Home » » Pelan, Pelan-pelan Tau

Pelan, Pelan-pelan Tau

Empayar Utama - Wednesday, October 1, 2014 : No comments

Alhamdulillah walau makin sibuk rezeki bertambah. Aku beli 4 MAXIS prepaid untuk budak-budak sebab teruja dengan 'Chat' Sosial Percumanya. Nombor yang macam aku pernah cerita dulu dah takde keluar lagi. Jadi nombor yang ada bermula dengan 011 diikuti lapan nombor lain. Lepas top-up, masing-masing ada kredit dan boleh ber'wechat'; ber'whatsapp' dan berfesbuk dengan percuma selama seploh hari.

Tapikan, dalam dok menunggu tamatnya 10 hari tu; aku congak balik - Kalau dah boleh ber'wechat'; ber'whatsapp' dan berfesbuk dengan percuma diorang kurangle bertalipon. Tak gitu? Bes tu, kredit yang ada jadi apa? Jadi aku ke pejabat MAXIS terdekat untuk dapatkan yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak. Aku ringkaskan cenggini :



No. pertama
No. kedua
No. ketiga
No. keempat

Jumlah

Kelebihan






Kelemahan


















Kekal Prepaid
& 'Chat' Sosial
Percuma

RM5 / 3 hari
RM10 / 7 hari
RM30/bln






RM120 /bulan

Percuma wechat, whatsapp & fesbuk selagi kredit masih laku

Duit top up luak dalam singgit dua je. Pastu kena top up lagi RM30 setiap nombor. Perghhh  sampai hujung tahun
RM28x4x3 bulan = RM336 dan duit tu tak boleh guna dah kalau expired. Wechat, WhatsApp & fesbuk pun ke laut...






Bertukar ke
Pelan TM28
Bil / Postpaid





RM28 /bulan
RM10 /bulan
RM10 /bulan
RM10 /bulan

RM58 /bulan

100 sms percuma dan
200 minit panggilan percuma (no. pertama)

Sori tak ada internet dan setiap panggilan masuk bil (Maxis ke Maxis 12 sen/min; ke no. lain pula 15 sen/min). Rasanya bil panggilan boleh cecah RM15 /bulan x 4 jadilah RM60 /bulan. Campur RM58 /bulan yang kat atas tu; dekat RM120 jumlahnya. 3 bulan RM360 tapi dok usung enset je larrr

Bertukar ke
Pelan SM30
Bil / Postpaid





RM48 /bulan
RM30 /bulan
RM30 /bulan
RM30 /bulan

RM138 /bulan

1Gb Internet untuk semua nombor




Bil aja dah lebih pat ratus untuk 3 bulan. Tu belum campur kos internet  - 4 nombor tuu... Rasanya boleh jejak RM600 untuk 3 bulan (hingga 31.12.2014)















Dah tu, mana 'win-win situation'nya?


Pusing tang mana pun, pengguna tak dapat situasi menang-menang. Terutama terhadap iklan ''Chat' Sosial Percuma' yang nampak syok tapi menjerut leher. Bayangkan selepas 3 bulan pertama (jangka sederhana; tak begitu pendek tak begitu panjang) jika dapat tarik 200,000 pengguna remaja dan budak sekolah - katalah top-up yang expired masih berbaki dalam RM20 setiap bulan, kali 3 bulan (hidup/aktif bila tambah top-up); ditambah lagi dengan rakyat Bangladesh sebab kad prepaid tu siap ada tulisan Bangladesh dan promosi 'kadar panggilan terendah ke Bangladesh'; untung jual kad prepaid belum kira tau - perghhh...
related posts plugin for wordpress, blogger...
^_^

0 comments:

Post a Comment

Tulislah apapun, aku baca...