Home » » Sekarang Pelik I - Biji Saga

Sekarang Pelik I - Biji Saga

Empayar Utama - Wednesday, July 20, 2011 : 8 comments

Sekadar berkongsi. Bebudak sekarang; aku ambik contoh terbaek - anak-anak aku sendiri buat pertama kali nengok biji saga terus tanya apa tu? Banyaknya... Haaa iniah biji saga memang popula zaman aku kanak-kanak dulu.

Iyalah masa dolu-dolu mana ada enset, gameboy, PS, x-box, komputer. Jadi masa kami kecik-kecik dulu memang main berkumpulan macam tangkap ikan pelaga, tangkap sibu-sibu pakai getah nangka, main getah gundu (huuuuu getah penuh sampai penuh lengan kira menang besar tu...), main ceper, konda kondi, gasing, layang-layang kertas minyak, tangkap belalang, berakit habis 3-4 batang pisang kebun sapa punya ntah, polis sentri, curi asam kundang atas kubur; erkkkk stop..stop... mana bley cerita lebey-lebey.

Yang penting balik rumah lepas maghrib kompom kena rotan. Kawan tak ramai cam kat fesbuk tapi itulah kengkawan ketawa dan menangis bersama zaman kanak-kanak.

Besar dah pokok ni. Ada yang kata pokok tasbih sebab besar biji dia macam biji tasbih.


Bila dah masak, selaputnya jadi kering dan cam nilah rupanya.

Kalau kat umah main jentik jentik sapa kumpul paling banyak dia menang. Kat luar rumah main sumpit guna buluh takpun pakai batang betik je sakit wooo... jangan masuk mata sudah.

Ada yang kata boleh makan, rasa cam kacang kena ketuk biji dia makan isi dalamnya tapi aku tak pernahpun cuba. Petua arwah abah; tengok tabiat binatang. Kalau buah tu tak berusik dan binatang (dalam cerita ni burungle) pun tak hingin... Memang tak bley makanle buah tu. Jadi jangan cobak-cobak ya...

Cuba yang kat atas kanan tu tak pe :)


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

8 comments:

  1. Teringat zaman kecik-kecik main jentik-jentik biji saga kat sekolah!! Ada pokok kat sekolah... ramai-ramai g kutip sampai lupa nak masuk kelas kena marah ngan cikgu besau... hehehee...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. maen sumpit2....suke maen mase kecik2 dulu....hehe

    ReplyDelete
  4. pokok biji saga ade kat depan tabika... tiap kali abis blaja mesti kutip biji2 saga dulu buat main... tp skrg pokok 2 dh ditebang.. =)

    ReplyDelete
  5. @ Ratu Satin; @ Lalalilillulu; @ M.E Z.A.F.I.R.A.H; Nostalgia...

    @ blog-tips-kurus; scroll bawah sikit nampak buah dia hehe (alamak aku tulis ni ada macam sikit 'kuning' ke?)

    @ Anon e-news; @ Aa ; thanks

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...