ingat nak bawak balik sepuluh bungkus gak. Nanti kita tanya ustazah yang jaga nasi tu yek...