Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Memori Abah (Bahagian Satu)

EmpayarUtama - Friday, December 31, 2010 : 4 comments

Bacalah adik-adikku, bacalah anak-anakku... Kisah tentang naluri dan perasaan seorang bapa buat tatapan semua. Aku juga seorang bapa dan garapan ini dibuat dengan bahasa yang paling mudah untuk difahami. Cekal dan tabah dalam hidup yang serba sederhana mendidik dan menghidupkan rasa hormat anak-anak kepada orang tua secara semulajadi. Bacalah ~ Empayarutama
Abah jenis yang tak banyak bercakap kalau dia ada kat rumah. Dia anak sulung daripad 6 beradik dan dibesarkan di sebuah perkampungan yang rata rata penduduknya pekebun dan juga nelayan. Pernah ditawarkan menjadi guru sekolah Melayu tetapi cita-citanya ingin pekerjaan beruniform.

Selepas habis darjah 6, abah cuma ikut atuk kerja kampung. Oleh kerana cita-citanya, abah diam-diam ke Singapura masuk askar. Tapi zaman itu atuk perempuan amat takut anaknya ditembak komunis atau tentera Jepun jadi nenek pujuk abah balik ke kampung. Punah harapan abah...

Sempat gak masuk askar

Lepas tu abah kerja di Jabatan Parit Dan Taliair - JPT (dah ditukar nama kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran - JPS) sebagai pembersih laluan taliair. Kerjanya membersih dan menebas semak belukar dengan bayaran 35 ringgit sebulan. Pernah abah dibacakan Yasin beramai-ramai selepas katanya tertetak seekor anak haruan waktu kerja. Masa tu abah kata dia nampak setiap orang yang datang naik rumah, siapa yang duduk kat luar, siapa hantar beras, gula, kopi dan lain-lain lagi walaupun masa tu dia tengah terbaring kat dalam bilik. Inilah kuasa Allah yang masih mengizinkan abah untuk menerus hidup.


Abah bertemu jodoh dengan mak sewaktu bekerja di kampung mak. Masa tu abah pakai basikal sporty, dan satu motor besar tapi takde dah lepas kemalangan dan mak patah kaki. Time aku dah kenal dunia, kami ada 3 beradik dan menyewa sebuah rumah satu bilik di sebuah pekan dalam Daerah Pontian. Masa tu aku baru perasan abah beli Vespa.


Bukan takat gali sungai dan taliair aja, abah juga ditugaskan menggali mayat yang tertimbus ke dalam tanah di Bukit Batu, Kulai, Johor satu masa dulu. Alhamdulillah walaupun hampir 15 meter dalam, mayat sempurna dinaikkan tanpa cacat oleh mata gigi jangkaut.

Abah dah naik pangkat jadi operator jangkaut berantai (berantai kerana guna jangkaut yang tidak beroda). Kami masih hidup sederhana, ada radio lama dengan suis besar dan kena pusing satu pemutar untuk mainkan album. Lain lain perabut tak ada pun. Almari pakaian abah buat sendiri - hadiah kahwin kata mak. Almari lauk pun abah buat sendiri. Perangai abah aku tengok dia ni tak pandai duduk diam. Balik kerja dalam pukul 4 mulalah bertukang sana sikit, sini sikit. Dan abah pandai jahit baju guna mesin jahit. Tiap kali sambut raya, kami pakai baju raya abah buat. Abah pernah amik upah buat set kerusi dan almari dapur dari jiran.

Antara perabot hasil kerja tangan abah (almari pakaian tu buat hadiah kawin mak), semua masih elok lagi

Masa tu gaji abah belum cecah tiga ratus. Tapi abah masih dapat belikan mak barang kemas, masih dapat sekolahkan kami 3 beradik. Adik bongsu kami (ahli keluarga keenam) lahir dengan jarak sepuluh tahun dari usia adik ketiga. Terus terang aku katakan abah tak pernah merotan kami adik beradik - tugas yang dipegang oleh mak hinggalah kami semua dewasa. Tapi kenapa rasa hormat kami kepada abah cukup tinggi? Abah cuma bercerita ala kadar waktu makan. Kami dididik untuk makan bersama ahli keluarga baik waktu sarapan, makan tengahari, minum petang (kalau mak buat kuih) dan makan malam. Mungkin ini punca kami amat akrab dan rasa hormat tu wujud.

Jawablah...

Walaupun abah bekerja balik petang, abah tak pernah lupa bawak aku dan abang ke masjid setiap hari untuk berjemaah maghrib dan setiap minggu untuk bersembahyang Jumaat. Malu aku pada Aiman anak aku, juga pada abah kerana setakat ini tak lebih sepuluh kali aku dapat bawak dia ke masjid pada hari Jumaat.

Bab makan kat luar - time tu belum ada lagi restoran makanan segera. Abah pernah juga bawa kami sekeluarga makan sate kat kedai, melawat Expo Pembangunan di Batu Pahat dan ikut mereka menonton wayang cerita Hindustan. Anak-anak aku pula boleh kata tiap minggu ajak makan kat luar.

Tidak ada rengekan, rajukan atau tangisan dari kami andai abah tidak beli apa yang kami mahu. Mungkin dulu tak banyak benda yang anak-anak inginkan daripada orang tua mereka, tidak seperti zaman sekarang. Aku kalah dengan abah dalam hal ini.

Walaupun kurang berkomunikasi dengan anak-anak, cara hidup berjiran dan bermasyarakat dalam hidup abah amat berbeza. Abah aktif berpersatuan. Dia antara jawatankuasa PIBG sekolah di kampung walaupun kami tak sekolah di sana; jawatankuasa PIBG sekolah kami; setiausaha UMNO cawangan dan yang lebih buat aku pening - orang akan rujuk pada abah berbanding ketua kampung. Tiap malam Sabtu rumah kami akan meriah kerana latihan kompang dan mak akan sibuk memasak.

Ada masanya abah akan join main sepak takraw depan balairaya kalau tidakpun main badminton sebelah klinik. Di sini aku mengaku, aku kalah lagi dengan abah walaupun 18 tahun buat PR dalam kerja. Ramai orang cuma baik dengan aku sebab ada kepentingan. Aku dah kena 3-0 dengan abah.

Mak dan Abah

Aku mangsa kes Denggi Berdarah pertama di Negeri Johor dan kena kuarantin bersendirian dalam kelambu di hospital yang jaraknya 36 km dari rumah. Waktu itu aku dalam darjah tiga. Dua minggu di sana tanpa ubat sebab masa tu penyakit ni baru lagi, abahlah peneman aku siang dan malam. Kebetulan atuk lelaki belah abah juga sakit tua dan ditempatkan di hospital yang sama. Allah lebih sayangkan atuk aku... dan aku tak faham apa-apa masa tu. Abah dalam situasi yang amat sukar. Tapi sebagai anak sulung, apa agaknya perasaan abah?

Abah pernah kata, kalau gaji dia sampai tujuh ratus, mungkin dapat beli kereta. Tapi abah tak pernah dapatpun beli. Time tu kami dah menyewa kat tempat lain. Abah tak duduk kuarters tak tau kenapa. Agaknya sebab abah jadi Jawatankuasa Kesatuan Pekerja Rendah (IMG) jadi susah nak dapat kot. Abah macam ada cakap orang nak duit kalau nak dapat kuarters dan dia tak suka macam tu.

Aku pernah cerita sebelum ni abah pernah buat dan ada 3 rumah sendiri tapi semua tak kekal sampai abah kata "mungkin kita memang kena hidup menyewa sampai abah pencen" dan aku ingat dua harapan abah tu - kereta dan rumah sendiri. Aku akan cuba usahakan.

Walaupun masih budak, aku semacam faham masalah abah. Pernah masa aku dapat tawaran ke asrama nun jauh di pantai timur untuk ke tingkatan satu, abah dengan Vespa buruknya berkunjung ke rumah adik beradik dan ipar duai untuk mintak bantuan. Dari riak muka abah masa sampai rumah satu malam tu, aku faham abah kecewa sebab pulang tangan kosong. Masa nilah hidup berkawan amat penting kerana kawan-kawan abahlah yang datang hulur bantuan. Nasib jugak menyebelahi kami kerana aku layak dapat pinjaman MARA selepas tu. Tapi abah tak pernah lupa kirim dua puluh ringgit tiap bulan untuk aku. Terima kasih abah.

Selamat Hari Jadi Abah, Semoga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki

Dalam semua ahli keluarga, akulah yang paling banyak menghabiskan duit, masa dan keringat abah. Sewaktu tingkatan tiga, sekolah cutikan aku satu semester (6 bulan) kerana sakit. Ramai tukang ubat datang dan pergi, ada yang tak sanggup teruskan rawatan dan ada jugak yang menipu duit abah. Masa nilah kami kenal dan rapat dengan satu keluarga daif yang pernah aku ceritakan dalam entri sebelum ni. Pun mengambil kesempatan jugak rupanya. Abah sampai jual motor dan pergi kerja menumpang kawan aja. Masa tu kami duduk rumah kedua (bacalah entri aku pasal Hadiah Teristimewa) tak sempat siap sebab duit habis kat penyakit aku. Beratap nipah, bocor sana sini, dan berlantaikan tanah. Kesiannya abah...

Aku tak boleh bergerak, makan bersuap. Mak akan mengalirkan airmata bila suapkan aku makanan. Aku tak malu dengan keadaan aku masa tu, tapi aku malu dengan persekitaran, dan aku malu pada abah. Kawan-kawan sekelas, guru-guru datang melawat ngam-ngam lepas hujan dan air dari bumbung yang bocor masih menitik ke dalam besen. Air mata kawan-kawan dan guru-guru tak kurang hebatnya bila mereka tengok keadaan aku. Guru Bahasa Malaysia aku yang paling haru kerana dia pernah tulis perkataan tak elok dalam buku karangan aku. Masa tu aku baru jatuh sakit dan tulisan aku hancur sama sekali. Aku tak salahkan dia, sebab dia tak tau.

Aku mula pulih lepas 3 malam berturut-turut abah bawak aku guna motor jiran - buat rawatan kaki lima dari Indonesia. Mulanya abah cari teksi kat pekan sebab takut aku jatuh, iyalah lebih 40 km ke bandar sana. Satu teksipun tak nak pergi. Abah nekad ikat tangan aku lepas peluk dia dan bila sampai terus dokong aku ke tengah gelanggang rawatan yang dipagar tali bernyalakan lampu pam gasolin. Selepas tu aku macam bayi, belajar berjalan, belajar mengangkat pembaris, dan belajar menulis. Alhamdulillah, inilah aku sekarang. Terima kasih abah...

Kerana kebolehan abah dalam hal ehwal enjin jangkaut, abah cuba betulkan satu Fiat 127 dua pintu yang rumput dah naik bercantum kat bumbung kereta. Kawannya bagi aja kereta tu. Boleh abah hidupkan enjinnya dan 5 tahun jugaklah dia pakai. Kami pun dah pindah menyewa kat pinggir bandar (hidup pindah randah sebab abah bertukar tempat kerja). Cuma satu yang aku tak gemar dengan kawan-kawan baru abah macam mempergunakan abah dalam aktiviti berpersatuannya.

Kereta pertama abah - dari besi buruk hingga menjadi perhatian

Masa aku kena transfer ke pusat bandar, aku bagi Civic kiut miut kat abah. Pulak tu dah ada 2-3 orang sibuk nak beli Fiat tu. Abah macam berat je nak lepaskan. Mak kata akhirnya abah jual juga walaupun bergenang air di kelopak matanya. Iyalah, kereta pertama dia dan daripada besi buruk sampai jadi perhatian orang ramai. Pastu keta abah silih berganti.

Antara koleksi kereta abah... Dari Civic '80, Saga '89, Iswara '95, UK Spec (A) '96, ke SR4 (A) '97. Itu yang mampu aku tunaikan.

Kuatnya darah Bugis yang mengalir dalam tubuh abah, banyak kali jugak aku lihat dia mengasah parang pendeknya setajam mungkin. Bukan nak mengamuk tapi itulah kerja dia bila ada majlis perkahwinan atau Raya Qurban. Dia antara yang paling sibuk untuk tugas melapah daging dan memasak. Bakat memasaknya memang nombor satu. Kalau aku buat open house, memang abahlah yang masak. Aku kalah lagi dengan abah.

Satu hari tu, pembantu abah cuti. Jangkaut dia pula jenis takde cermin. Entah macamana ntah boleh terkaut sarang tebuan tanah. Group serangga ni pulak macam tau aja siapa empunya angkara. Tali air yang digali tengah cetek airnya. Tapi abah gagahkan diri start motor dan pergi ke stor JPS yang terdekat sebelum jatuh pengsan. 3 hari abah kat spital dan doktor pun tak dapat berikan jawapan atas nyawa abah yang masih panjang. Doktor cuma berikan satu 'botol sedang lutsinar' Nescafe dalamnya ada dekat 40 ekor tebuan tanah yang melekat kat badan abah masa dibawa ke hospital. Aku tak pasti pihak Jabatan ada bagi pampasan untuk itu tapi rasanya macam tak ada pun. Yang penting abah sihat.

Bersambung esok... Sebab panjang sangat entri ni... Bacalah, dan selamat bertahun baru dengan keluarga tersayang.

Hadiah Teristimewa (Bahagian Tiga)

EmpayarUtama - Tuesday, December 21, 2010 : 6 comments

Mak ada bagitau, sepanjang projek buat rumah tu. Abah banyak kali jatuh. Kadang kadang mak tau kadang kadang tak sebab dia tak selalu teman abah ke situ. Tu yang sampai dua tahun buat rumah. Aku tak pasti apa dalam kotak fikiran abah sepanjang tempoh tu, cuma dia memang berharap ada rumah sendiri...
Rumah siap sepenuhnya
Suatu Hari Di Hari Raya... Beberapa Tahun Yang Lalu

Abah bukan tukang rumah, tapi sepengetahuan aku, abah dah buat 3 rumah - 1 kat sebelah rumah pusaka atuk tapi tak lama sebab masa tu adik dia kata kalau JPT (JPS) besarkan sungai depan rumah pusaka tu, benteng akan makan tapak rumah. Sampai sekarang tapak rumah masih elok - 120 kaki (2 rantai) masih jauh dari benteng yang dah lama pun dibina.

Rumah kedua abah bina 10 km dari tanah pusaka, dekat satu pekan kecil. Dapat tanah lot dan penduduk dah tengok dan bayar pun lot masing masing kat pejabat tanah daerah. Lepas 2 tahun; dapat berita satu orang kaya beli dan macammana ntah boleh tukar milik kat pejabat tanah negeri.

Rumah ketiga abah buat atas tanah atuk saudara. Cantik rumah tu. Rumah kampung bertangga kayu dan tunggu proses pecah geran. Tup tup abah kena transfer ke tempat agak jauh tapi untuk jangkamasa pendek (2 taun je) so kami pelawa satu keluarga daif untuk duduk jaga rumah tu. Niat abah dan mak nanti akan berjiran dengan keluarga daif ni bila habis 2 tahun bertugas di luar kawasan. Nak jadi cerita ketua keluarga daif ni rupanya bela hantu raya, ngam ngam tinggal sebulan lagi nak balik semula kami terima satu nota ringkas daripada mereka; "Tuhan tak izinkan kita duduk bersama". Sedihnya kami siap kena halau dengan atuk sedara, kira putus sedaralah ni. Mak pulak jatuh sakit makan tahun untuk sembuh.

Sedey... Disebabkan dah 3 kali terkena, abah mengeluh - mungkin kita memang kena hidup menyewa sampai abah pencen, katanya. Kesian abah...


Hadiah Teristimewa (Bahagian Dua)

Lupa aku nak cerita pasal rumah siap yang abah beli tu. Rumah tu kembar dua, tiap satunya 24 x 48. Jadi kalau tengok dari jalanraya memang besarlah: bukak 48 kaki, ke belakang pun 48 kaki. Bila nampak tiang campur bumbung dan separuh batu sebijikle macam kilang.
Aku nak aja jumpa mamat tu tapi abah larang. Bukan apa, tuka nama jadi lambat sebab geran tu adalah 'geran syarikat'. Tau apa 'geran syarikat'? Geran yang manyak nama dari atuk, anak, sampai cucu pun ada nama dalam geran tu. Yang dah mati pun ada nama lagi. Sampai doblas nama. Pakcik (Haji dah pun) tu pulak pandai sangat. Sebagai penjual dia tak lantik mana-mana peguam. Punya lah bagus pegi buat urusan kat Pesuruhjaya Sumpah aja. Ini kes jualbeli tanah Pak Aji oiii.... Dekat 2 tahun tak siap-siap lagi. Duit beli dah bayar cash!!!

Last last Pak Aji tu datang mintak maaf dan guna lawyer aku. Senangla sikit kerja sebab penjual dan pembeli guna lawyer yang sama. Yang tak syoknya Pak Aji tu ingat - dia sebagai penjual tak payah bayar apa apa kat lawyer tu. So, akule kena tanggung kos dua belah pihak. Hampeh tul...
Bulan Februari 1997 big boss sambung balik kerja kontrak. Dia modify pulak beranda depan so bumbung pun kena modified sekali. Jadila cam kat bawah nih (7.6.1997). Air dah masuk, api pun dah masuk. Dah siap simen lantai, kitorang pulak pindah masuk pada 14.9.1997


Batu depan rumah tu buat tambak sebab tanah gambut. Budak kecik atas batu tu nanti aku cerita kat lain entri. Haaa... camnila rumah kami sebelum cat dan tambah beranda tepi.
Rumah siap sepenuhnya



Hadiah Teristimewa (Bahagian Satu)

Ini rumah kampung tak bertiang/tangga. Separuh papan dan separuh batu. Dalam manyak manyak hadiah, pada aku inilah hadiah yang paling istimewa dan tak ternilai daripada abah buat kami sekeluarga. Di sinilah tempat kami berteduh dari hujan, panas serta gangguan haiwan.

Apa yang menariknya? Menariknya
sebab abah buat rumah ni seorang diri dengan tulang empat keratnya. Daripada hutan belukar yang pokok-pokok getahnya dah sepemeluk setengah orang dewasa (sampai anak getah dah boleh toreh), membuang dan membakar tunggul-tunggul balak tu, membersih tanah dekat satu ekar hinggalah terdirinya sebuah rumah untuk kami.

Ada jugak panggil orang mintak potong dan keluarkan kayu tapi semua tak sanggup sebab pokok dah rapat sangat tak dapat nak buat 'rel' untuk kereta sorong tolak kayu keluar. So kenalah buat sendiri.

Tanah ni dijual oleh seorang pakcik yang nak ke Mekah tunaikan haji. Abah beli guna duit KWSP tapi iyalah, kalau sampai pencen gaji dia masih tak jejak seribu; jadi duit KWSP yang terkumpul memang tak cukuple. Aku tambah mana yang patut sebab duit lawyer pun nak kena bayo. Aku respek abah sebab dia tak nak buat loan - beli cash.

Untuk beli tanah ni, abah suruh aku uruskan semuanya siap letak nama aku bukan nama dia sebab aku faham sikit proses nih. Aku rasa ada sebab lain tapi abah tak bagitau. Dan walaupun aku baru je kena transfer 60 km dari sini, aku ambik keputusan untuk berulang ke tempat kerja. Nak tau sebab apa, kena baca sampai abis..
Sebelum aku teruskan, mintak maaf manyak manyak sebab mutu gamba memang kureng sket sebab masa tu aku suka cantum-cantumkan gamba yang aku snap. Pastu gamba nih tersimpan dalam fail dan melekat lekat antara satu sama lain. Aku jumpa fail nih dalam lemari baju time cari baju 'BALI Convention' yang ilang. Sampai last masih tak jumpa.
Abah ikut petua orang tua-tua serta mintak nasihat tukang rumah (adik dia, Pak Uda aku) untuk mencari tapak sesuai untuk dirikan tiang seri. Projek buat rumah ni start dalam bulan Jun 1995 dengan proses pasang konkrit untuk tiang-tiang utama. Gambar kat atas tu diambil pada 5.8.1995.
'Beam' dipasang sebelum proses naik dinding - gambar pada 16.9.1995
24.9.1995 abah dah naikkan dinding guna batu blok aja.
Tiang-tiang utama dah nampak. Kebetulan masa aku snap gamba nih kawan abah Cikgu Zainal (dah arwah dah beliau) datang jenguk.
Haaa.... Nampak tak kenapa aku tunjuk gamba yang sama seminggu lepas 15.10.1995? Sebab aku bgtau abah masa tu; kalau simen lantai belah dalam nanti, tingkap akan jd rendah. Tak cukup 3 kaki sebab batu blok macam kurang satu baris. Gamba kat atas ni, batu blok dah jadi 5 baris.

Abah kata dia 'jek' tiang guna jek yang biasa dia pakai untuk naikkan jangkaut kalau tenggelam dalam lumpur atau sungai. Aku tak bley nak imagine camna dia buat tu sorang sorang. Dia kata masa dia kerja dulupun da biasa dah main 'jek-jek' jangkaut dia.
Lupa plak. Kayu-kayu untuk rumah ni abah beli sebuah rumah siap (dulu kami menyewa rumah tu tapi kerajaan beli tanah untuk buat Mahkamah Syari'ah - dah siap dah pun bangunan tu). Satu lagi yang aku kagum sebab macammana keadaan dan kedudukan papan rumah asal tu; macam tulah jugak abah boleh pasang balik kat rumah yang dia tengah buat nih. Jarak dari rumah tu ke sini dalam 7 km jadi dia sewa lori JPT (sekarang da tukar nama jadi JPS).
Bumbung dah pasang time gamba nih pada 22.01.1996. Pasang dinding pulak...
Gamba atas aku snap pada 30.6.1996. Lepas tu macam biasalah sama seperti kebanyakan projek-projek perumahan kat Malaysia nih, projek akan terbengkalai. Termasuklah projek rumah ni. Dekat lapan bulan abah tak buat apa-apa sebab ada sorang anak pakcik tu bising kata abah buat 'kilang'. Proses potong nama belum siap lagi.


Hutan Bandar

EmpayarUtama - Monday, December 13, 2010 : 3 comments

Cuti Cuti Malaysia (cewahhhh!!). Ujung minggu budak budak sibuk ajak berjalan, kalau boleh nak tempat yang boleh mandi. Pening gak sebab cuaca skang nih tak menentu. Kena pulak bila kerajaan nasihat untuk elak ke pantai, air terjun, sebab manyak tragedi.

So pegi Hutan Bandar jelah. All In
One. Ada playground, kolam, lanskap menarik sejuk mata memandang. Tengok gambar dulu yea... Nanti aku ulas sket sket.
Tasik 7 on the way ke main entrance.
Ini 'Main Entrance'
Hutan Bandar ni dikawal selia oleh Jabatan Landskap MBJB. Kalau tengok pokok-pokoknya, memang besh... Tapi ada gak pemandangan yang aku segan nak snap & publish kat sini sebab masuk nih dah manyak kali dah sebenarnya aku datang sini. Tapi tak nampakpun ada perubahannya.
Ada 2 playgrounds kat situ tapi sekadar ADA ajalah... Macam hidup segan mati tak mau. Yang ini kena perbetulkanlah sebab majoriti yang berkunjung adalah keluarga dan daripada keluarga tu, lebih 50% adalah kanak-kanak.
Taman Permainan Kanak-kanak. Salah satu yang aku tulis tadi.
Ini maze terletak di antara 2 taman permainan.
Satu lagi Taman Permainan Kanak-Kanak
Rumah Aiskrim - seperti cerita Hansel & Gretel
Jalan ke Chalet, ada 5 chalet disediakan
Pondok Tinjau dalam kawasan chalet. Skang nih dah tak bley naik sebab macam tak ada siapa yang menjaganya.

Mutu lanskap yang diselia memang aku puji di sini. Tapi pengurusan ada kureng sebab chaletnya macam langsung tak berpenghuni sekian lama... Setengah jam jugak aku duduk sensorang kat wakaf yang ada di tengah-tengah 5 chalets. Suasananya memang damai walaupun dikelilingi jalanraya yang agak sibuk serta kemeriahan mereka di kolam mandi. Betul, semuanya tak dengar. Cuma yang ada bunyi riang-riang rimba yang melekat kat dahan pokok keliling kawasan chalets tu. Aku betul-betul dapat menikmati suasana sama seperti di tengah rimba.
Kolam bertingkat. Ini tingkat paling bawah. Setakat ni, aku rasa inilah daya tarikan utama Hutan Bandar. Tapak perkhemahan, taman permainan, chalets semua macam kena tolak tepi oleh pengunjung. Mungkin sebab kurangnya kawal selia.
Bersantai di kawasan lapang berhadapan kolam, bersebelahan dengan Astaka
Ini Astaka Tulang Daing, berhadapan dengan kolam mandi. Tiap kali datang, macam nilah juga rupanya.
Antara wakaf-wakaf yang disediakan
Sidewalk / ruang pejalan kaki berbumbungkan bunga hidup; manakala lantai sesuai untuk foot reflexology. gambar ni aku tangkap masa orang ramai nak balik dah.
Rumah Johor dari seberang tasik.
Rumah Johor ni masih belum siap sepenuhnya. Setakat nih masih belum dibuka untuk tetamu melihat bahagian dalam rumah.
Juga menjadi tumpuan pengantin untuk bergambar kenangan. Tiap kali aku datang akan ada sekurang-kurangnya satu pasangan pengantin Cina mengabadi gambar kenangan perkahwinan mereka di sini.