Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Serabut

EmpayarUtama - Friday, October 17, 2014 : 8 comments

Aku gagahkan diri untuk tulis walaupun gagal untuk lawat kengkawan. Sebenarnya dari bulan empat lagi boleh kata aku kerja 24 jam. Kadang kadang tertidur depan pc pun ada, tak tipu.

Begini. Bulan Mac dulu ada beberapa kawan perkenalkan aku kepada beberapa kawan mereka yang lain. Ada yang baru beberapa bulan ada juga
yang dah bertahun bisnes dan hadapi masalah 'tak pernah buat akaun' untuk bisnes mereka.

Akhirnya, aku setuju untuk buatkan 'full set' akaun untuk dua syarikat saja. Bukan 'demand' tapi yang sedia ada pun kena jaga juga. Kedua-dua syarikat tu akan cukup tempoh perakaunan masing-masing hujung November ini. Masing-masing langsung tak ada sistem perakaunan. Nasib baik ada penyata bank.

Jadi itulah yang buat aku bersengkang mata tiap hari siapkan 'buku bank' diorang dalam EXCEL untuk dipadankan dengan penyata bank. Kena kejar segala urusniaga yang tertinggal selama enam bulan; dicampur dengan bulan semasa (April hingga sekarang) pastu kena buatkan 'payment-payment vouchers' sambil mengorek segala invois-invois yang masih boleh dijumpai kat opis diorang... Dah tu kena 'key-in' satu satu dalam UBS yang baru dipasang. Perghhh sampai ari ni baru siap bulan Ogos! Boleh naik gila haku dibuatnya. Tu yang pos entri 'asal boleh' aja.

Tau sebab apa diorang kejar? Sebab nak daftar GST, kan tarikh tutup (tanpa denda) hujung tahun ni.


Hehe aku untung sikit jah ^_~
buat part time akaun



Misteri Yang Belum Terungkai

EmpayarUtama - Saturday, October 11, 2014 : 5 comments

Memang 'misteri'. Ngalahkan misteri kehilangan pesawat MH370. 'Misteri' tapi tak berapa seram jadi sesapa buleh baca pukul berapa pun walau sedang berhibernasi.

Cenggini.

Bermula tiga hari lepas campur hari ni tetiba je ada banyak, sembilan CPUV
yang melekat. Itupun aku baru perasan bila bukak Nuff petang tadi. Sebetulnya tiga jenis iklan jah. Agaknya sebab aku letak tiga jenis kod iklan (LARGE REC; LEADERBOARD; dan SKYSCRAPER); jadi advertisers pilih tiga-tiga jenis tu kot untuk promot iklan mereka. Aku tulis 'misteri' sebab point-point kat bawah ni :

1. Belog memang jarang sangat berhapdet. Tahun ni cuma satu pos masing-masing bulan Feb, April dan Jun; lima pos bulan Mac; dua pos bulan Mei; dan setakat hari ni ada empat pos campur yang korang tengah baca. Jumlah 14 entri jah.

2. Tiga bulan lepas aku langsung tak pos entri (Julai, Ogos dan September) tapi CPUV tetap ada untuk tiap bulan.

3. ALEXA takyah citer. Lebih seploh juta nasib baik masih ber'ranking' hahahahahah.

4. 'Daily pageview' merosot tak jejak dua ratus sehari. Bulan lepas ada 6,832 'pageviews' atau lebihkurang 227 'daily pageview'.

5. Akaun Nuff baru tengok ari nih. Tak ada 'Polls'; tak hapdet 'Survey'; dan 'Rating' untuk tiap satu kod iklan cuma satu bintang jah... Kalau masuk rancangan realiti tv dah lama kena singkir ahahahahah.

Yang aku pasti cuma dua benda. Pertama - ada status 'Glitterati' yang aku sendiri tak tau nak buat apa. Kedua - belog aku rojak (bebas) tak terbatas kat satu-satu topik tertentu. Aku pun tak pasti benda-benda ni membantu ke tidak dalam AFUNDI penilaian untuk dapat CPUV. Camana pun makasih bebanyakler kat Nuff yang tak lupa kat belog nih :)


Jangan lupa layan animasi terbaru dari Les' Copaque Production ya.


Makanya, ada sapa-sapa yang boleh tolong rungkai 'misteri' ni tak?


Maaf Aku Memang Tak Sempurna

EmpayarUtama - Wednesday, October 8, 2014 : 3 comments

Haaa ini bukan ulasan wayang cam dulu cuma aku tetiba rasa bersalah dok promot cerita-cerita Melayu kita yang sekarang ini. Iyalah bila kita kian galak disogok dengan cerita sebegini dan berdasar jumlah peningkatan penonton; rasanya kita dalam tak sedar disuruh menerima; menerima dan bersetuju menerima isu yang diketengahkan. Ianya dah jadi macam nilai murni dalam corak kehidupan era baru kita erkkkk betul ke aku tulis ni?

Heheheheh aku tak pandai ulas tapi aku harap tak singgung mana-mana pihak yang buat buku, buat belog, buat bodoh, buat page, kongsi kat applikasi, sedara mara suku sakat atau kengkawan yang buat promosi. Rasanya cerita-cerita sebeginilah yang popular dua tiga menjak (siap bandingkan hero dan heroin cerita mana lagi best) walaupun olahan ceritanya berjaya menutup isu sebenar KAWIN KONTRAK. Cuba buat carian kat Google dan yang terbaekkk : Persatuan NGO Gesa Kerajaan Laksanakan Kahwin Kontrak Untuk Kawal Kes Buang Bayi. Ahahahahahahahah siap sokong lagi tu.



Hari pertama saja dua juta penonton. Perempuan mintak hitam putih kontrak; lelaki kata ok. Penonton suka. Tok kadi tak tau apa-apa...



Jangan mare yea ^_~