Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Camana Nak Buat?

EmpayarUtama - Saturday, December 17, 2011 : 23 comments

Kalau minum ramai-ramai banyakle cerita yang keluar. Ada sorang tu kerjanya buat fieldwork ngan satu bank; tugasannya ambik gambar tempat kerja pemohon pinjaman sebagai bahan sokongan untuk mudahkan kelulusan nanti.

Katanya kerja pejabat agak senang sikit nak buat tapi satu kerja ni dia pening sebab boss suruh buat fieldwork kat tempat kerja pemohon tu jugak...

Gambar yang bawah ni kalau tunjuk kat boss tutup mata je mesti pinjaman tu lulus punyalah hahahahahah. Ini kes fieldwork pemohon kerja pejabat la kan?

Kira ok la tu. Yang dia pening tak sudah sebab boss mintak fieldwork kat tempat kerja sorang pemohon pinjaman tapi kerja sebagai nelayan. Takkan nak ambik gambar laut? Tulah tempat kerja dia kan...

Kalau nak ambik gamba dia tengah tangkap ikan tengah laut pulak, member aku kata dia kena sewa satu bot lain nanti tak nampak pulak gambar customer tu atas bot, aku pun tak boleh bayang camana...

Kitorang cuma bagitau dia, google je pastu tunjuk kat boss "Boss kerja nelayan macam ni lah bosssssss; kesian diorang tau. Itu pun nak kena ambik gambar ke?"




Bila aku google kat internet, banyakla pulak gambar-gambar best rasa nak masukkan semua dalam entri nih... ^_^



Tak Buang Masa Ke

EmpayarUtama - Thursday, December 15, 2011 : 22 comments

Ingat lagi pasal Jampi Perasap Kemenyan Nak Bagi Trafik Naik? Salah satu cara yang aku cadangkan ialah ping kat grup fesbuk. Link-link grup tu pun aku dah buang.

Sebelum ni tiap kali ada entri baru aku akan ping kat grup-grup tu. Tapi tak tengokle pulak berapa klik yang dapat. Lebih pat puluh grup jugakle rasanya dan beberapa hari lepas, disebabkan
line tenet yang memang tak boleh diharap kebetulan aku kena konsentret kat kerja audit; aku ping le 3 entri terakhir.

Rasa penat dan buang masa aja... Tengokle bawah ni aku biarkan sampai 2 hari. Tak de satu entri pun dapat klik yang memberangsangkan. Tak sampai doploh lepas ping kat lebih pat puluh grup! Terang cakap kalau tiga pat kali ping pun ambik masa juga. Memang aku kecewa sebenarnya dengan hasil keputusannya.

Selalu juga nampak kawan-kawan ping tempat-tempat yang sama aku ping entri jadi nak tanyale - bagus ke klik view dari grup fesbuk ni? Adakah ianya lebih baik dari blogwalking? Atau lebih baik dari carian search engines?

Sharelah ngan aku sebab aku tak boleh buat semua ni sepenuh masa...


Satu Perjalanan...........

EmpayarUtama - Saturday, December 10, 2011 : 55 comments

Makin hari makin teruk line internet kat tempat aku. Bila 'call' buat aduan jawapannya stended 'banyak dah kami terima aduan dari kawasan tempat encik' abis tu diorang ni asyik terima aduan aja ke? Actionnya bila?

Tu yang tak boleh buat apa sampai pecah rekod dah ni tiga ari berturut dok buat posting ajalah kerja aku.

Kat bawah ni gambar Segmen " jom follow blog remyhazza " dalam Entri dia 1 Disember 2011... Sori yea Remyhazza aku tak sempatlah nak join dengan line tenet yang ntahapahapantah dua tiga menjak nih.
Errrr, tajuk entri ni aku pilih sebab rasa rugi pulak tak sempat nak join segmen tu. Ini segmen pertama rasanya yang beliau buat tapi terang cakap, Remyhazza antara rakan maya yang aku sayang. Walaupun baru je buat sesi jengah menjengah pada 24.10.11 (tak sampai limapuluh haripun), dia terus jadi pembaca setia jadi tak rugi kalau sesiapa follow blog dia.

Satu lagi dia ni memang tak lokek bagi pandangan sebab boleh kata entri-entri aku lepas tu akan ada komen dari dia. Kalau kat shoutbox tu tak yah cakapla, pantang jengah pasti dia akan jengah balik ada satu ari tu aku saja je visit dia 5 kali; perghhh 5 kali gak dia respon balik kat shoutbox aku hahahahahah bestla susah tau nak dapat kawan sporting cam Remyhazza ni.

Kepada mereka yang terbaca blog aku ni pergilah jengah. Blog dia ok, tak serabut bagai ngan Inspektor Gajet dan widget mengarut. Dan yang bagusnya entri dia banyak gambar. Boleh kata semua entri tu adalah pengalaman sebenar tak kisahlah sama ada pergi berjalan ke; majlis ke; shopping ke; nengok wayang ke; yang penting dia kongsi semua tu ngamlah ngan tajuk blog dia Satu Perjalanan. Aku pun harap cita-cita beliau tercapai sebelum hujung tahun ni.

Dan hehehe buat Remyhazza - this entry is my "special gift for a special person" thanx ya bro...