Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Bersangka Baiklah Elakkan Jadi Fitnah

EmpayarUtama - Monday, January 30, 2012 : 19 comments

Aku sebenarnya makin takut bila saban hari ada saja tulisan-tulisan yang mencabar dan kemudiannya diikuti pula dengan ugutan kerana pada akulah - lebih baik duduk diam-diam. Harapan aku agar masa depan kita dan negara masih terjamin aman dan makmur; bukan untuk aku tapi untuk anak-anak aku yang tak tau apa-apa pun pasal politik.
Nak saman ke, nak report polis ke, nak report SPRM ke ikut sukalah. Tak perlu kecoh kan?

Ada masanya keputusan 'tak bersalah' tu boleh jadikan seseorang semakin kurang popular. Ianya boleh juga jadikan seseorang tu makin popular; bergantung kepada bagaimana penerimaan individu terhadap pesalah tu sendiri. Alamak skemanya ayat aku kali ni. Kekoklah aku rasa. Tak pe aku cuba lagi hehe.

Aku bagi contoh: Bila aku dapat tau satu member buat repot polis pasal jiran dia curi barang-barang mesjid; apa perlunya aku yang tak tau ujung pangkal; tak semena-mena buat cerita pasal mamat pencuri tu curi set audio; kipas kaki 10 biji; duit tabung mesjid dua tong; 30 kepala paip; ni apa ni? Member aku dah buat repot biarlah pihak yang bertanggungjawab siasat. Mana tau nanti keputusan hasil siasatan lain pula jadinya.

"Video ini pernah dishare oleh lebih dari 4 orang rakan aku di fesbuk" erkkkk boleh tertaip ayat AVI pulakkkk. Camanalah aku boleh teringatkan si AVI; dia ada mimpi aku ke semalam hahahahahampagastul aku nih. Jap jap aku gi belog dia dulu aaa nak mintak maaf. Aku sebenarnya nak tulis macam ni: Komen ni aku nak kongsi ngan kengkawan yang tersinggah dan terbaca entri aku. Aku harap kita semua sentiasa bersangka baik sesama manusia dan cuba elakkan permusuhan yang mungkin timbul berpunca dari penulisan.

Meh nengok apa yang aku nak kongsikan. Ini pandangan aku kat belog myWords :
Iyalah, kalau dah fikir masak-masak lapor ajalah kat SPRM. Dah lapor tunggulah hasil siasatan. Tapi nampaknya ramai pulak yang ambil kesempatan buat cerita pasal pihak yang buat laporan; pasal pihak yang kena lapor, siap gesa (paksa?) individu tu sendiri buat penjelasan. Alamak apa ni? Siapa yang nak siasat - SPRM ke blogger?

Dah bersangka baik; hatipun kenalah selalu baik macam brader bawah ni
Harap-harap cerita aku kali ni jelas sikit sebab DOMU-KON kalau baca entri aku tak pernahnya tak blurrrr. Hehehehe larikkkkk :)




Macam-macamlah/Tapi Aku Sokong Produk Tempatan Tau

EmpayarUtama - Saturday, January 28, 2012 : 24 comments

Aku ada sentuh sikit pasal shoutbox busuk sebelum ni - takat bagitau yang program tu pun ada bagi shoutbox percuma, itu aja. Bagus juga bila ramai kengkawan guna cuma aku rasa aku yang rugi sebab tak dapat pomot link aku kat shoutbox yang ada kat belog kengkawan (hehe teruk betul aku ni kan). Sampai aku tak tau nak buat apa - terus je komen kat entri ❤MaYa MustWany❤ walaupun komen aku tu tak ada kena mengenapun dengan entri yang dia pos.

Iyalah, aku gunakan blogger sebagai platform untuk blogwalking dan ziarah belog kengkawan tapi takkan hanya disebabkan penggunaan shoutbox busuk; aku kena pergi ke page lain baru boleh jerit balik kat belog yang aku nak jerit... Eh sori, sori, ter-emo pulak. Aku takmo jadi Singa lagi hahahahahah.

Kat sini sempena Gong Xi Fa Chai aku mintak maaf yea kat kengkawan yang guna busuk shoutbox sebab aku datang baca belog korang cuma mana yang aku komen; aku komenlah. Mana yang aku tak komen, aku tetap baca entri korang cuma aku tak dapat nak bagitau yang aku ada singgah melalui chatbox tu...

Bukan apa; kesian kat kengkawan yang guna kotak jerit busuk kena pasang kotak jerit lain sebagai back-up sebab dah tau shoutbox busuk ni kadang-kadang meragam. Tak caya tengok Kak Pah DJ popular kita tu siap kena buat satu entri khas lagi pasal benda ni. Admin busukpun ada gak menempek bagi komen kat situ tapi takde perubahan punnnnnnnnn.......

Ish dah macam barang secondhand la pulak kejap-kejap rosak, kejap-kejap rosak. Inikan produk tempatan takkan tak ada yang menegur dan kaji sikit kat mana yang boleh diperbetulkan. Aku memang bodoh piang part benda-benda camni tapi aku cuba juga satu persatu... Ini antara kengkawan yang pasang shoutbox busuk:


Memula aku cuba refresh; hamboi makkk hanya disebabkan shoutbox tu - pageloadnya "cepat" betul:

Pastu aku cuba yang ini pulak (login fesbuk) sebab kan ada logo fesbuk kat kotak jerit tu:


Macam ok dah nampak link tapi akunyer Empayarutama bukan Empayar je. Empayar tu cerita gengster Melayu Singapura aku rasa was-was. Aku cuba jugalah jerit keluar cantik je cam ni ha:

Bila aku cuba tekan link Empayar tu, hallllleemmmmmaaaaakkkkkkk:

Aku lupa daaaa fesbuk aku ada dua link belog - satu belog yang korang tengah baca ni satu lagi belog aku belajar omputeh. Tak pe, aku cuba yang last ada kat kotak jerit tu:

Ooooo rupanya kena pergi homepage dia laaaa. Pastu tekan pulak butang oren SHOUT! baru keluar yang macam kat FIBOX...


Jadi aku pergi le balik kat belog Remyhazza dan belog ❤MaYa MustWany❤ dan refresh lagi dua-dua belog tu:

Baru jadik. Tapi takkan tiap kali aku nak berblogwalking; aku kena pergi homepage shout busuk dulu? Chatbox lain tak yah pun... Aku ada hantar entri ni ke admin busuk sebab kat page dia ada tulis : "Untuk sebarang cadangan/komen, hantarkan email ke busuk.org[at]gmail.com" nak tau juga camana diorang setel problem nih. Dah oke nanti aku gunalah kotak jerit ni yea ^_^



Singa Mengaum Di Pasaraya

EmpayarUtama - Friday, January 27, 2012 : 30 comments

Raya Cina dah sudahpun lima hari lepas. Tahun ni kata diorang Tahun Naga Air tapi malam tadi boleh terserempak dengan Singa kat Giant depan tu. Singa betul dengan panjang bulu tengkuk dia takot tul aku. Camni ceritanya :

Sambil lalu kat kakilima kedai sebelum masuk dalam Giant nampak ramai
orang kat dalam satu kedai gambar. Pergile usha nengok apa yang besh sangat kat situ.

Cam biasa kedai gambar mestilah orang nak beli frame, beli kamera, tekel amoi atau awek cun kalau ada, fotostat, cuci gambar. Cuci rambut kat saloon, tapi aku cuci baju kat rumah je.

Ada satu brader tu datang nak ambik gambar yang dia hantar cuci siang tadi kot. Takat yang aku dengar boy kedai gambar tu cakap "takkan datang lapan ringgit pun takde dalam wallet". Ish sengkek na ke brader ni cuci gambar lapan ringgit pun tak nak bayar. Jadi aku pasang telinga sambil kenyit-kenyit mata kat satu adik kedai henpon yang singgah kat situ. Cun jugak budak tu. Haishhh... (Eh 'haishhh' tu dah macam Adylia Qarissa kalau dia komen kat cerita aku yang merapu ^_^)

Brader : "Empat hari lepas saya mintak cuci 12 keping awak cuci 4 keping je. Sorila saya pun tak tengok apa awak tulis kat resit tapi awal-awal dah bayar tujuh ringgit setengah. Siang tadi tambah lagi sepuluh keping awak yang cakap kena bayar doblas ringgit dah bayarpun siang tadikan? Apa pasal harga tetiba boleh naik jadi doploh ringgit?"

Boy kedai : "Doblas ringgit untuk 6 keping kalau sepuluh kena tambah lagi lapan ringgit pakai smart takkan tak ada lapan ringgit?"

Brader tu dah mula tumbuh misai kat pipi kiri kanan. Rambut makin mengerbang hidung pulak makin panjang macam pinokio. Dah nampak taring putih terkeluar sikit kat kiri kanan mulut dia. Awek kedai henpon tadi tu dok senyum-senyum la pulokkk kat aku - haishhh lagi....

Brader Singa : "Awak ni bukan baru sekali buat silap kat saya. Ini dah 3 kali tau. Dulu potostat tesis kata boleh siap malam; saya siap dah bayar pun tak kejar - datang lepas dua malam langsung awak tak potostat. Saya suruh cuci balik gambar paspot 4 keping awak kata setengah jam siap saya pun bayar dulu; datang ambik pukul 9 malam dah lepas enam jam tak buat pun. Hari ni awak buat silap salah bagi harga kat saya - depan ramai orang awak selamba aja nak malukan pelanggan awak. Dah buat salah tu mintak maaflah; biar semua dalam kedai kedai ni tau awak salah letak harga kenapa nak pusing kata saya tak ada lapan ringgit nak bayar?"

VS

Disebabkan suaranya dah makin garau macam singa semua yang kat dalam kedai tu terus senyap nengokkan gelagat dua mangkuk hayun tu. Eh bukan, sekor Singa sekor lagi Naga Air muahahahahahah. Sudahnya boy kedai tu slow-slow cakap "sori saya salah letak harga" dan akibatnya separuh penonton dalam kedai tu keluar tak tau la pulak pergi toilet ke; beli air ke; kapling ke; apa aku kisah.

Pastu kan, tengah dok baca komen; terperasan komen dari Emmet. Betul Ke? Ke aku yang kena gi check mata lagi sekali? Rasanya korangnyer belog pun dapat komen yang sepeten:


Meh reramai jengah web dia tapi ada sikit-sikit ala 18PL. Erkkk lupa lak; aku la Singa tu.... Haishhhh :p

Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni