Lebih sepuluh hari hilang. Penat seyy.
Last aku
online rasanya sebelum subuh 23 Feb selepas singgah kat belog
Kakzakie. Harap
Kakzakie baca apa yang aku tulis untuk kebaikan generasi akan datang.
Sebenarnya aku ditugaskan oleh
Hazrey menghantar bunga ke
Sherwood Oak Community Hospital, Los Angeles untuk @NicoleDear_ a.k.a
Fida Aishah a.k.a Siti Rufida sebab dia sibuk berurusan dengan tiket hotel sempena TwtupJohor
(dah habis dahpun semalam).
Abang
Crayon (ala, admin Busuk tuuuuu) pun pesan sampaikan salam dia - tu yang aku tak de kat Malaysia banyak hari gak.
Gambar-gambar ni rembat kat gugel; tapi bukan jenis cam ni kalau nak hantar kat orang sakit. Ni bunga untuk takziah kematian je.
Ni masa tengah membebel kat Otromen yang rosakkan bangunan lepas dia bertarung ngan resaksa. Banyak belanja nak buat balik bangunan tu, siap je resaksa datang balik. Rosak lagi... aduiiii...
Hahah aku tipu. Takkan camtu sekali diorang nak sponsor sampai California. Tapi korang jengah le link-link yang aku bagi kat atas mana tau korang pun familiar dengan isi kandungannya :).
Aku hilang pasal kerja. Outstation ikut boss ke printing exhibition tapi aku tak mo cerita kat sini sebab kalau boleh tak naklah campuradukkan belog ni dengan cerita oversea trips bagai aku. Dahla belog rojak takkan nak terlebih sangat kuah rojaknya.
Cuma nak tulis yang aku dah selamat balik, sakit gigi sikit sebab cuaca agak sejuk kat sana. Entri terakhir aku tak de respon pun dari pihak sekolah biarpun aku dah tanya kat emel; fesbuk dan belog rasmi sekolah. Anak aku yang darjah dua tu kata "Ustaz pesan tak payah beli buku lain, boleh pakai buku yang ada". Oklah cuma macam tergantung juga sebab tahun depan nanti takut lain pulak ceritanya. Nantilah senang-senang aku mengadap Guru Besar. Lepas ni aku nak jawab soalan Cikgu Ma pulak. Dah dulu, makin sakit gigi aku...