Home » » Mersing

Mersing

EmpayarUtama - Friday, January 28, 2011 : 6 comments

Aku selalu ke Mersing lebih tepat lagi ke Kg Ayer Merah - rumah arwah atuk; tempat aku dilahir dan dibesarkan. Tiap kali ke sana pasti ada perubahan.

Yang paling aku perasan ialah panggung wayang terbuka (sebenarnya rumah kedai tetapi bahagian tempat duduknya tidak berbumbung) dah lama dah tak ada
walaupun deretan kedai di situ masih mengekalkan struktur lama.

Tak banyak kenangan sebab aku membesar sebelum kenal dunia. Cuma rumah asal dah berubah dan tanah kat belakang rumah dah dijual.
Ini masjid Mersing yang terletak atas bukit paling tinggi kat tengah bandar. Khabarnya bawah masjid tu adalah lubuk emas. Pernah jemaah nampak 'ibu emas' muncul di tengah-tengah dewan sembahyang dalam masjid.
Bangunan masjid dari dekat.

Daerah ni pernah menggegarkan Malaysia satu masa dulu (kuat sekali gegarannya sampai tumbang beberapa ekar kebun sawit penduduk dok kerana aktiviti melombong dan mendulang emas tak kira tempat) kerana munculnya emas sebesar sekam padi yang paling meriah di kawasan pantai. Masa tu, semua orang jadi malas sebab boleh dapat sekitar dua ribu hanya dalam sehari mendulang!
Pemandangan dari Jambatan Sungai Mersing, di mana masyarakat di sini masih menjadikan hasil tangkapan laut sebagai sumber pendapatan.
Deretan kedai baru yang masih belum dihuni sepenuhnya. Para nelayan di sini juga menjalankan aktiviti sebagai pemandu pelancong persendirian. Untuk bot yang boleh memuatkan 10 orang dalam satu trip, tekong dan pembantu akan ikut serta jika ada group pemancing yang inginkan khidmat mereka untuk ke Kelong yang terletak sebelum Pulau Tioman. Ada 3 kelong yang popular setakat yang aku tahu.
Ini antara gerbang terbaru yang dibina di tepi pantai Mersing. Arca ni dibina betul-betul di hadapan sekolah.
Haaa... Ini antara aktiviti terpenting di Mersing. Jeti ini beroperasi setiap hari dan menerima pelancong baik dari dalam maupun luar negara. Destinasi - Pulau Tioman.
Nampak beberapa pelancong asing menunggu jadual perjalanan ke Pulau Tioman.
Deretan feri yang akan ke Pulau Tioman. Gambar ni dishoot dari jeti Kargo jam 11.30 pagi.

Mersing juga terkenal dengan beberapa jenis makanan yang agak jarang didapati di semua tempat. Kalau aku balik Mersing, aku mesti beli 'Nasi Dagang' kat Tanjung (Seri Tanjung) untuk sarapan.
Sekali order paling kurangpun 5 bungkus sorang. Nasi Dagang ni kena kukus 2 kali - kali kedua dikukus dengan santan dan halba tapi kat JB macam sekali kukus je. Tak sampai 3 jam dah basi.
Satu lagi makanan popular di sana - Satar.

Makanan yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti nelayan, juga boleh didapati di mana-mana lorong kalau anda masuk dalam kawasan Seri Tanjung:
Ini ikan masin jenis 'Ikan Talang'. Lima Ringgit je sebungkus. 3 ekor besar-besar tau.
Deretan kedai menjual keropok, keropok lekor, sos pencicah, ikan kering - ada di sepanjang jalan susur tepi pantai di kawasan Tanjung.
Pemandangan yang biasa di lihat kalau menyusur jalan di Tanjung, atau sepanjang jalan menuju ke Pantai Air Papan ikut jalan tepi pantai.

Perusahaan 'Keropok Lekor' yang sekarang ni boleh didapati dalam berbagai saiz. Ada besar sosej, besar ibu jari kaki atau besar lengan budak. Tapi kalau nak fresh yang baru keluar dari air rebusan; kena masuk lorong tengah dalam kawasan Tanjung. Tepi jalanraya cuma yang dah disimpan dalam flask.
Antara wakaf-wakaf untuk beristirehat yang disediakan.
Playground Kg Makam on the way the Pantai Air Papan
Klik kat gambar untuk besarkan kalau nak senang baca cerita pasal Kg Makam ni.
3 gambar kat atas adalah pemandangan pantai sepanjang dari Tanjung ke Air Papan. Cuaca sekarang berangin dan ombak kat tepi pun dekat 1 meter. Airpun jadi coklat sebab tu tak de orang mandi.
Jarak dari bandar ke simpang Air Papan dalam 8 km, pastu belok kanan lagi 3 km sampailah ke pantainya. Tapi sekarang kita boleh terus ikut jalan susur sepanjang pantai untuk ke sana. Lepas aja papan tanda Kg Air Papan, haaa... boleh nampak saujana memandang sawah padi yang diusahakan oleh penduduk.
Naga kat cerita Magika tanya sambil menyanyi:
"Nak ke mana kamu bertiga, jangan sampai bangunkan Naga..."
Haaa... dah sampai dah kat pantai Air Papan. Kalau ada sambutan seperti Hari Merdeka, mereka pasang tol untuk kutip derma bersihkan pantai. Pada aku bagus sebab sampah yang ditinggalkan sama banyak dengan jumlah kenderaan yang ada pada hari-hari sambutan tu.

Ini antara gerai cenderamata, kena pulak angin kuat men layang-layang bestla kat sini:
Gerai-gerai kat belakang tu biasa sangat kita tengok - jual baju, boya, air, dan macam-macam.

Atas tu antara penginapan yang agak moden. Banyak resort kat sini untuk keselesaan pengunjung.

Nak cari chalet dengan suasana kampung? Adaaaa...

Wakaf tepi pantai. Nyaman aaaarrr....

Ini wajah-wajah air Pantai Air Papan. Kalau tadi 3 keping gambar sebelum sampai airnya agak keruh dan pasir tak berapa halus; tapi di Air Papan airnya jernih siap warna biru dan hijau lagi. Sebab tu tak semua persisiran pantai boleh jadi tarikan.
Saja je letak gambar nih buat penutup tirai. Makcik kat Tanjung bagi free kalau beli keropok dia. Harga sebenar 4 ringgit tapi dia jadikan hadiah kepada pembeli keropok. Kalau aku tambah acai berry agak-agak berapa harga nak letak kalau aku jual ikut cara MLM? (heheheheh...)

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Mersing nih seperti Taman Rekreasi Hutan Pelajaran, Teluk Buih, Tanjung Resang, Pantai Penyabung, dan banyak lagilah. Nanti berkesempatan aku pos kat lain entri.

Selamat Hari Raya Cina - Gong Xi Gong Xi Gong Si Ni...




6 Comments

6 comments:

  1. Berbangga kerana dilahirkan di Mersing pada 21 Jun.. ^_^

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum, sdr EU
    alhamdulillah

    ingin bertanya, setelah ~5 tahun sejak pesta mendulang emas kat sri pantai mersing itu;

    1.masih adakah lagi aktiviti itu dijalankan?

    2.selain kat persisiran pantai di kg sri pantai; ada tak pantai lain yg diadakan aktiviti ini?

    3.agak-agak eh saudara kat persisiran pantai sepanjang dari kuala sungai hingga ke pantai air papan itu ada tak aktiviti ini; ada kemungkinan tak emas kat situ ye?...

    terima kasih,
    amar, pontian

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam anon...masih ada lagi aktiviti tu..tapi cuma meriah bila time cuti skolah..erk..akak duk area situ la..macam2 cerita paranormal wujud disitu...

      Delete
  3. hhuurrmm..akak orng Trgganu,kawen ngan orng Mersing,akhirnya jadi orng Mersing la akak..jemput datang umah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih Kak Tie tolong jawabkan untuk saya. Saya dah jarang balik Mersing. InsyaAllah panjang umur saya ke sana nanti

      Delete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~