Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Percuma Selagi Boleh, Malaysia Boleh

EmpayarUtama - Monday, December 26, 2011 : 28 comments

Ish macam program affiliate pulak - Percuma! Percuma! Tapi bila skrol bawah sekali kena bayar Yuran Penyertaan daaa...

Aku harap benar Pengakuan Bersalah Dan Rasa Bersalah Aku dapat tarik lebih ramai pengunjung ke belog rakan-rakan maya yang aku pomot dalam entri tu.
Dah ramai juga blogger cerita pasal shoutmix akan tamat sesi percumanya. Reminder dari shoutmix ada kat belah atas kotak jerit tapi agaknya kecik sangat tak berapa nampak. Jadi benda tu orang buat tak kisah je walaupun cuma tinggal beberapa hari je lagi.

Satu lagikan, aku perasan kita suka betul benda-benda percuma ni, tu yang Malaysia Boleh! Hahahahahah. Letak kotak jerit ni ada baiknya ada tak baiknya kira seimbang juga. Kebanyakan pengguna internet gunakan shoutbox yang ada dalam blog orang lain sebagai alat untuk promot bisnes dan yang teruknya cuma nak suruh tambah pengikut. Ada yang lebih teruk gunakan sebagai medium untuk suruh blogger yang disinggah tu klik iklan mereka pulak. Belum tentu lagi bila dia singgah pesan, iklan kita dah diklik (untuk yang ada iklan le...) siapa tahu kan...

Terlanjur cerita pasal iklan ni, kepada sesiapa yang pasang iklan pastikanlah link iklan diletak betul-betul kalau tak; rugi je nanti. Ni ha contoh bila link iklan cupcup tak letak dengan betul siap kuar gambar burung mata kuyu nak bagitau korang tak de duit walaupun iklan kena tekan:

Ok balik pasal shoutbox.

Kat sini aku senaraikan antara kotak jerit percuma yang aku jumpa untuk dibuat pilihan:



Tapi kalau tak de pilihan aku rasa lebih baik sebab ramai akan baca entri dan letak link kat kotak komen. Ini pilihan terbaiklah setakat ni ^_^

Satu lagi jam unik aku jumpa; huruf-hurufnya tu orang tau:-



Tengok betul-betul, tak pecaye ke... ^_^

Bersalah Dan Rasa Bersalah

EmpayarUtama - Sunday, December 25, 2011 : 21 comments

(Gambar sebelah ni pinjam DetikDaily)

Dua tiga menjak ni aku ada sikit masa baca entri rakan-rakan se'maya' (betul ke aku tulis?) dan banyak jugalah komen ditulis. Ada yang berkaitan dengan entrinya ada yang tak de kena mengena langsung sebab tak tau nak komen apa tapi tangan ni gatal nak tulis.

Tapi tengok gaya komen aku memang susahla nak jadi cerpenis apa lagi novelis. Ikan bilis kat dapur pun dah abis; jadi buat jemput-jemput bawang je. Eh pasal lak masuk cerita jemput-jemput ni?

Bukan apa aku rasa bersalah lepas tulis dua komen berkenaan agama dan akidah sebab aku bukan arif soal hukum hakam. Pakcik Arif sebelah rumah memang rajin tegur aku kalau sama-sama keluar nak gi semayang subuh kat mesjid. Dia rajin tegur sebab jarang sangat aku pergi hehe malu le aku :(

Yang pertama pasal 'khusyuk' kat belog Teacher Basariah dan keduanya pasal 'Tudung Bonggol Unta' kat belog Cikgu Ma. Korang kliklah sendiri kalau nak baca apa yang aku tulis sebab tak berani aku nak tempek screenshot kat sini. Takut terulang publish benda sama yang tak betul. Bulan lepas rasanya pun ada terkomen kat satu entri pasal 'jamak'.

Menggigil juga bila Cikgu Ma respon pandangan peribadi aku dalam Misteri Resepi Entri Yang Rahsia ^_^. Aku jadi takut sebenarnya bila baca Selendang Merah juga ingin berkongsi artikel tu sebab hukum 'haram' itu tidak diperjelaskan sumbernya.


Ini komen dari Pencari Allah kat entri Cikgu Ma yang begitu berhati-hati menyusun ayat kedua

Dan aku rasa sangat bersalah sebab bagi komen atas sesuatu yang aku sendiri cetek ilmu. Sebab tu aku tak mo buat entri berkaitan agama dan hukum hakam dan cuba elak buat entri yang aku sendiri tak pasti...

Iyalah bila rasa diri tu betul baru tulis tapi tak semestinya apa yang kita fikir betul pada kita akan jadi betul pada orang lain. Aku akui ini kesilapan aku. Masing-masing ada pandangan dan tafsiran sendiri, kan? Sesuaike kalau takat tafsiran aja terus publish dan kongsi untuk bacaan umum...


Contohnya Duit Syiling Baru Malaysia ni yang aku ambik dari Portal Bank Negara Malaysia sampai gambar Bunga Raya pun boleh ditafsirkan sebagai lambang Freemason hanya kerana pecah lima; dan lagi teruk bila gambar kat belakang duit seposen yang pecah enam ditafsirkan sebagai simbol "Star Of David" yang menyerupai bendera Israel tak caya cuba Gugel sini. Habis tu kenapa tak tafsirkan lambang kerajaan negeri-negeri dan bendera negeri-negeri yang ada bintang bucu lima tu...


Ya Allah ampunkan dosa-dosaku. Buat Teacher Basariah, Cikgu Ma dan semua - maafkan aku yea... Aku insan biasa yang tidak dapat lari dari lakukan kesilapan...