Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Spontaneous Saturday - Penyokong Cilik

EmpayarUtama - Saturday, November 1, 2014 : 6 comments


Putera Nur Aisy Syafiq, 68 hari...

Minggu lepas majlis potong jambul, minggu nih kasi botak. Tinggalkan kenangan sempena final Piala Malaysia JDT vs Pahang malam nanti.






Menjunam Entah Di Mana

EmpayarUtama - Wednesday, October 29, 2014 : 19 comments

Selalunya dalam geraf prestasi, makin besar angka yang diperoleh ia tanda makin bagus. PageRank blog atau website juga lebih baik jika berada pada kedudukan yang besar (tidak lebih sepuluh).

Tetapi sebaliknya berlaku bila kita lihat kedudukan ini melalui analisa oleh ALEXA. Ianya terbalik.
Aku mula menulis semula pada 1.10.2014. Pada 8.10.2014, satu lagi entri aku kongsi. Misteri Yang Belum Terungkai pula dipos pada 11.10.2014 dan di situ aku tunjukkan screenshot ALEXA ranking belog pada kedudukan 10,258,566 (Sebenarnya awal Oktober 2014 ALEXA aku sekitar seploh juta pat ratus ribu). Entri terakhir sebelum ini dikongsi pada 17.10.2014 dan setakat 26.10.2014 sebelum jam 12 tengahmalam; ALEXA hanya turun sikit dan masih lebih seploh juta.

Aku pulun blogwalking (dalam 40 belog je kot yang sempat) dan esoknya; ALEXA turun kepada 7,429,438. Hari ni turun lagi.

Alamak berterabur ke? Meh aku ringkaskan:

Entri
Pelan, Pelan-pelan Tau
Aku Mmg Tak Sempurna
Misteri Yg Belum Terungkai
Serabut
Blogwalking jah
Tak sempat (buat bodo)
Tak sempat (buat bodo)
Masih tak sempat
Tarikh Posting
01.10.2014
08.10.2014
11.10.2014
17.10.2014
26.10.2014
27.10.2014
28.10.2014
29.10.2014
ALEXA
>10,400,000


10,258,566

7,429,438
7,398,302
Di mana?


Apa yang aku nampak ialah

1. Dalam 17 hari ada 4 posting. Beberapa posting pun tak berapa bantu perbaiki ranking belog. ALEXA hanya turun sekitar 140,000 jah.

2. Blogwalking banyak bantu naikkan ranking walaupun tanpa perlu pos apa-apa entri baru; dan memang agak payah nak lakukan selalu bagi mereka yang bekerja cam aku. ALEXA menjunam hampir 2,830,000.

3. Tak pastilah pulak komen turut bantu atau tidak kerana dari 4 entri tuh cuma ada 8 komen jah. Itupun termasuk dua yang aku sendiri reply komen.

4. Sesekali ku rasa teringin (alamak) kongsilah entri ala-ala SEO cam yang korang tengah baca nih (hahahahahah point yang ini aku hantam saja aku pun tak tau kuangkuangkuangkuanghajo tul haku nih )




Serabut

EmpayarUtama - Friday, October 17, 2014 : 8 comments

Aku gagahkan diri untuk tulis walaupun gagal untuk lawat kengkawan. Sebenarnya dari bulan empat lagi boleh kata aku kerja 24 jam. Kadang kadang tertidur depan pc pun ada, tak tipu.

Begini. Bulan Mac dulu ada beberapa kawan perkenalkan aku kepada beberapa kawan mereka yang lain. Ada yang baru beberapa bulan ada juga
yang dah bertahun bisnes dan hadapi masalah 'tak pernah buat akaun' untuk bisnes mereka.

Akhirnya, aku setuju untuk buatkan 'full set' akaun untuk dua syarikat saja. Bukan 'demand' tapi yang sedia ada pun kena jaga juga. Kedua-dua syarikat tu akan cukup tempoh perakaunan masing-masing hujung November ini. Masing-masing langsung tak ada sistem perakaunan. Nasib baik ada penyata bank.

Jadi itulah yang buat aku bersengkang mata tiap hari siapkan 'buku bank' diorang dalam EXCEL untuk dipadankan dengan penyata bank. Kena kejar segala urusniaga yang tertinggal selama enam bulan; dicampur dengan bulan semasa (April hingga sekarang) pastu kena buatkan 'payment-payment vouchers' sambil mengorek segala invois-invois yang masih boleh dijumpai kat opis diorang... Dah tu kena 'key-in' satu satu dalam UBS yang baru dipasang. Perghhh sampai ari ni baru siap bulan Ogos! Boleh naik gila haku dibuatnya. Tu yang pos entri 'asal boleh' aja.

Tau sebab apa diorang kejar? Sebab nak daftar GST, kan tarikh tutup (tanpa denda) hujung tahun ni.


Hehe aku untung sikit jah ^_~
buat part time akaun