Home » » Seri Yang Kian Hilang

Seri Yang Kian Hilang

EmpayarUtama - Monday, January 17, 2011 : 2 comments

Suatu petang yang ceria, ternampak pelangi di kaki langit, ngam-ngam atas bumbung beberapa buah banglo yang sedang dibina. Tapi warnanya tak begitu terang, kena pulak aku cuma dapat shoot pakai enset je.

Orang tua-tua pesan jangan tunjuk pelangi guna jari telunjuk nanti jari tu jadi kudung. Tak taula kenapa boleh
ada petua camni dari orang tua-tua. Kalau mengikut dongeng, pelangi ni merupakan jambatan kepada puteri kayangan bertujuh yang turun untuk mandi dan bermain di salah satu anak sungai atau air terjun. Dan masing-masing memakai selendang tujuh warna sama seperti warna pelangi. Teringat pulak cerita Magika yang popular kat wayang, bulan ni dah main kat Astro dah pun.


Kalau mengikut fakta sains pula, pelangi ni adalah pantulan cahaya matahari terhadap air hujan yang turun dan menghasilkan tujuh warna yang melengkung mengikut pantulan cahaya matahari yang bulat tu. Jadi kita biasanaya akan nampak pelangi kalau lepas hujan dan langit telah cerah kebiruan.

Tapi time aku shoot gambar kat atas tu, cuaca panas baru nak redup sebab dah pukul nam setengah petang. Kiranya nak masuk maghribla. Bila dah petang tu, aku teringatlah satu lagu dari Allahyarham Sudirman "Pelangi Petang".

Pukul 7.20 petang
12.00 tengah malam

Ini pula gambar bulan penuh yang paling ok dapat aku shoot kat kampung. Pemandangan macam ni biasanya digunakan oleh pelukis zaman 80an atas kanvas untuk dijual. Selalunya limpahan cahaya bulan yang jatuh ke atas daun nyior (kelapa) dan bumbung rumah juga akan menjadi inspirasi pelukis zaman tu untuk hasilkan lukisan yang lebih live. Gambar malam serta bulan penuh ini juga amat popular zaman tu dalam menghiasi kad-kad ucapan Hari Raya Idilfitri. Sekarang dah tak ada dah.


Ini 'tiang seri' rumah kat kampung. Aku snap waktu malam bagi nampak tone tiang seri tu hidup. Kalau shoot siang hari, dinding belakang lebih terang jadi tak nampak sangat tiang seri tu. Tak tau pulak aku kenapa tiang tu dipanggil tiang seri. Mungkin sebab hodoh sangat benda alah tu berada kat tengah-tengah hall rumah (biasanya camtulah kedudukannya di kebanyakan rumah kampung) jadi mungkin digelar tiang seri sebab ia jadi penyeri ruang tamu.

Satu lagi sebab yang agak masuk akal adalah 4 muka tiang tu yang berlainan sudut. Zaman dulu tiada elektrik. Lampu pam gasolin pun belum diperkenalkan lagi. Jadi tuan rumah akan memasang 4 pelita dan disangkutkan pada paku di tiap muka tiang seri tu. Kerana kedudukannya yang stretegik di tengah-tengah ruang tamu, cahaya dari keempat-empat pelita dapat menerangi keseluruhan ruang tamu rumah. Maka ia dipanggil tiang seri.

Untuk rumah kayu, tiang seri ini amat penting sebagai tiang utama penongkat kekuatan bumbung sesebuah rumah. Ia menjadi struktur penting lebih-lebih lagi kalau rumah tu bertangga kerana ia akan menjadi tiang utama kepada gelegar kayu untuk lantai rumah.

Kerana tiang seri ini menjadi teras, tukang rumah biasanya akan memastikan tapak tanah untuk didirikan tiang seri ini betul-betul sesuai. Aku pernah tengok arwah Pak Uda aku menyucuk kayu sedalam 6 kaki ke dalam tanah, kemudian dihidu bau tanah yang melekat di hujung kayu tadi. Jika tak sesuai, dia akan menyucuk di tempat lain sampai dia kata ok. Aku berani kata yang dia 'tukang rumah' kerana setakat ni; rumah-rumah, beberapa surau dan madrasah yang dibina, setiap kayu yang diguna akan berbaki tidak lebih dari satu kaki. Begitu juga dengan zink, pasir, batu dan simen (zaman dulu belum ada mozek). Tidak akan ada pembaziran di situ menyebabkan tuan rumah berpuas hati dengan harga barang campur upah yang ditawarkan Pak Uda.

Sekarang ni kalau rumah dah siap pun, kalau kita ke kedai mozek; tokey kedai mozekpun tak dapat estimate ngam-ngam berapa yang diperlukan kalau nak mozek beranda, living room, bilik tidur, dapur, bilik air dan dinding untuk sebuah rumah. Sama ada kita akan kembali semula ke kedai tu untuk tambah mozek atau setiap jenis untuk tiap bahagian rumah akan ada sekotak dua yang berlebih. Kedai mozek akan kata, 'bagus maa ada lebih, nanti kalau mana pecah atau sompek lu senang ganti. Nanti ini stok habis dia punya peten sudah tak da susah mau cari woooo.' Iya lah tu tokey...


Tiang seri ni akan hilang satu hari nanti kalau aku dah tukar keseluruhan rumah jadi batu...




2 Comments

2 comments:

  1. komen ni agak panjang kut..

    1. Ayahanda pernah cerita waktu ayahanda sedang menggali salah sebuah sungai yang sempit ketika gerimis, tetiba sejalur pelangi masuk ke dalam sungai tersebut dan menyedut air dalam sungai tu masuk ke dalam jaluran pelangi.. semuanya berlaku di hadapan mata ayahanda..

    itu je yang adinda masih ingat..

    kalau nak komfemkan cerita yang lebih detail, cuba abang ngah tanya bonda nanti e..

    2. abang ngah.. kalau nanti rumah tu bertukar rupa, agak-agak boleh ke kekalkan tiang seri tu? rasa sedih pula bila semua kenangan juga akan terhapus..

    3. lagu pelangi petang tu sangat memberi kesan dalam jiwa.. orang yang kita sayang akan hadir hanya sementara dalam hidup kita.. dan tiba waktu yang dijanjikan Allah, semuanya akan pergi.. hanya kenangan yang ditinggalkan.. kenangan manis yang sangat pahit untuk diingati kembali..

    Pelangi Petang

    Kumeniti awan yang kelabu
    Kutempuhi lorong yang berliku
    Mencari sinar yang menerangi
    Kegelapanku

    Kupercaya pasti suatu masa
    Sang suria kan menyinar jua
    Membawa harapan yang menggunung
    Bersamanya...

    Engkau tiba bagaikan pelangi
    Tak bercahya namun kau berseri
    Tapi cukup menghiburkan
    Hati ini

    Seharian waktu bersamamu
    Tak terasa saat yang berlalu
    Bagai pelangi petang kau kan pasti
    Pergi jua...

    ReplyDelete
  2. Emmm... sentimentalnya :)
    RHEA - Jangan terlalu sentimental, live must goes on

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~