Aku pernah terbuat ulasan sukan dalam belog ni. Ala main-main jer. Tapi lepas tamat acara badminton Sukan Asia 2014 baru-baru nih, aku rasa cam betul apa yang aku tulis dulu.
Tengok ranking terkini BWF setakat 25 September 2014;- Datuk Lee Chong Wei masih no. 1 tetapi Lin Dan telah melonjak ke no. 15.

Baca balik apa aku kongsi pada September 27, 2013 (setahun dulu) di mana Lin Dan berada di kedudukan 98 dan Chen Long kekal no. 2.
Betulke dapat ranking no. 1 dunia kerana banyak masuk pertandingan yang diiktiraf; banyak jadi juara sementara banyak yang Lin Dan tak sertai sekali? Tak percaya? Ini fakta :
1. Sepanjang 13 bulan ini Lee Chong Wei sertai 14 kejohanan; 7 kali juara (satu darinya Chen Long tarik diri di pusingan awal) dan 4 naib juara - dapat kekal no. 1 ranking dunia.
2. Lin Dan hanya sertai 6 kejohanan; 5 kali juara - ranking terus naik dari 98 ke 15 dunia.
3. Chen Long pula sertai 11 kejohanan; 4 kali juara dan 3 naib juara - kekal no. 2 ranking dunia.
4. Semua 5 kejohanan disertai Lin Dan tidak disertai Chong Wei, kecuali kejohanan Yonex Japan Open MetLife BWF World Superseries 2014 yang aku percaya mereka bekerja berpasukan untuk perbaiki ranking masing-masing (memadai setakat suku akhir?).
5. Dari 11 kejohanan disertai Chen Long; 10 turut disertai Chong Wei. Mereka bertemu 5 kali di final - Chen Long menang 3; Chong Wei menang 2. Pertemuan terkahir mereka di Sukan Asia 2014 dan Chen Long menang dalam acara berpasukan.
Jika ranking terkini menjadi ukuran; ianya belum ambil kira Sukan Asia 2014 kerana BWF belum kemas kini. Meh lihat terperinci pembabitan mereka sepanjang Sept 2013 hingga Sept 2014 :
Chen Long baru berusia 25 tahun manakala Chong Wei 32 tahun - hanya setahun lebih tua berbanding Lin Dan, 31 tahun
Ini pendapat peribadi aku: Seseorang jaguh sukan layak pengiktirafan no. 1 dunia bila konsisten kekalkan kejuaraan dalam pertandingan-pertandingan yang turut disertai para pesaing terdekat; dan tewas sekali sekala kepada pesaing terdekat. Contoh terbaik ialah Datuk Nicol David. Tapi kita kena terima hakikat tak boleh lahirkan Datuk Nicol David dalam semua acara sukan.
Jika seseorang itu terbaik dalam satu-satu acara sukan tersebut, memang dialah yang terbaik.