Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Haha Entri Kelam Kabut

EmpayarUtama - Thursday, October 4, 2012 : 7 comments

Alammmmakkkk cerita ni aku buat agak tergesa-gesa sebab nak lari balik Pontian lagi. Aku fikir perlu bagi penjelasan tentang promot (atau review) berbanding join sesuatu program.

Bukan apa, bila dapat ucapan selamat pengantin baru hahahahah sori 'selamat bersegmen'; serba salah juga dibuatnya sebab nanti tuan punya
program terpaksa masukkan aku dalam senarai - dah tak adil buat yang lain-lain kan?

Macam-macam jenis promosi sebenarnya yang boleh jadi entri. Entri pula tak kisahlah. Boleh jadi cerita, info, luahan hati, novel, gambar, ciplak cerita orang lain, kopipes majalah/suratkhabar, atau apa saja yang dipos - haaa jadilah entri. Ada juga review yang perlukan kita join/masuk program tertentu untuk dapatkan maklumat dalaman; baru dapat diperincikan program tesebut dalam entri kita untuk pembaca buat keputusan untuk sama-sama join atau sebaliknya. Contoh terbaik adalah entri tutorial. Kena cuba sendiri dulu, berjaya baru boleh kongsikan. Nanti orang tanya balik tak boleh jawab hehehe.

Ok,k. Balik kepada segmen/GA. Tujuan asal segmen/GA adalah untuk promosi blog sendiri. kadang-kadang ada produk untuk dijual. Bila ada syarat-syarat tertentu dalam bersegmen, ini membolehkan tuanpunya blog tambah pembaca, tambah follower, tambah 'like' serta mempopularkan atau 'up' blog ke satu tahap yang diingini (ini untuk mereka yang suka main SEO). Kemungkinan produk yang dijual akan bertambah.


Popular tanpa blog, fesbuk dan twitter ^_^

Teknik yang diguna - mereka yang join kena linkkan balik kepada tuan blog, jadi follower, 'like' page tertentu, serta rekomen beberapa rakan blogger lain. Sebagai balasan, hadiah disediakan. Yang bagusnya, tuan blog akan dapat banyak komen tapi aku tak pasti link pengomen akan jadi backlink atau tidak (yang ini aku akan kupas dalam cerita lain jika berkesempatan)

Tapi ada juga yang hanya suka-suka buat entri untuk bantu kawan-kawan sambil memeriahkan dunia blogging. Terus terang aku betul-betul cuma join satu segmen (yang ini tak ada tawaran hadiahpun) iaitu LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST?? | SEGMEN yang aku linkkan balik ke blog Wan Cikgu Muzik. Sama macam segmen-segmen Remyhazza, yang lain-lain tu aku cuma promotkan je macam kat sini dan sini.

Semalam, Azera Aziz ada jemput join GA dia
siapa-siapa yang nak kurus pergile jengah. Tinggal nam hari je lagi. Pergile kenal-kenal, mana tau dapat hadiah, kan?


Konflik

EmpayarUtama - Saturday, September 29, 2012 : 9 comments

Wah nampaknya tahun ni ramai sekali kengkawan maya berkahwin. Jujurnya aku selalu tertinggal jet sebab tak sempat nak bukak pc. Puteri sulung aku yang rajin updatekan status Googleplus, fesbuk dan twitter. Kalau para pembaca singgah dan baca 2-3 cerita aku sebelum ni akan tahu betapa kelam kabutnya masa aku yang dah tak terurus. Tapi takle sampai lupa diri hehe. Itu pun masih
ada lagi cerita yang belum sempat aku kongsikan.

Jadi kat sini aku nak mintak maaf bebanyak kat Cikgu Jaja; dan minggu depan - Afzalsukasuki; mungkin tak berkesempatan aku nak makan nasi minyak kamu (jiran sebelah dah booking der... kena rewang)

Pengalaman aku nak kongsi sejak hidup berumahtangga ni; jika boleh jangan campur adukkan masalah di tempat kerja dengan masalah di rumah. Orang rumah sebenarnya rajin bercerita tentang kisah-kisah di pejabatnya tapi aku buat derk je. Bukan apa, boss dia tu kawan se'golf' aku dan kawan-kawan pejabat dia; customer dia; boleh kata majoriti adalah kawan-kawan aku juga.

Harap boleh jadi panduan baik bagi mereka yang sudah, baru, maupun yang akan melangsungkan perkahwinan. Pun peringatan buat diri aku juga hahahahahah takut lupa diri nanti.

Camanapun, selamat pengantin baru buat mereka.