Home » » Serius ke?

Serius ke?

Empayar Utama - Friday, January 21, 2011 : 1 comment

Pertamanya aku nak mintak maaf kepada pengusaha pam minyak yang terlibat kerana curi-curi tangkap gambar. Aku pun manusia biasa, tak dapat lari dari buat salah.

Tapi sebenarnyakan, benda yang tak dibenarkan itulah yang selalunya jadi kegemaran kita untuk langgar. Rasa macam hebat sangat bila berjaya langgar arahan.

Aku tabik kat pengusaha pam minyak ini sebab berani pamer arahan larangan yang dah dikeluarkan kerajaan. Semua pam minyak dia ada kenyataan tu, siap 'laminate' lagi. Tadi tabik, kali ni tabik spring lagi sebab kat pam minyak nilah mula-mula sekali aku nampak kereta asing isi RON95 penuh tangki lepas diorang tampal arahan tu. Pastu tiap-tiap hari dah pulak, kira arahan larangan tu jadi tawaran kad rebet je.

Kerajaan dulu masa nak kuatkuasakan arahan larangan penggunaan RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing siap tubuh anggota pemantau. Kalau betul serius, kena tubuhkan satu lagi anggota pemantau untuk memantau anggota pemantau pertama. Pas tu tubuhkan anggota pemantau baru untuk memantau pemantau yang memantau pemantau pertama, tubuhkan lagi anggota pemantau untuk memantau pemantau yang memantau pemantau yang memantau pemantau pertama dan seterusnya.

Ni ha aku ambik kat Jalan Tebrau petang tadi time balik kerja. Kalau kepala pam warna merah tu; RON95 lah minyaknya. Kaler ijau V-Power.

Sebenarnya pemandangan tepi pantai kat pam minyak sepanjang Jalan Tebrau menuju ke Singapura tiap petang tak pelik pun kalau dipenuhi dengan majoriti kenderaan pendaftaran negara tu. Kengkadang aku rasa macam kat Singapura bila singgah nak isi minyak di pam-pam minyak ni.


Ini antara yang paling clear aku dapat shoot, full tank lagi tu.

Tak clear gak? Aku besarkan sket:
Nampak? Merah RON95; biru pulak RON97.

Yang kat bawah ni ada blur sket (Tebrau Highway @ 2.00pm - 2.20pm) :

Selamba tarik RON95, siapa peduli?

Santai tunggu sampai penuh tangki

Kanan V-Power, kiri minyak merah...

Motosikal
pun sama...

Ini satu famili

Nampak aku snap, siap 'posing'


Aku, tengok dari jauh je...


1 Comments

1 comment:

  1. Saya nak tegur pasal isi RON 95 kat kereta Singapore.

    Walaupun anda orang JB, sepatutnya anda sudah tahu mereka isi RON 95 sebenarnya warganegara Malaysia memandu kereta Singapore, mempunyai MyKad, dan mereka berhak untuk mengisi RON 95 kerana ada dalam peraturan bahawa kenderaan pendaftaran asing dipandu oleh warganegara Malaysia dibenarkan isi RON 95 dengan tunjuk MyKad.

    Saya bagi contoh, andaikata warga Singapore berkahwin dengan warga Malaysia, dengan mudah, tunjuk MyKad pasangannya, boleh isi RON 95.

    Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang saya memandu, majoriti kereta plat Singapore dimiliki oleh Warganegara Malaysia menetap di Singapore dan tujuan beli kereta sebenarnya untuk pulang ke kampung halaman di Malaysia.

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...