Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Wordless Wednesday III

EmpayarUtama - Wednesday, October 2, 2013 : 2 comments

Gabungan dua Rabu:



Sumber : Ratu Satin



Sumber : Blog Serius - Serius Beb!



Pencerahan? Awan Itu Kadang Kadang Kelabu

EmpayarUtama - Sunday, September 29, 2013 : 6 comments

Cerita kali ni bukan nak mencerahkan awan tapi hanya untuk jelaskan tentang para sponsor yang turut dipromosi dalam kontest atau GA (ringkasnya SEGMEN) oleh penganjur.

Kebiasaannya link mereka turut dipamer dalam entri segmen. Ini adalah pandangan peribadi dan aku fikir mungkin berguna jika berkongsi.

Jika mana-mana segmen dapat sambutan hatta daripada 10 pengguna lain sekalipun; maka link sponsor ini secara otomatik turut dipromosi oleh para peserta.

Agak rugi kepada sebelah pihak bila tiada situasi menang-menang ('win-win situation'). Sebab itu bila aku lawat link-link penaja; memang tak semua tolong promosi segmen yang ditaja. Takkanlah tak boleh tegur... Pandangan aku - bila kita bersetuju menaja dan orang yang ditaja telah buat sebaik mungkin untuk promosi link kita; apa salahnya jika kita juga promosikan apa yang kita taja. Tidak akan wujud konflik 'nanti penaja pulak yang akan menang' jika sponsor tidak hantar link entri kepada penganjur.

Selain itu, bila 'coding link' diberi - pastikan segala yang berkaitan dengan segmen dipapar ikut kesesuaian belog. Tak semestinya ambil bulat-bulat apa yang diberi kerana itu hanya ASAS kelayakan penyertaan. Boleh tambah perencah sesedap rasa agar apa yang dikongsikan jadi lebih menarik. Tapi ia jadi syarat kemestian bila dinyatakan dalam syarat-syarat penyertaan. Contohnya (Aku ambil contoh segmen Ayie Abas):


Baca syarat penyertaan No. 4 dan No. 5

Oleh itu dalam contoh segmen terbaru yang aku tolong promot; tak jadi masalah jika KhirKarya tidak dapat masukkan coding link yang diberi; yang penting link entri segmen dihantar ke tempat sepatutnya.

Apa perasaan sponsor bila SEMUA peserta mana-mana segmen langsung tidak selitkan senarai penaja (bila tidak disyaratkan untuk berbuat demikian)? Jujurlah...

Teringat pula cerita pasal jujur. Tak salah aku ada 3 cerita pasal 'jujur'. Cerita yang lain lain sekadar berkias je...

Alamak, kesian Kakzakie terpaksa komen kat belog demo. Belog tu belum siap sepenuhnya.


Walaupun belog rojak, aku memang harap apa yang dikongsikan boleh jadi ilmu (untuk aku belajar juga). Berkias sikit-sikit. Jika tidak, jadi bahan bacaan ringan saja pun takpe. Air yang keruh kita jernihkan, mintak maaf ya semua pembaca. Hidup kena ceria :)


Selamat Ulang Tahun Ieta

EmpayarUtama - Saturday, September 28, 2013 : 26 comments

Ini merupakan segmen ketujuh yang aku tolong promot. Harap-harap ianya berjaya bantu blog kawan-kawan se'maya' yang ada dalam cerita ini. Aku tolong support hingga 28 September 2013.

MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta ini terbuka kepada semua rakan blogger. Semua dijemput menyertainya hingga
ia ditutup pada 28 September 2013 jam 11.59 malam.
GIVEAWAY BIRTHDAY ieta, MINI GIVEAWAY

Syarat-syarat penyertaan :
  1. Perlu Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ para sponsor yang tersenarai.
  2. Buatlah satu entri bertajuk MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta dan publishkan entri tersebut setelah meletak coding entri yang disediakan
  3. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senarai sponsor :
Ieta | Fanpage | Google+
Potia | Fanpage | Google+
Cik Yaya | Fanpage | Google+
Mama | Fanpage | Google+
MummyDarwishesAltafunnisa
Hannoon Setia Alam | Fanpage
Mizi | Google+

Senarai hadiah :
5x Voucher Discount makanan Arab
1 x Topup RM30
6 x Topup RM 10
3x Button Badge
3 x Keychain Comel Paper clip comel

Jom support dan meriahkan Blog ieta. Sertai MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta dengan klik banner di atas...

Ada dua benda aku nak tambah. Pertamanya tak silap aku sesiapa yang berminat nak jadi sponsor masih boleh kot dengan menghubungi ieta. Jadi kena rajin jengah entri MINI GIVEAWAY BIRTHDAY ieta takut-takut ada update baru dalam senarai sponsor. Kang tak pasal-pasal penyertaan terbatal sebab 'follow'/'like'/'add' tak lengkap.

Keduanya (jangan ambil hati, aku berterus terang ni) setakat cerita ini dikongsikan [2 Sept 2013 @ 3.40pm]; tak semua sponsor beri sokongan kepada ieta. Tapi entri segmen atau GA lain ada pula. ieta sendiri yang akan menilai pemenang dan rasanya tiada konflik di situ.

Sebelum lupa - Selamat Ulang Tahun ieta semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki dan gembira bersama mereka yang tersayang. Semoga ulangtahun kali ini amat bermakna :)