Home » , » Kasih Ayah Bukan Cerita Raya

Kasih Ayah Bukan Cerita Raya

Empayar Utama - Monday, August 29, 2011 : 17 comments

Isnin 29.08.2011 @ 9.45 pagi: Aku tipu lagi (tipu diri aku sendiri...). Lepas buka dan baca emel dari Rhea Scarlet yang dikirim seminggu sudah; iyalah aku terperasan yang tahun ini tidak ada 30 Ramadhan... Ini berlaku sekali dalam beberapa puluh tahun.

Rhea mengingatkan aku tentang arwah abah yang telah pergi 3 tahun lepas -  30 Ramadhan; esok raya. Aku akui dalam seminggu terakhir banyak artikel yang begitu memberi kesan dan menyentuh hati lelaki aku. Mudah sekali airmata tergenang di kelopak mata walaupun sekadar iklan.

Sesiapa yang terbuka blog aku; di sini aku nak berkongsi sesuatu semoga dapat memberi pengajaran berguna terutama buat diri aku sendiri:


Dan paparan di atas mengingatkan aku akan bait-bait ini:
"...Kasihnya ibu membawa ke Syurga......kasihnya saudara masa berada......kasihnya ayah sanggupkah berpisah......dan kasih anakanda berkorban nyawa..."


Buat pakcik-pakcikku, makcik-makcikku, abang-abangku, kakak-kakakku, adik-adikku, anak-anakku, dan para pembaca;

Hormatilah orang tuamu...

Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin ~ EmpayarUtama



.
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

17 comments:

  1. Kaseh seorang ayah tiada sempadan,
    Kaseh seorang ibu membawa kesyurga,
    Kaseh keduanya membawa bahgia,
    Bagaimanakah kaseh kita kepada mereka,apakah pengorbanan yang kita lakukan demi kebahagiaan mereka walau tidak dipinta.Sayangilah mereka berdua selagi maseh berkesempatan dan dipagi raya nanti,bahagiakanlah mereka berdua sebagaimana mereka dulu cuba membahagiakanmu dihari raya..."Tak apa nak...asal kamu bahagia,kami pun tumpang gembira"

    ReplyDelete
  2. Salam;
    sebagai anak kita selalu lupa tanggungjawab kita kedua ibubapa..sedangkan ibubapa kita tidak pernah lupa tanggungjawab mereka terhadap anak mereka walaupun anaknya ramai

    ReplyDelete
  3. salam ukhuwah.

    mmg perit kehilangan org tersayang..

    11 Syawal nnt genap 14 thn arwah abg meninggal...rs cm bru smlm...

    moga mereka yg mndahului kita, tenang d sampingNYA..

    ReplyDelete
  4. sedih bila teringatkan mak aku.. huwaa..
    slamat hari raya.. :D

    ReplyDelete
  5. hormatilah dan sayangilah ibu bapa sementara mereka masih ada..

    ReplyDelete
  6. Salam...tanggungjawab kita utk berbakti kepada kedua ibu dan bapa. Bukan sekadar memberi duit raya sahaja...

    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  7. Assalam...
    tahun ni je tak raya dengan mamaku sebab aku kena duduk umah mertua sejak sebelum puasa hingga lepas pantang nanti (tapi tak bersalin lagi...)

    ReplyDelete
  8. salam singgah...^^
    tq utk sweet video..
    selamat hari raya..

    ReplyDelete
  9. satu, kasih nan abadi tiada tandingi, DIA yg satu..
    dua, syg berpanjg membawa kesyurga, kasihnya ibu..
    tiga, lapar dan dahaga, rela berpayahan, setianya ayah...=)

    ReplyDelete
  10. wow is't amazing make me sad.. but i am shock . it's promotion buy thai insurance.. hahahhahah

    ReplyDelete
  11. @ Majalah Bisnis Bergaya;
    Errrr, didn't I mentioned it on the third sentence of my 2nd paragraph? It's an advertisement.
    Or maybe you need a translator, try Google then :)

    ReplyDelete
  12. walau di mana kita berada, setinggi mana darjat dan pangkat kita, wajib kita menghormati ibu bapa kerna tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini.

    ReplyDelete
  13. ntah bila akan sy sempat membalas semua jasa2 abah.. baca entri2 EU tntg kasih & pengorbanan seorang ayah buat sy lebih menghargai abah sy yg masih ada. ntah bila pula masenya utk dia pergi.. sy x pernah dpt bayangkan.. :(

    btw, video cinta dlm diam tu; baru suku tengok da merembes air mata ni.. tacing..

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...