Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Spontaneous Saturday - Penyokong Cilik

EmpayarUtama - Saturday, November 1, 2014 : 6 comments


Putera Nur Aisy Syafiq, 68 hari...

Minggu lepas majlis potong jambul, minggu nih kasi botak. Tinggalkan kenangan sempena final Piala Malaysia JDT vs Pahang malam nanti.






Menjunam Entah Di Mana

EmpayarUtama - Wednesday, October 29, 2014 : 19 comments

Selalunya dalam geraf prestasi, makin besar angka yang diperoleh ia tanda makin bagus. PageRank blog atau website juga lebih baik jika berada pada kedudukan yang besar (tidak lebih sepuluh).

Tetapi sebaliknya berlaku bila kita lihat kedudukan ini melalui analisa oleh ALEXA. Ianya terbalik.
Aku mula menulis semula pada 1.10.2014. Pada 8.10.2014, satu lagi entri aku kongsi. Misteri Yang Belum Terungkai pula dipos pada 11.10.2014 dan di situ aku tunjukkan screenshot ALEXA ranking belog pada kedudukan 10,258,566 (Sebenarnya awal Oktober 2014 ALEXA aku sekitar seploh juta pat ratus ribu). Entri terakhir sebelum ini dikongsi pada 17.10.2014 dan setakat 26.10.2014 sebelum jam 12 tengahmalam; ALEXA hanya turun sikit dan masih lebih seploh juta.

Aku pulun blogwalking (dalam 40 belog je kot yang sempat) dan esoknya; ALEXA turun kepada 7,429,438. Hari ni turun lagi.

Alamak berterabur ke? Meh aku ringkaskan:

Entri
Pelan, Pelan-pelan Tau
Aku Mmg Tak Sempurna
Misteri Yg Belum Terungkai
Serabut
Blogwalking jah
Tak sempat (buat bodo)
Tak sempat (buat bodo)
Masih tak sempat
Tarikh Posting
01.10.2014
08.10.2014
11.10.2014
17.10.2014
26.10.2014
27.10.2014
28.10.2014
29.10.2014
ALEXA
>10,400,000


10,258,566

7,429,438
7,398,302
Di mana?


Apa yang aku nampak ialah

1. Dalam 17 hari ada 4 posting. Beberapa posting pun tak berapa bantu perbaiki ranking belog. ALEXA hanya turun sekitar 140,000 jah.

2. Blogwalking banyak bantu naikkan ranking walaupun tanpa perlu pos apa-apa entri baru; dan memang agak payah nak lakukan selalu bagi mereka yang bekerja cam aku. ALEXA menjunam hampir 2,830,000.

3. Tak pastilah pulak komen turut bantu atau tidak kerana dari 4 entri tuh cuma ada 8 komen jah. Itupun termasuk dua yang aku sendiri reply komen.

4. Sesekali ku rasa teringin (alamak) kongsilah entri ala-ala SEO cam yang korang tengah baca nih (hahahahahah point yang ini aku hantam saja aku pun tak tau kuangkuangkuangkuanghajo tul haku nih )