Aku sebenarnya makin takut bila saban hari ada saja tulisan-tulisan yang mencabar dan kemudiannya diikuti pula dengan ugutan kerana pada akulah - lebih baik duduk diam-diam. Harapan aku agar masa depan kita dan negara masih terjamin aman dan makmur; bukan untuk aku tapi untuk anak-anak aku yang tak tau apa-apa pun pasal politik.
Nak saman ke, nak report polis ke, nak report SPRM ke ikut sukalah. Tak perlu kecoh kan?
Ada masanya keputusan 'tak bersalah' tu boleh jadikan seseorang semakin kurang popular. Ianya boleh juga jadikan seseorang tu makin popular; bergantung kepada bagaimana penerimaan individu terhadap pesalah tu sendiri. Alamak skemanya ayat aku kali ni. Kekoklah aku rasa. Tak pe aku cuba lagi hehe.
Ada masanya keputusan 'tak bersalah' tu boleh jadikan seseorang semakin kurang popular. Ianya boleh juga jadikan seseorang tu makin popular; bergantung kepada bagaimana penerimaan individu terhadap pesalah tu sendiri. Alamak skemanya ayat aku kali ni. Kekoklah aku rasa. Tak pe aku cuba lagi hehe.
Aku bagi contoh: Bila aku dapat tau satu member buat repot polis pasal jiran dia curi barang-barang mesjid; apa perlunya aku yang tak tau ujung pangkal; tak semena-mena buat cerita pasal mamat pencuri tu curi set audio; kipas kaki 10 biji; duit tabung mesjid dua tong; 30 kepala paip; ni apa ni? Member aku dah buat repot biarlah pihak yang bertanggungjawab siasat. Mana tau nanti keputusan hasil siasatan lain pula jadinya.
"Video ini pernah dishare oleh lebih dari 4 orang rakan aku di fesbuk" erkkkk boleh tertaip ayat AVI pulakkkk. Camanalah aku boleh teringatkan si AVI; dia ada mimpi aku ke semalam hahahahahampagastul aku nih. Jap jap aku gi belog dia dulu aaa nak mintak maaf. Aku sebenarnya nak tulis macam ni: Komen ni aku nak kongsi ngan kengkawan yang tersinggah dan terbaca entri aku. Aku harap kita semua sentiasa bersangka baik sesama manusia dan cuba elakkan permusuhan yang mungkin timbul berpunca dari penulisan.
Meh nengok apa yang aku nak kongsikan. Ini pandangan aku kat belog myWords :
Iyalah, kalau dah fikir masak-masak lapor ajalah kat SPRM. Dah lapor tunggulah hasil siasatan. Tapi nampaknya ramai pulak yang ambil kesempatan buat cerita pasal pihak yang buat laporan; pasal pihak yang kena lapor, siap gesa (paksa?) individu tu sendiri buat penjelasan. Alamak apa ni? Siapa yang nak siasat - SPRM ke blogger?
Dah bersangka baik; hatipun kenalah selalu baik macam brader bawah ni
Harap-harap cerita aku kali ni jelas sikit sebab DOMU-KON kalau baca entri aku tak pernahnya tak blurrrr. Hehehehe larikkkkk :)