Cerita Yang Jarang Terkini :

Karangan Kedua Sempena Cuti Sekolah

Empayar Utama - Friday, June 24, 2011 : No comments

Sempena cuti sekolah ni jugak, kitorang ke Kota Tinggi amik kad pengenalan anak aku yang tua. On the way balik tu, singgah le kat Ulu Tiram.

Dulu tak de apa pun. Sekarang ni ada mini 'Kota Keriangan' sama je macam kat Genting tu. Dia punya entrance je dah macam entrance kat 'Highland Resort' cuma tak sejuk.

Tempat ni lupa lak aku namanya. Tebrau City Mall kot lebih kurang gitulah. Ada dua bangunan bersambung dengan Giant; siap ada 'indoor games' sama lah macam kat 'First World' Genting tu. Eh! Salah daaa... Today's Mall yang betulnya.

Entrance Entrance

Ada playground depan tangga cinema; dan beberapa bilik karaoke, k-box, icebox x-box, video games, snooker, macam-macamlah...
Karaoke Electric car

Games Games

Games Games
PlayGround

Indoor Water Park. Ini gamba kat luar je:
Indoor_Water_Park Water Theme Park

Ghost House, sama level ngan cinema dan games area:
Ghost house Rumah Hantu
Rumah Hantu

Ini Transformers 3D; memang kena nengok wayang baru best. Hehe minggu depan kot kena pergi...
Transformers

Mungkin ini cerita pilihan untuk diulas kat fesbuk dia agaknya...
Kungfu Panda Kungfu Panda

Ini pun ada 'lucky draw' tau. Hari Ahad (esok) tengahari.
Kena pergi ke?
Kaunter Kaunter

Cinema Cinema

Masih sempat berposing walaupun dalam gelap panggung:
Cinema Cinema


Erk... Ini gamba sebelum cuti sekolah ni. Camana boleh termasuk ntah... Kalau nak cari tempat ni, kena pergi makan kat KFC sebelah terminal bas Larkin:
KFC

Pesanan penaja untuk mereka yang dah berkeluarga terutama para bapa; ambillah sikit masa untuk bersama keluarga walau sibuk macammana pun, atas alasan apapun.

Mungkin agak terlambat, tapi aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Bapa...

Oooo ya sebelum lupa, MBJB ada bagi diskaun sepanjang bulan nam ni. Masih ada belen 4 hari lagi mingu depan; sapa-sapa ada saman tertunggak tu, pergilah bayar... Harga Hari Raya tuuu...




Karangan Sempena Cuti Sekolah

Hai semua. Buat kesekian kalinya aku rasa lama betul tak menulis. Dekat dua minggu dan memang tak sempat nak membalas lawatan sambil berderma kat pengunjung blog dalam tempoh tiga belas hari ni. Betul-betul pening dengan 'job' baru.

Bayangkan, berkotak-kotak vouchers, resit2 dan rujukan yang ada cuma penyata akaun bank selama 6 tahun
untuk aku cipta satu susunan transaksi akaun yang lengkap secara manual. 2,190 hari punya urusniaga pastu tiap-tiap hari bukannya satu transaksi; berasap kepala ni...

Tak pe, aku tak mo 'share' part berasap tu. Ni aku nak cerita aktiviti masa cuti sekolah sebelum dan selepas makan angin kat 'Kolam Sotong' aritu. Buat mereka yang dah berkeluarga, rasanya masa cuti sekolah tulah kan waktu yang paling sesuai untuk bersama keluarga terutama anak-anak. Tak payah gi jauh-jauh, dekat-dekat pun ok apa...

Haaa... Gambar-gambar ni gelap sikit sebab memang tutup lampu bagi suasana rasa cam dalam panggung, tak pun rasa macam tengah malam (walaupun waktu tu pukul 8.30 pagi belum sarapan pun...):

takut takut takut

Dia punya takut sampai tertidur kat riba atuknya...
takut


Ini terang sikit, tak bley buat-buat gelap sebab 'on the way' ke mana ntah.... Tengok betul-betul sebenarnya dia nak nengok cerita tu; itu yang nampak sebelah je biji mata dia...

takut takut
takut takut

Hehe... Inilah cerita yang si bongsu ni nengok:
seru seru


Ini minggu pertama cuti sekolah. Nengok kat gambar pun ada tulisan Jualan Hari Raya jadi beli kain untuk buat baju rayale. Tengah bulan tujuh nanti rasanya tak de kedai dah nak terima tempahan. Kalau ada pun harga dah 'up' dua kali ganda. Sapa-sapa nak hantar kain buat baju gi beli kain cepat-cepat pastu anta cepat-cepat.

jakel

Jakel ni memang penuh betul hari tu. Nak pilih kain kena kuak orang. Rasanya ada cabutan bertuah untuk pembeli hingga minggu pertama bulan Ogos ni.

jakel jakel

jakel

Brader apam balik; brader jagung rebus, bakar dan cawan; brader air posing cantekkk je kat tepi Jakel. Bagus bisnes nih, memang buat duit. Tengok je lah berapa ramai orang kat dalam kedai tu. Itu belum campur belah dalam lagi dan tingkat atas...



Entri Yang Buat Aku Terkejut Beruk

Empayar Utama - Sunday, June 12, 2011 : 6 comments

Gambar beruk/monyet ni aku snap masa kat Jeti Umbai. Banyak betul menyambut para tetamu - tapi tak sampai kat parking lot.

Naik takut budak-budak nak turun dari kenderaan. Paper banyak keluar kes kena gigit dek monyet liar dua tiga menjak ni.

Ok, ok. Terus pergi ke topik sebenar. Pagi tadi tabley tido, jadi aku jenjalan sambil nengok-nengok Innit. Nampakla satu entri tu perghhh - manyak sey dapat vote untuk Nang. Sampai 28 Nangs hanya selepas 4 jam setengah dipos. Itu kira trafik lah tu dan aku memang nak belajar camna nak dapat Nang yang banyak (menunjukkan ramaile orang baca dalam komuniti Innit tu sendiri). Ada dua part sebenarnya dan part kedua ni dia nak bagitu pasal kandungan yang menarik akan buatkan entri dapat banyak vote.

Bahagian pertama dulu pun boleh tahan; sampai 34 Nangs tuuuu - bagitau kena letak tajuk menarik (bukan cam tajuk yang aku selalu buat, silap-silap langsung takde Nang hehe) dan kena pos entri tu lepas pukul 12.01 tengah malam. Pastu kena pastikan dalam setengah jam pertama mesti sempat hantar ke mana-mana laman sosial yang boleh dapat view untuk naikkan vote Nang. Dah macam cerita 'Senjakala' la kan, nak buang saka tu jangan sampai awek tu terjaga kalau tak saka tu akan terus bersebati dalam badan dia.

Ini snapshot yang aku ambik dari profil dia:

Aku jadi heran sebab kalau nak nengok pos Innit dan nak bagi vote memang dah jadi kebiasaan aku pergi ke profil nuffnang blogger tu dulu. Tapi ishhhh... Lari jauh tu figure yang ada kat profil berbanding dengan pos Innit view. Dan aku baca sekali komen yang ada kat entri terakhir, ni dia:

 
(Alamak dia dah delete seyyy komen ni, nasib baik sempat kopipes)

Aku musykillah. Takkan tiap kali dia buat pos akan ada masalah teknikal. Aku tak pernah pulak kena macam ni. Sekali tu ajalah aku dapat Nang lebih 10 sebab tajuk menarik hahahahahah. Iya ke? Yang lain tu ada yang kosong ada yang satu itupun aku sendiri vote (jenis muka tak malu kuangkuangkuang).

Tak percaya? Korang bandingkan sendiri figure profil kat atas tu dengan tiap-tiap Innit view kat bawah ni. Aku amik sepuluh je sebab itulah yang profil dapat tunjukkan:


Entri yang last tu aja yang betul jumlah Nangnya dengan yang ada kat profil tu. Sebenarnya entri-entri sebelum ni pun lari juga. Ada satu entri tu tunjuk dia pergi Sri Pentas pun banyak dapat Nang. Satu lagi aku tengok, profil Nuffnang blogger tu aku kopipes lepas subuh tadi dalam pukul 5.40 pagi. Entri terakhir dia dipos pada pukul 1.07 pagi tadi. Tak kena langsung dengan tutorial atau nasihat atau panduan yang diberikan (kena pos lepas 12.01 tengah malam kan?). Tak ada satupun entri dia tu jatuh pada pukul 12.01 - 12.30! Tipulah. Tak baik tau kencing member-member seblogger ni. Bukan dapat duitpun buat kerja cam ni, tul tak?

Aku belek lagi, dan sebenarnya daripada 29 entri bulan ni (Jun); 4 entri aja yang betul-betul dia punya. Yang lain tu semua jenis kopipes dari akhbar atau majalah. Ada satu entri tu sebab panjang sangat (panjang 3 kali dari entri aku yang memang selalunya panjang-panjang huhuhuhu) Terus je kopipes siap dengan link-link tambahan lagi dalam bahasa Inggeris. Panjang sangat sampai dah tak reti nak translate daaaa. Dan dapat satu kredit link dari Miracle pejal:


Tapi kalau korang nak ikut petua dia, apa salahnya. Mana tau menjadi, dapatlah saka turun temurun nanti. Boleh mintak tolong tarik duit, tak yah penat-penat buat affiliate atau MLM lagi...

Tak gitu? Gitu...



Kolam Sotong...

Empayar Utama - Thursday, June 9, 2011 : 4 comments

Kena mintak maap lagi nampaknya terutama kepada blogger yang datang melawat blog aku sebab aku belum jengah lagi blog korang sambil menderma. 4 hari aku hilang sebab melayan budak-budak ke Telok Kemang/Port Dickson.

Ini tempat percutian yang sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga
maupun 'couple' yang nak berkeluarga.

Memula aku sampai kat sini entah tahun berapa ntah, anak aku gelar 'Kolam Sotong' sebab ada satu sotong besar kat situ. Aku rasa tempat ni tiap tahun aku datang sejak dapat anak ketiga. Maknanya dah lapan kalilah ke sini. Serba serbinya pun semakin mahal nampaknya. Oleh kerana ini kemungkinan besar jadi lawatan terakhir, aku abadikan kenangan yang ada kat sini.

Tiara Beach Tiara Beach
Ini jalan masuk dan lobby untuk pendaftaran. Di dalamnya ada kedai souvenir dan 3 dewan makan di bahagian belakangnya.

Tiara Beach
Kalau bernasib baik, kedatangan korang kat sini akan disambut oleh clown dan belon (dulu free sekarang kena beli).

Tiara Beach Tiara Beach
Lepas daftar, baru boleh lepas pondok kawalan. Kena letak satu tag ada no. bilik dan no. kenderaan untuk mudahkan aktiviti penyeludupan eh keluar masuk, hehe. Kanan tu Pulai Spring Golf Resort yang terletak betul-betul kat seberang jalan menghadap Tiara Beach ni. Biasanya mak budak layan budak, bapak budak layan golf.

Tiara Beach
Kalau keluarga kecik, ambik satu bilik dah cukuple tapi kalau ramai amikle 2 bilik macam kat atas ni. Sebenarnya bilik-bilik kat sini terbahagi dua. Satu kepunyaan Tiara Beach dan satu lagi kepunyaan tuan punya yang dah beli tapi tak duduk dan boleh disewa. Kalau dapat deal baeeekkkk punya dengan owner, dapatlah harga murah berbanding dengan Tiara Beach tu sendiri (Nak murah? Emel aku, eh jangan nanti Tiara marah, hehehe).

Tiara Beach
Aktiviti pertama anak kecik aku: Duduk macam tokey besar makan jajan siap letak bantal kat belakang, dan dengan selamba cakap (dah pandai cakap) 'bukak tv......'.

Tiara Beach
Sebelum lupa, sekarang ni kalau nak mandi kena pakai wrist band ikut kaler. Maksudnya sesi pagi lain kaler sesi petang (lepas tengahari) lain kaler. Kalau tinggi bawah 90cm free.

Tiara Beach
Ini kolam bahagian kanak-kanak aku snap dari tingkat satu. Bagusnya kolam kat sini terletak kat tengah-tengah, dikelilingi oleh semua blok bangunan yang ada.

Tiara Beach Tiara Beach
Haaa... Inilah dia sotong besar yang anak aku dok cakap tu. Tapi diorang (campur yang paling kecik) men kat sini kejap je. Diorang lebih suka gi tempat yang dalam - kat pantai tiruan belah sana.

Tiara Beach Tiara Beach

Kat bawah ni beberapa keping gambar kolam besar, rasanya ada 6 bahagian kolam ni hinggakan tempat ni digelar sebagai 'Malaysia's Largest Inland Sea Resort'.
Tiara Beach Tiara Beach
Ini opposite view beach yang kat atas tu.

Tiara Beach
Siap ada waterfall, dan kat bawah pulak view dari belakang waterfall tu.
Tiara Beach Tiara Beach
Ada part yang dalam 5 kaki dan ada 2 lagi bahagian kolam yang disediakan untuk polo air. Kat bawah ni antara aktiviti dan permainan yang disediakan untuk budak-budak. Mak bapak budak pun bley join happa, tak kisah punya.

Tiara Beach Tiara Beach

Tiara Beach Tiara Beach
Cuba pecah rekod sedia ada kat Tiara Beach dan kat sebelah tu, aktiviti biasa budak-budak kat tepi pantai...

Tiara Beach Tiara Beach
...ada bilik untuk Sand Art dan indoor games, ada bilik untuk video games dan karaoke...

Tiara Beach Tiara Beach
...dan macam-macam jenis basikal yang boleh disewa...

Tiara Beach
Ini Pavilion Stage, ada kat tengah-tengah Pavilion Walk (mula dari bangunan pendaftaran sampailah ke tepi kolam). Dulu tiap malam ada wayang free (bukan 'wayang free' yang kat dalam 'kereta rosak' tu yea) tapi 3 malam aku kat sini satu habuk pun tarak dah...

Tiara Beach Tiara Beach
Gamba kiri belah siang, kanan tu belah malam - tengok lampu kat pokok je... Wayang takde. Tunggule beberapa tahun lagi bisnes dah merudum teruk nanti, balik asal le... agaknya kot...

Tiara Beach
Hehe... Muka Aiman yang kecewa sebab tak dapat ikan bakar. Bukan tak ada, tapi kedai yang ada penuh la pulak. Kan cuti sekolah ni... Aku dah janji makan ikan je kat Umbai on the way balik nanti.

Melaka Melaka
Ini kat Melaka, nek beca dan lepak kat Dataran Pahlawan, sebelum turun ke Umbai. Gamba-gamba yang lain tu rasanya korang dah biasa nengok jadi tak payahla aku tunjuk lagi kat sini.

Umbai Melaka
Uihhhh... Dah bertukar wajah rupanya perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai. Eh iya ke nama tempat ni? Aku agak-agak aja. Kitorang sampai dah lepas maghrib jadi tak nampak signboard pun.

Umbai Melaka
Puteri tersenyum dan Aiman terus buat-buat tak nampak sebab dapat kerang sekilo, pais ikan pari, Siakap bakar, Siakap kukus dan telur dadar. Lauk lain dan sayur tak payah dah...

Umbai Melaka Umbai Melaka

... dan inilah hasilnya...
Umbai Melaka

Cuaca elok tapi ngam-ngam sampai sempadan Melaka-Johor terus ujan lebat bawak sampaila ke Yong Peng Selatan. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke 'Teratak Puteri' tepat jam 12 tengah malam... Penat seyyyyyy.....