Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Dilemma pembaca - Aku

EmpayarUtama - Saturday, August 6, 2011 : 9 comments

Untuk waktu santai belah pagi, biasanya lepas selesai hantar anak-anak dan isteri; aku lebih suka baca suratkhabar. Ini dah jadi rutin kengkadang sampai ke pukul 10 pagi walaupun aku tau kerja aku berlambak. Tapi sebab dah terbiasa aku
ambil satu hari selesaikan kerja-kerja aku untuk 3 hari berikutnya jadi aku akan ada masa rehat dari kerja-kerja pejabat sampai jiran-jiran pandang semacam je kat aku. Lantaklah.

Aku mengaku sebagai pembaca tegar Utusan manakala isteri aku pula memilih Metro. Walau macammana elakpun, dalam hati aku tetap akan buat perbandingan cara laporan berita disiarkan. Aku pun tak tau kenapa.

Oh ya sebelum lupa; aku mintak maaf yea kalau ulasan aku ni salah dan tersasar. Biasanya blogger ulas berita dalam akhbar atau pos balik berita yang sama letak dalam blog tapi aku tak pandai buat camtu.

Aku nak ulas berita muka depan semalam:

1. Iklan sponsor berwarna warni oleh Courts yang sebenarnya tak payah belipun dapat flyers percuma dibaling oleh ejen iklan ke dalam kawasan rumah atau dalam kotak surat jadi penyeri muka depan Metro. Iklan ni dalam hitam putih satu muka penuh ada kat halaman 6 Utusan. Aku ambil betul-betul muka depan Metrolah yea. Takkan nak ulas iklan pulak.

Tengok Courts ni teringat lak aku Courts JB pasang lagu Raya lima hari lagi sebelum puasa...

2. Ruginya kawin tak dapat bersama sampai saman 30 ribu disiarkan oleh Metro, tapi tak ada berita ni kat Utusan. Aku tak dapat ulas sebab satu akhbar je yang siar berita ni.

3. 'Serbuan' JAIS oleh Utusan dan ada berita ni dalam Metro mukasurat 12. Ini menarik aku nak ulas sebab walaupun kejadian yang sama tapi dua akhbar ni melapor berita yang berbeza.

Melalui Utusan aku dapat gambaran tentang kenapa serbuan dibuat dan rentetan dari itu menimbulkan satu kontroversi antara JAIS dan kerajaan Negeri Selangor. Ini melibatkan 12 orang beragama Islam. Manakala melalui Metro pula aku dapat gambaran tentang aktiviti keagamaan yang cuba menarik pihak lain yang bermasalah melalui sumber kewangan setelah kecewa dengan beberapa jabatan yang tidak ambil berat masalah mereka tetapi Metro melaporkan 20 orang beragama Islam terlibat. Kiranya Metro mengambil jalan mudah untuk berhenti di sini dan pastinya Utusan akan melebarkan berita kontroversi antara JAIS dan kerajaan Negeri Selangor pula.

4. Berita buang bayi luar nikah oleh Metro pun ada dalam Utusan di halaman 22 dengan kaedah penceritaan yang agak berbeza membawa kepada siasatan lanjut pihak polis.

Pinjam gambar anak kucing Ratu Satin je.
Tak berani aku nak letak gambar bayi tak ada kepala...

5. Berita tentang Timbalan Pengarah Veterinar Perak dibunuh disiar oleh Utusan; Metro pun ada juga di halaman 6. Utusan lebih kepada fakta selepas aduan oleh pengawal keselamatan dan 2 disyaki ditahan untuk siasatan manakala Metro mengindahkan cerita melalui jiran selepas aduan oleh pengawal keselamatan tapi 3 (bukan 2) disyaki ditahan untuk siasatan.

6. Mangsa mercun pertama tahun ni yang confirm boleh masuk Malaysian Book of Records oleh Utusan; Metro pun ada juga cerita pasal mangsa mercun ni, sebab tulah aku kata boleh masuk Malaysian Book of Records.

Dulu men jugak mercun bola nih buat halau monyet kat kampung.

Jadi korang dapat tangkap tak beza dua akhbar ni? Belum lagi?

Ini pandangan peribadi aku. Berita dalam Utusan lebih kepada masyarakat umum dan memang nampak pro kerajaan. Jadi jika ada saja berita yang boleh dikaitkan dengan pembangkang akan jadi modal Utusan untuk mengupas dengan lebih terperinci. Blogger juga ada ruang di situ dan secara tak langsung membantu menaikkan populariti blogger yang buat ulasan tentang isu politik. Manakala Metro pula lebih santai dengan mengetengahkan berita-berita terpencil dan nampak seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat secara langsung dalam politik tanah air.

Aku pula? Takkan la hanya disebabkan aku pembaca Utusan terus dicop pro kerajaan kerana pada aku, berita tentang perkembangan politik tanah air ni penting untuk aku meneruskan hidup; juga perancangan membesarkan anak-anak.

Eh, nak tanya ni; dah bayar zakat blom?


Sekarang Pelik II - Buah Pulasan

EmpayarUtama - Tuesday, August 2, 2011 : 9 comments

Biasa nampak buah ni? Ini buah pulasan, aku petik sikit dari kampung siang tadi. Belum masak betul lagi.

Tapi sebelum tu aku sedey sikit sebab tak ada yang dapat bagi nasihat atau pandangan untuk anak aku Afrina. Jadi aku buat kesimpulan scroll box ni sebenarnya tak membantupun kalau entri sesuatu blog tu memang
panjang. Tapi tak pe lah. Aku ada jumpa ustaz kat kampung mungkin lambat sikit kot sakitnya nak pulih. Kita sambung balik cerita pasal pulasan ni.

Anak-anak aku ada gak tanya kenapa rambutan ni kulit dia lain? Haaa tu la pasal. Sebab dia bukan rambutan. Nama saintifiknya kena tengok kat wiki; hehehe aku bukan pakar bab nama-nama saintifik ni.
Beza buah pulasan dengan rambutan ni ialah kulit dia kasar dan agak keras sikit. Kalau nak makan isinya kena pulas sebab tu lah agaknya dipanggil pulasan. Rasanya? Manis sama cam rambutan tapi manis yang tersendiri.
Satu lagi dia tak ada selaput keras antara isi putihnya dengan biji; tak macam rambutan. Kalau kita kopek isi rambutan mesti ada selaput bijinya yang melekat pada isi putihnya. Itu yang menyebabkan kita senang batuk kalau makan buah rambutan.Tak ada yang pelikpun sebenarnya buah ni.
Part paling menarik yang aku rasa tak ramai yang tahu; biji pulasan ni boleh dimakan begitu saja (ish macam iklan Roti Gardenia je...). Betul, tak caya cubalah. Rasa dia macam kacang, tapi yang lebih tepat lagi sama je macam kuaci yang korang beli kat kedai tu.
Ha, inilah perbezaan besar antara pulasan dengan rambutan. Kira kalau korang makan atau beli pulasan, dapat dua dalam satu. Minggu depan sapa nak ikut aku balik kampung kita belasah pulasan pulak yea... Kalau nasib baik duku-langsat pun rasanya dah masak tu. Durian? Dah abis, manggis pun sama...

Dan satu lagi, dah lepas sehari kita umat Islam berpuasa, maknanya ada 28 hari lagi (rasanya tahun ni kita berpuasa 29 hari aja) untuk kita sama-sama bayar zakat. Jangan lupa tu...


Keputusan Terkini...

EmpayarUtama - Saturday, July 30, 2011 : 2 comments

Seminggu gambar-gambar ni terperap dalam enset. Memang sibuk betul minggu terakhir sebelum puasa ni, apa lagi hujung bulan lak tu. Itu pun aku sempatkan diri buat satu entri lima hari lepas.

Haa... Inilah pasukan yang berjaya dibentuk dalam masa tak sampai sepuluh hari dan berjaya membuat latihan sebanyak 3 kali aja, hehehehe.
(sebenarnya sepuluh orang je tapi nak bagi cantik, adalah gambar yang aku tempek dua kali).

Acara sukan berlangsung di Dataran Sri Stulang. Sempatlah aku snap beberapa gambar persiapan pagi tu:

Dan acara dimulakan dengan perbarisan, ikrar dan lagu Negeri Johor dan juga Negaraku. Banyak juga Tadika Kemas dalam DUN Stulang yang mengambil bahagian. Rasanya ada 8 pasukan semua sekali:


Inilah barisan harapan yang mewakili Tadika Kemas Perajurit:


Perlawanan pertama - menang:


Perlawanan kedua - menang:


Macam biasa akan ada kecederaan tapi biasalah ibubapa yang dituju:

Akhirnya ke final. Netball ni dibahagi kepada dua kumpulan, jadi pemenang tiap kumpulan akan bertemu di final:


Tapi tewas kepada Tadika Hjh Hasmah yang dibentuk 5 bulan dulu. Kalah 2-3 sedeyyyy....

Ada 5 acara sempena Hari Potensi (Sukan) Tabika Kemas Kawasan Johor Bahru ni. Pemenang tiap acara akan mewakili Daerah Johor Bahru untuk pertandingan seterusnya. Antara acara - Futsal, Silat Gerakrama, Bolajaring, Rounders dan Galah Panjang (biasanya kita panggil main belon acah):

Antaranya, persembahan silat:


GerakRama:


Galah Panjang:


Futsal:


Dan ada juga terselit acara Galah Panjang untuk para guru:


Panas terik ari tu, khemah tak dapat tampung suasana panas sebab dataran ni di kelilingi oleh blok-blok flat.


Abang jurugambar yang begitu aktif ke sana ke mari, tak panas ke bang?


Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Datuk Seri Utama Hj Shahrir, terima kasihle datang yea:


Dan ini pulak persembahan juara pertandingan silat pagi tu:


Naik pentas amik hadiah tempat kedua Netball:


Tak lupa sumbangan untuk warga emas dan golongan kurang upaya. Gambar ni sebahagian aja:

Hehe, sebenarnya Afrina tak tau apa pun pasal pertandingan. Dia dan yang lain tau dapat main bola jaring je. Sampai dah habis game pun diorang ramai-ramai dok main lagi tengah panas terik:

Akhir sekali aku nak mintak pandangan (buat semua yang baca entri ni sampai habis). Mula dari hari pertama latihan bolajaring kat bawah pokok saga aritu, anak aku ni tiap malam akan terbangun tengah malam mengigau. Menangis merengek dan muntah-muntah sampaile malam tadi masih macam tu juga. Aku dah ikut petua bacakan Ayat Kursi dan Fatihah tapi macam tulah juga perangai dia tiap malam. Dah lepas dua minggu (lima belas hari) dah ni.

Apa nasihat terbaik untuk aku?