Dah tukar template ni, ada aja benda yang aku nak ubah. Aku cari tutorial paling mudah dan tak cerewet untuk buang linkwithin di main page tapi akan keluar kat page lain sebab pada akulah, kalau takde benda tu blog nampak kemas
sikit. Jumpalah satu yang menarik oleh kaka1407 dalam Info Terkini Online tapi macam tak boleh jadi aja. Jadi aku cuba sendiri cara yang aku rasa tak peningkan kepala. Cuma tambah linkwithin script tu kat post footer. Macam ni:
1. Memula korang pergi ke website linkwithin, letak apa yang patut untuk info blog korang tu (tak payah log in pun tak pe daaa…). Dapatkan linknya, lebih kurang cam ni haaa: (id tu aku punya blog aaa, tengok korang nyer id mesti tak sama tau):
EmpayarUtama - Saturday, July 16, 2011 : 3 comments
Aku tipu. Sebenarnya ini antara aktiviti anak-anak Tadika Kemas sebelum perlawanan hujung minggu depan. Masing-masing baru je berumur antara 5 hingga 6 tahun.
Diorang bergabung dengan beberapa Tadika Kemas berdekatan untuk membentuk satu pasukan yang mantap demi menyelamatkan Sasuke.
Eh, pasal cerita Naruto lak masuk entri ni?
Latihan ni baru masuk hari kedua dan nanti kita tengok la pulak camana keadaannya masa hari pertandingan nanti. Tengok gambar-gambar kat bawah ni yea, masa latihan pagi tadi. Mana-mana yang datang dengan bonda masing-masing; kiranya mereka ada jurulatih peribadi tau. Tengok aksi para jurulatih tu:
Korum tak cukup siap pinjam GK dari sekolah kebangsaan lagi...
Ada dua view menarik kat sini. Memula kita nengok aksi si cilik Center (C) tu. Macam persembahan nyanyian pun ada:
Pastu aksi Goal Shooter (GS) dan Goal Keeper (GK) kat bawah ni pulak:
Sempat menocangkan rambut pihak lawan (GS) cuma tak bawak getah untuk ikat...huahuahua
Tocang sampai siap daaaa...
Aksi yang ini tak sah kalau takde...
Jenuh cikgu pun datang memujuk; tapi yang bestnyer GK dan GS tetap dengan 'dunia' diorang...
Bola dah dekat tu, GS relax je. Boleh duduk-duduk lagi...
(C) tadi menari agak lama di tengah sambil disaksikan semua...
Sesi perbincangan jurulatih-jurulatih peribadi selepas 2 kali latihan. Rasanya puas hati kot nengok persembahan pasukan yang baru dibentuk tu. Nak lawan ujung minggu - ada can menang ke? Mudah-mudahan...
Ok sampai sini dulu, nanti aku update hari pertandingan pulak. Tungguuuu...