Home » » Sekarang Pelik III - Masak Biskut Raya

Sekarang Pelik III - Masak Biskut Raya

Empayar Utama - Sunday, August 14, 2011 : 30 comments

Entri terakhir aku dua hari lepas tak meriah dengan pandangan dari pembaca mungkin tajuk dan isinya berat sangat; tak menarik.

Mungkin juga pengaruh komen aku sendiri dalam entri sebelumnya yang buat pembaca takut nak luahkan pandangan lagi.
Maaflah bunga bahasa aku kasar sangat kot sampai susah orang lain nak tafsir apa yang aku ceritakan. Yang sudah tu sudahlah. Bukak buku baru ajalah yea...

Setahun sekali, biasanya lepas 15 hari puasa; mak akan keluarkan oven antiknya untuk masak biskut (kuih raya). Nak tengok betapa antiknya oven tu, haa tengok kat bawah ni. Jarum temperature pun dah patah:
Berhabuk dan dah mula timbul karat sana sini tapi sejak aku kenal dunia; inilah oven yang mak gunakan setiap kali nak sambut raya. Arwah abah akan bersihkan dulu, lap dengan minyak mana yang patut sebelum boleh digunakan untuk memasak biskut-biskut raya.
Untuk alas susunan biskut dalam oven; arwah abah akan potong tin biskut dan dibentuk empat segi tepat biar ngam-ngam muat dalam tingkat-tingkat oven kami tu. Nama mudahnya ialah 'loyang'. Tapi lepas abah dah tak ada, kami gunakan loyang yang terakhir abah buat 5 tahun dulu. Masih elok lagi kan?
Bukan tak ada yang moden tapi mak lebih selesa guna oven kesayangannya ni. Kat sini tak ada gambar biskut nak aku tunjuk. Kalau nak nengok biskut-biskut raya, blog lain manyakkkkk..... Hehehe.....

Apa-apapun; Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin dari EmpayarUtama

.
related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

30 comments:

  1. bro...ak pn ade jgk oven lama mcm nie..siap boleh guna lg..papepn nice share.. follow me kt site nie yer http://afca19heaven.blogspot.com/ ..thanxx :)

    ReplyDelete
  2. nice post! banyak kenangan oven tu ya

    ReplyDelete
  3. @Ayie;
    @kblogger;
    mak kata dah lebih 45 tahun dah oven tu masih boleh guna lg nih...

    ReplyDelete
  4. wow..oven lama tu..tapi masih boleh guna ek..

    kat rumah saya pun ada..tapi dah rosak..huhu..ganas sangat pakai agaknya..hihi..

    ReplyDelete
  5. We still have that in mak's house...cuma, mak dah tak guna coz she's too old for baking i guess...

    i pulak malas nak control api dia...

    ReplyDelete
  6. oven lama bila bakar kueh raya pasti cantik jadinya... bau pon harum...

    ReplyDelete
  7. nenek sy ad oven nie..
    pakai oven lme nie biskut masak sepenuhnye..

    ReplyDelete
  8. Salam;
    Barang lama memang patut disayangi..telah terbukti jasa2nya..

    ReplyDelete
  9. @AIEN NOT ALIEN;
    @RHEA;
    @syiela;
    @simanis;
    @Green Apple;
    @Noor Azeerah;
    @yusuf Laili;
    biasanya oven ni tenggek atas dapur minyak tanah (sumbu banyak). Mak mula buat kuih nanti 3 hari lagi nak raya. Ni keluarkan buat standby je dulu nak bersihkan mana yang patut...

    @Mohd Izzar;
    hehe dulu mak siap amik upah buat biskut raya tapi sekarang tak dah...

    ReplyDelete
  10. kat rumah aku ada oven ni satu..still elok lg..jarum suhu pon lom patah lg...tp jarang nmpk org pkai oven ni skrg

    ReplyDelete
  11. @ku-cit;
    @awelalala;
    memula malu gak nak kongsi, tp apa salahnya kannnn :)

    ReplyDelete
  12. ini da cukup menarik..oven yg sangat2 antik..45 tahun.. wohoho... dulu kini selamanya dia berkhidmat.. how sweet ur mom.. setia.. i loike!

    ReplyDelete
  13. mak bulan dok ada lagi oven ni..elok lagi..^^

    ReplyDelete
  14. @A Crack Mirror;
    iya la memang antik. Nanti aku spray 'flat black' jd baru semula hehehehe

    @cik bulan;
    Kalau boleh guna, baik gunakan; setaun sekali je (ala macam lagu raya tu jugak)

    ReplyDelete
  15. fuh.. dulu2 penah pake oven nih mase nak wat kuih raya.. memang antik punya lah..hihi..pake dapur gas agi..=)

    ReplyDelete
  16. wow, oven ke ni. ingatkan almari tadi. huhu

    ReplyDelete
  17. mak aihh...antik gler, lau jual kat muzium mau beribu..hehe
    ni pakai letrik gak ker...?

    ReplyDelete
  18. @Bluewendy;
    @Xavi De;
    dulu bubuh atas dapur minyak tanah. Tp sekarang senang letak atas dapur gas je...

    @Muhammad Burn; alamak... memang oven nih; buat kek pun x bentan naik cantik je hehe

    ReplyDelete
  19. THANKS BAGI TAU PASAL WIDGET TU...I TAK PERASAN:)

    ReplyDelete
  20. THANKS BAGI TAU...I TAK perasan ada widget menyemak kat situ:)

    ReplyDelete
  21. wahhh! a bit excited kot. first time kot aku tengok gambar oven lame <---jakun. hahaha. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  22. mokcik pun ada oven ni.. seb baik leh pakai lagi.. huhu

    ReplyDelete
  23. @faTIN NORALBAniaH__baniE;
    aku dah return... dah bley tekan hehe

    @Nur Hamizzah;
    makasih - nantikan Sekarang Pelik IV mesti tokojut punya...

    @mokcik-ann;
    hehe nnt kita buat open tender mana tau harga lebih mahal dr oven terkini

    @Noor Azeerah;
    dengarnya mak nak buat biskut Quaker Oat ngan Cornflakes nanti aku pos ke Ledang hehe

    ReplyDelete
  24. hebat, orang dulu2 memang kreatif kan...hehe..nostalgia ^^

    ReplyDelete
  25. empayar utama,,,nak tanye ler....aku xbuley ltak large rectangular nuffnang dkt post2 aku ni....mcm mana ea??reply dekat blog aku k?takot tak perasan:)
    thanks

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...