Home » , » Meriahnya...

Meriahnya...

Empayar Utama - Saturday, March 26, 2011 : 2 comments

Ini antara gambar-gambar yang sempat aku tangkap pagi tadi. Kali ni aku nak kongsi Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Sekolah Agama Dato Abdullah Esa, meriah woo...
Dua keping yang kat atas sewaktu perarakan. Grup kompang baju biru tu walaupun barisan terakhir, tapi grup tulah yang paling meriah sebenarnya. Nak tengok live, klik video kat bawah ni (tapi aku amik masa diorang berarak masuk dalam kawasan sekolah, tak sanggup nak ikut 4 km sambil dokong anak paling kecik) :


Teringat aku masa kecik-kecik dulu, kalau dah dekat nak sambut Maulud Nabi, kampung yang anjurkan. Tapi kitorang budak-budak sekolah agama buat grup 3-4 orang pusing keliling kampung kutip derma. Masa tu bawak tabung besar tin Milo paling besar tapi bersalut ngan tulisan jawi dan ada logo sekolah ke jabatan agama ntah aku pun tak ingat dah. Yang aku paling ingat ialah kami dapat beberapa kebat lencana kertas warna putih pun ada logo dan jarum peniti untuk disematkan ke pakaian penderma. Kitorang lak pakai kat songkok.

Sekarang dah lain. Sekolah cuma perlu buat sekeping surat derma dari ibu bapa. Sebelum pakai surat, rasanya sekolah bagi kad derma sorang satu kat budak-budak. Iya lah, masa merubah segalanya...

Ini insiden sebelum kumpulan berarak tu sampai dalam sekolah:
Kuah lauk kambing tumpah daaa...

Ini agihan air mineral dan kuih untuk sarapan lepas berarak...

Kat bawah ni plak... diorang dok tunggu kompang abis, tak abis-abis oleh grup baju biru. Akak-akak dan makcik-makcik grup baju merah tu tak tunggu lama, lepas dapat tapau beransur dah tak tau mungkin ada majlis lain kot:
Sebenarnya grup kompang ada tiga tapi susah aku nak crita kat sini, bagusnya nengok video kat atas tu. Tak lama sebelas minit je.

Kat bawah ni antara para tetamu yang hadir...
Tak ketinggalan tetamu kehormat selain tetamu istimewa:
Sebelum memulakan acara, pembuka tirai pagi ni ialah bacaan doa semoga semua diberkati Allah:
Kat bawah ni mereka yang jadi tulang belakang untuk menghidupkan majlis hari ni. Kalau ikut turutan gambar, gambar no 6 tu kira dah siaple makanan untuk tengahari. Oleh kerana tetamu memang dah dijangka meriah; sambutan kat sini ni agak sukar untuk buat hidangan dalam dulang makan 4 orang macam yang pernah aku ceritakan dalam entri yang lepas.


Satu kumpulan lagi pun sibuk gak dok potong kuih dan buah-buahan:
Inilah dewan yang telah siap diubahsuai dan dapat digunakan untuk acara hari ni. Perasan tak budak-budak cam tak ramai / tak ada?
Sebenarnya diorang ada tempat untuk berkumpul dalam kelas yang dah dikhaskan jadi dewan untuk diorang berehat. Jadi ibu bapa dapatlah mengikuti acara majlis dengan kurang sikit gangguan:

Tudung Merah: Anak saya ramai, ni yang datang seragam ni baru lima orang. Kat rumah pun diorang kirim. Boleh tapau lagi sepuluh ke? Nak lauk yang lengkap ya; acar nenas, korma kambing, kari daging siap ayam masak merah tu boleh ke? Sedap la nasi tadi.
Tudung Putih: Eh, saya pun ingat nak bawak balik sepuluh bungkus gak. Nanti kita tanya ustazah yang jaga nasi tu yek...

Aku tak sempat tunggu sampai tengahari sebab ada satu majlis lagi kat sebelah - Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari. Kat situpun meriah gak dengan pertandingan Al-Qur'an dan Nasyid Peringkat Zon. Nantilah cerita kat lain entri yea...


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

2 comments:

Tulislah apapun, aku baca...