Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Join Jangan Tak Join

EmpayarUtama - Thursday, December 2, 2010 : 3 comments

Perghhhhh, ramai gak audience yang datang, lebih 500 orang rasanya. Kalau dapat close deal 10% je; fuhhh pakcik kayo!

Tapi aku ada musykil sket pasal dua link MLM bawah ni macam tak ngam la pulak. Jadi aku tak close apa-apa pun.



Sebenarnya audience kat atas tu adalah ibu bapa dan ahli keluarga anak-anak yang membuat persembahan kebudayaan siang tadi setelah berlatih setiap hujung minggu (percuma tak payah baya satu sen pun) anjuran Yayasan Warisan Johor.

Ini pusat latihan, anak kecik aku menempek plak kat papan tanda tu.
Haa... Gambar kat bawah nilah tempat di mana persembahan berlangsung. Dewan Tari Laksamana ada kat belakang bangunan nih. Ia terpisah dengan pusat latihan tadi. Jarak antara bangunan latihan ke dewan persembahan agak-agak dalam 600 meter kot.
Macam-macam seni budaya yang dapat dipelajari di Yayasan Warisan Johor ni. Daripada kelas sanggar pengembangan; taranum al-Quran; nyanyian; seni silat sendeng; pelbagai tarian; permainan seperti angklung, kompang, perkusi, jidor; hinggalah kepada persembahan teater. Biasanya artis Malaysia dari Johor akan mengambil pelajar-pelajar inilah sebagai props persembahan mereka.

Pada 'Majlis Penutupan Kelas Hujung Minggu' anak-anak ini mempersembahkan apa yang telah mereka pelajari. Kelas hujung minggu ini dulu diilhamkan oleh Menteri Besar Johor pada tahun 2000 bertujuan mengembangkan seni budaya.

Ini antara beberapa shoot yang aku dapat ambil. Cam biasa pakai enset jerk tp anak buah yang ikut ada bwk kamera digital, so dapatlah campur sket sana sini. Cuma dewan agak gelap sikit so gambar pun ikut gelaple. Backdrop cantik tu dapat sponsor dari GLOBAL AKSARA -TQ buat pengurus GLOBAL AKSARA En Adam Mat Zin dan En Farihan Mustafa (ehhh...aku cam jd promoter Yayasan plakkkk)
Tapi iyalah; meriah juga majlis dengan adanya tetamu VIP seperti Cik Nur Najjwa Mohd Azmi (Peg Kebudayaan Seni Tari); Ustaz Hj Abu Bakar Selamat (Peg Kebudayaan Kesenian Islam); Tn Hj Jaafar Ismail (Peg Kebudayaan Seni Muzik); Pn Noor Aini Bidin (Kurator Muzium Tokoh); En Wasfi Mirza Othman (Kurator Unit Pameran dan Penerbitan); Pn Nor Alisa Abd Rahman (Kurator Galeri Seni); Pn Roslinda Rosli (Penolong Kurator Unit Pameran dan Penerbitan); dan Tn Hj Zulkifli Mahmod - Guru Cemerlang Negeri Johor yang sekarang ni bertugas sebagai Penolong Kanan Maktab Sultan Abu Bakar merangkap Pengurus Taman Seni Budaya.

Lebih menarik apabila ada persembahan dari pelajar Tadika Dinihari dan kehadiran Mr Hong Ching Theng - Founder of Talent Teaching Society; Pusat Latihan Kemahiran Makmur Sdn Bhd; dan Tadika Dinihari bersama pengurusnya Miss Yong Ai Sing yang berharap akan ada kerjasama untuk sesi akan datang.

Sebahagian anak-anak yang menyertai teater dan angklung.
Kanan sekali bukan lesen jualan langsung SLM/MLM aaa....
Itu sijil penghargaan untuk kerja keras bebudak sampai
dapat buat persembahan.

Jadi, siapa-siapa nak joinkan anak-anak ke Yayasan Warisan Johor, sesi pendaftaran, uji bakat dan pengambilan adalah pada 9 Januari 2011 mula jam 9 pagi sampaile 1 tengahari. Untuk 6 ke 12 taun je arrr..... Tarian spesel sket open to 13 - 18 years of age. Joinle.


Terbakar beb...

Semalam aku cuti kerja tapi menggatal pulak pegi opis. Macam biasa aktiviti pertama aku ialah checking kompeninyer 'cash available' through internet untuk sedapkan ati. Sebenarnya aku boleh tengok kat GL atau kalau malas sangat tanya kat akaun aja. Tapi dah terbiasa.

Sekali tengok ada la payment untuk
supplier tak keluar lagi. Ini dah bulan doblas... Mesti kena taruk dengan supplier tu kaw kaw punya sebab payment tu untuk bulan November. Aku rasa dah issue dah melalui Trust Receipt 26 November dulu.

Akupun sambar tipon, call Trade Finance. Mamat yang jaga akaun company kata tak bley buat sebab akaun dah over limit. Perghhhh.... Terbakar nih rasanya sebab aku sendiri yang monitor LOC termasuklah Bankers Acceptance, Trust Receipt dan OD Invoice. Aku kata berapa short... "Limit 1.3 Mil je... kalau campur payment yang ini dah lebih 30K".

Aku bg tau dia, aku monitor Trade Line sampai 8 Disember, pun masih 1.36 Mil out of 1.5 Mil. Kalau campur Bank Guarantee sumer total pun masih tak cecah 1.4 Mil. Mana hilang 200K? Mamat tu kata dia tak berapa pasti, cuma dalam system ada alert 200K dan limit dah sampai, mungkin update dr Business Center. Abis mana hitam putih? Kenapa tak update aku atau company? Dia kata tak tau.

Masak macam ni. Aku blom sarapan lagi terus tak de mood nak gi minum. Call Business Center mamat yang incharge dengan selamba cuma kata "nanti kita check". Cam tu aja? Supplier call nak jawab hapa? Mengarut nih.

Memang supplier call pun lepas tu. Soalannya simple je tapi pedas... "Xxx tu masih buat akaun lg ke?". Aku memang terasa la sebab ini bukan kes pertama payment delay through Trust Receipt. Kena la pusing sana pusing sini sebab aku pun tak reti nak explain pasal bank procedure; mangkuk supplier tu pun lagila tak mau dengar pasal problem bank. Dia cuma tau payment masuk dan dah lapse pun.

Tapi aku kira masih ok lg la kes ni sebab nanti Trade Finance promise nak datang explain Jumaat nih selepas mengaku buat silap dan apologize - sejuk sket ati aku. Aku rasa mamat yang incharge tu x berapa pandai pasal Trade Line tapi memang dah macam tu agaknya bank punya cara - rotate staff every month untuk jaga integriti dan akauntabiliti biarpun customer jadi mangsa.

Pagi ni, terkejut beruk baca Harian Metro pasal bank yang sama tapi belah utara sana... Mungkin kes lagi berat kot:


Jangan melampau sangat camtu brader; masih boleh bincang, runding la dulu...

Update : Jumaat 4 Dis, 2010 - Berjanggut tunggu Cik Shanaz dari Trade Finance yang promised nak meeting lepas Jumaat sampai sudah tak datang. Alasan lupa. Macam ni ke?

Makan Sireh?

EmpayarUtama - Sunday, November 28, 2010 : 2 comments

Sorang anak aku leka melihat beberapa orang tua berkumpul sambil mencalit sedikit kapur pada sireh; sireh dilipat empat kemudian meracik halus biji pinang dan gambir sebelum disumbat ke dalam lipatan sireh tadi.

Apabila sireh tu di makan, dia terus bertanya - "Abah, boleh makan ke benda tu?". Aku dapat cerita serba
sedikit apa yang aku tau : Itu namanya sireh; kegemaran orang-orang tua untuk menguatkan gigi dan gusi. Itu kata arwah atuk perempuan aku yang juga ada hobi makan sireh. "Kalau Alia nak makan, cubalah".

Balik kampung je, aku cuba kumpulkan barang-barang tu untuk ditunjukkan kepada anak-anak biar mereka dapat lihat lebih jelas apa itu sireh, gambir, pinang dan kapur. Sayang sikit sireh kat belakang rumah tak cukup lebar tapi puas atilah dapat tunjukkan mereka semua tu.


Biasanya orang tua sekarang membawa bekal barangan nih dalam bungkus plastik. Alat untuk meracik gambir dan pinang dipanggil 'kacip' warna hitam. Problemla pulak nak tunjuk apa menatangnya 'kacip' tuh.

Tapi mak aku memang ada simpan satu set 'tepak sireh' (sori aaa... barang dalam simpanan tak bergosok, jadi tembaga ada keluar sket warna ijau-ijau tuh).



'Tepak sireh' ni digunakan di dalam rumah je, untuk mereka yang memang hobinya makan sireh. Jadi segala barang yang dah di racik, kapur dan sireh disusun dan diletak dalam bekas-bekas yang disediakan. Kalau nak dibawa bejalan, perghhh... berat tu satu set tembaga.

Jadi bila ada geng-geng makan sireh bertandang ke rumah; arwah atuk aku masa hidupnya akan keluarkan 'tepak sireh' ni untuk dikongsi makan beramai-ramai.



Mungkin jelas sket gamba kacip kat atas tu.

Satu lagi, biasanya lepas makan sireh mereka akan kepal-kepal pulak sikit tembakau untuk dihisap. Diorang panggil 'songel'. Biasala... budak budak sekarang kalau tanya macam-macam yang kita tak dapat jawab; kita kata "banyak songellah kau ni"...


Undangan Perkahwinan

EmpayarUtama - Friday, November 26, 2010 : 2 comments

Tengahari semalam pakcik jiran sebelah bagi kad jemputan. Ini majlis perkahwinan anak gadis bongsu mereka. InsyaAllah jika tiada aral kami sekeluarga akan hadir.

Sabtu lepas pula aku pergi majlis kenduri kahwin sepupu perempuan belah mak kat Kluang, Johor. Nama Nordiana tapi panggil Nodi.
Meriah jugak dan unik lihat pengantin lelaki bertandang ke rumah pengantin perempuan diarak bersama paluan kompang dan dayang-dayang kecil. Lebih menarik raja sehari disambut oleh 2 pesilat muda (sorila tak rakam video sebab aku tangkap gamba guna enset je).

Kat sini aku rasa bangga jugak sebab masih ada pelapis yang masih giat meneruskan adat resam dan budaya kita. Susah nak jumpa acara macam ni lagi di majlis perkahwinan zaman sekarang sebab ramai yang memilih majlis didakan di dalam dewan, dan memesan katerer untuk hidangan.

Untuk majlis ini, walaupun di tengah taman perumahan; semangat gotong royong masih tebal di mana segala masakan disediakan oleh penghuni taman perumahan. Mereka digelar 'kendarat' dan kendarat lelaki memakai T-Shirt seragam kelabu untuk memasak, membasuh, menambah lauk, nasi dan air; manakala kendarat wanita juga berpakaian seragam ungu begitu sibuk memastikan nasi dihidang untuk tetamu, acar dan rojak buah sentiasa tersedia dan paling penting meja dikemas untuk keselesaan para jemputan.

Kedua orang tua pengantin (aku panggil 'Cik' aja) berkampung di khemah penyambut tetamu dan tidak lupa menghulur buah tangan kepada tetamu sebelum mereka pulang.

Satu perkara yang aku perhatikan, set tepung tawar sekarang ini memang lengkap tetapi diperbuat daripada plastik/pvc. Aku teringat ada menyimpan satu bekas perenjis air mawar tembaga di kampung.

Bekas air mawar ini masih elok dan tersimpan sebagai hiasan. Tak tau bila lagi ia akan diguna pakai...


Persada Johor

EmpayarUtama - Wednesday, November 24, 2010 : 2 comments

Hai, cerita pertama untuk dikongsi melalui belog yang baru dipulang oleh pakcik gugel.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Menyambut ulangtahun kelahiran baginda yang ke 52 Isnin lalu (22 November, 2010). Dah sebab cuti, aku berpeluang pusing-pusing kat Bandaraya Johor Bahru.
Mak aiii, manyak jalan dah berubah, bangunan baru muncul dan memang jem takyah nak cakaple. Bangga jugak nengok pembangunan pesat di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar. Singgah jap kat Bangunan Danga Bay untuk lihat keseluruhan model projek pembangunan ni.

Masa pusing-pusing kat bandar aku sempat snap pic Persada Johor. Persada Johor atau Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor ni adalah mercu tanda di negeri Johor yang telah mula berfungsi pada 1 Oktober 2006. Ia merupakan pusat konvensyen pertama di bina di negeri Johor dan terbesar di Selatan Semenanjung Malaysia.


Persada Johor melambangkan nilai sejarah Johor dengan menggabungkan ciri teknologi moden. Memang sekali pandang ianya berbentuk seperti topi, dan sebenarnya diilhamkan berdasar topi rasmi Timbalan Setia Negeri Johor. Bangunan itu didirikan di atas bekas tapak kem askar Timbalan Setia Negeri Johor dan dihubungkan dengan Hotel Puteri Pan Pacific melalui jejantas .


Almarhum Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ’Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail memperkenan perasmiannya pada 5 Mei 2007 dan pada tahun yang sama Persada Johor menang "FIABCI MALAYSIA SPECIAL PROJECT AWARD".

Dilengkapi dengan bilik konvensyen, mesyuarat, bilik pameran, beberapa dewan (ada tiga dewan kecil kalis bunyi), kemudahan internet Broadband, WiFi, audio dan terjemahan memang bersesuaian untuk konvensyen, mesyuarat, pameran, konsert, jamuan dan perkahwinan.

Nih, siap jadi backdrop lagi: