Home » » Sekarang Pelik II - Buah Pulasan

Sekarang Pelik II - Buah Pulasan

Empayar Utama - Tuesday, August 2, 2011 : 9 comments

Biasa nampak buah ni? Ini buah pulasan, aku petik sikit dari kampung siang tadi. Belum masak betul lagi.
Tapi sebelum tu aku sedey sikit sebab tak ada yang dapat bagi nasihat atau pandangan untuk anak aku Afrina. Ada aku tulis kat bawah sekali dalam entri sebelum ni. Jadi aku buat kesimpulan scroll box ni sebenarnya tak membantupun kalau entri sesuatu blog tu memang panjang. Tapi tak pe lah. Aku ada jumpa ustaz kat kampung mungkin lambat sikit kot sakitnya nak pulih. Kita sambung balik cerita pasal pulasan ni.

Anak-anak aku ada gak tanya kenapa rambutan ni kulit dia lain? Haaa tu la pasal. Sebab dia bukan rambutan. Nama saintifiknya kena tengok kat wiki; hehehe aku bukan pakar bab nama-nama saintifik ni.
Beza buah pulasan dengan rambutan ni ialah kulit dia kasar dan agak keras sikit. Kalau nak makan isinya kena pulas sebab tu lah agaknya dipanggil pulasan. Rasanya? Manis sama cam rambutan tapi manis yang tersendiri.
Satu lagi dia tak ada selaput keras antara isi putihnya dengan biji; tak macam rambutan. Kalau kita kopek isi rambutan mesti ada selaput bijinya yang melekat pada isi putihnya. Itu yang menyebabkan kita senang batuk kalau makan buah rambutan.Tak ada yang pelikpun sebenarnya buah ni.
Part paling menarik yang aku rasa tak ramai yang tahu; biji pulasan ni boleh dimakan begitu saja (ish macam iklan Roti Gardenia je...). Betul, tak caya cubalah. Rasa dia macam kacang, tapi yang lebih tepat lagi sama je macam kuaci yang korang beli kat kedai tu.
Ha, inilah perbezaan besar antara pulasan dengan rambutan. Kira kalau korang makan atau beli pulasan, dapat dua dalam satu. Minggu depan sapa nak ikut aku balik kampung kita belasah pulasan pulak yea... Kalau nasib baik duku-langsat pun rasanya dah masak tu. Durian? Dah abis, manggis pun sama...

Dan satu lagi, dah lepas sehari kita umat Islam berpuasa, maknanya ada 28 hari lagi (rasanya tahun ni kita berpuasa 29 hari aja) untuk kita sama-sama bayar zakat. Jangan lupa tu...


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

9 comments:

  1. sedap buah ni pulasan ...kat ganu panggil buoh paip ...huhu

    excellence!

    ReplyDelete
  2. ouh..buah pulasan..mcm tak pernah mkn lg..tak pasti..hahha

    ReplyDelete
  3. buah pulasan ni mcm lum pernah makan lagi lah..buah terap pernah makan tak?..hehe

    ReplyDelete
  4. waow! mcm rambutan, wani tak penah pon mkn pulasan ni, nk sikit! hee =)

    ReplyDelete
  5. Arghhhhhh...bila nk poskan kat mak sket??

    ReplyDelete
  6. @ hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock;
    @ Mohd Izzar;
    @ Elih Japahar;
    @ Wani;
    @ lagenda;
    @ M.E Z.A.F.I.R.A.H;
    @ miZz_nizZ;
    terima kasih semua. 3 kilo rambutan baru dapat 2 kilo pulasan (mahalkan?). Tapi senang dapat buah ni. Buah terap x banyak kat Semenanjung; sejenis ngan cempedak & nangka isi putih x banyak getah dan jeraminya. Nampak kat Expo Maha je baru ni.

    ReplyDelete
  7. nampak macam sedap je buah pulasan tu, nak try ler.. hehe XD

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...