Suasana Di Stesen Bas Kisah Seram UUM: The Untold Story Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!! Alamak Nazir Datang Melawat Aku Tak Mampu Menahannya... Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^) Koleksi Gambar-Gambar Panas
Cerita Yang Jarang Terkini :

Mengaku Sebab Dah Kena Dua Kali

Empayar Utama - Sunday, October 30, 2011 : 54 comments

Alamak! Alamak! Kena Tag lagi. Sari suntuk dok mikio camna nak buat aaa... Terencat terus blogwalking lepas nengok komen Lai Qma (adus pasal aku pun kena nih?). Sebelum ni da nampak kat blog BlueiceButterfly tapi sebab dia tak remind aku, aku buat derk aja. Blog lain aku tak pasti hehe...

Bagus gak sebab dapat sambil bagi
promosi percuma. Mesti support kengkawan. Syarat-syarat dia senang, aku je yang buat jadi susah hahahahah :

• Tak boleh tag semula orang yang sama!

• Masukkan semua peraturan ni (rules) dalam entri

• Pilih sebelas orang untuk ditag dan letakkan link diorang dalam entri

• Pergi blog/page mereka; bagitau yang kamu dah tag diorang

• Korang kena pos 11 perkara pasal diri korang (ikut sukalah) dalam entri

• Jawab soalan yang telah di set / diberi oleh tagger; dan buat sebelas soalan kepada mereka yang ditag untuk diorang pulak jawab.

Ini 11 perkara tentang aku:

~ Hensem (Empayarutama like this) ~
~ Berbintang bintang Pisces ~
~ Rambut dah panjang separuh badan ~ Eh lupa - aku lelaki ~
~ Selalu mengalah aja ~
~ Kerja tapi macam tak kerja ~ tak minat bola ~
~ Pernah tersenarai dalam Top 11 Terkaya Di Malaysia; tak caya cuba tengok sini ~
 ~ selalu buang duit men golf (kalah manjang pulak tu) ~
~ Dah berkeluarga takot nak tambah lagi lepas buat entri Dah Sampai KL Pun ~
~ Gila komik Hong Kong dari zaman itam putih ~
~ blogging suka-suka je hehe ~


CepuEmas dari Lai Qma untuk aku jawab:

1. nama penuh ? Empayar Utama

2. umur ? 35

3. single 0r taken (state the name) ? Taken but available hahahahah (Ikin Konichiwa)

4. blajar lg ke dah keje ? Belajar, keje

5. favourite quotation ? Kuangkuangkuang kuang ajor tul haku nih...

6. pendapat ttg bl0g lai (jujur k) ? Blog cantik orangnya blom nengok lagi. Kasut kat header tu kalu kena pala haku mesti senoneng punya

7. pendapat ttg lai (jujur k) ? Sejujurnya aku tak tau. Bila kita nak date?

8. blog yg plg korg suke ? Blog aku le... Tiap hari aku bukak

9. sbb pe ske blog tu ? Entahle, sebab aku masih tercari-cari camana nak bagi lagi simple

10. myvi or civic or savvy =.=' ? Civic

11. suke tak kne tag2 ni ? haha Jawapan aku: Cam hampeh larrrr...


CepuEmas dari BlueiceButterfly untuk aku jawab pulak:

1. Suka tak join contest or apa2 yang blogger selalu buat tue?best? Takat ni cuma join satu segmen je LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST??

2. Kenapa buat blog? Memula ingat nak kongsi tempat-tempat menarik last-last jadi rojak hahahah

3. Blog yang macam mana selalu jadi pilihan nak singgah? Semua sama je, janji bukan cintan-cintun

4. Blog kesukaan yang wajib singgah hari2? Blog aku le... Tiap hari aku bukak

5. Apa pendapat tentang blog nie? Entahle, sebab aku masih tercari-cari camana nak bagi lagi simple

6. Kenangan paling best dalam berblogging? Blom ada... baru lagi ni...

7. Apa impian 20 tahun akan datang? Dok goyang kaki takyah kija duit masyuk paling kurang lima ribu sebulan hehe

8. Antara mak dan ayah mana paling rapat? Terang cakap mesti la mak

9. Azam tahun depan dah ada??apa? Azam tu apa... Nama orang ke?

10. Hobi masa lapang? Hobi manyak tapi mana ada masa lapang

11. Marah tak nama ditag oleh saya?hehe :) Jawapan aku: Cam hampeh larrrr...


Jeng jeng jenggggg, meh aku tag...

aiEz
simanis
BulatMata
Remyhazza
Afzalsukasuki
Selendang Merah
Aien Not Alien
Melatiqistyna
Ratu Satin
Zakia
hyz

Tahniah buat mereka kerana telah ditag oleh haku. Nanti isi borang claim Keychain AngryBird dari EmpayarUtama yea :) (selagi stok masih ada)

Soklan-soklan Sehati Serasa dari aku :
1. Nama penuh siap tarikh lahir ?

2. Nama suami/isteri/laling tersayang
(letakle gamba) ?

3. Entri terbanyak dalam sebulan ?

4. Entri tersikit dalam sebulan pulak ?

5. Pendapat tentang blog EmpayarUtama ?

6. Blog feveret ?

7. Sebab apa suka blog (feveret) tu ?

8. Apa yang pertama kali dibuat bila buka sesuatu blog (contoh: terus tekan follow; terus cari shoutbox) ?

9. Kalau tak berblogging sekarang ni, rasanya nak buat apa ?

10. Berapa lama masa diambil lepas baca entri nih untuk buat entri korang pulak, hahahahah jawab ?

11. Soalan tak boleh lari nih: Apa rasa bila kena tag ?


Blog Hilang Huhuhu

Empayar Utama - Saturday, October 29, 2011 : 26 comments

Biasanya aku blogwalking melalui Shoutbox sendiri; ikut senarai followers; dan dari komen-komen yang diterima. Pastu bila dah sampai ke blog seseorang tu; kalau rajin pun ulang buat camtu juga.

Ada juga la masuk blog orang lain berdasar link yang diberi dalam entri blog yang aku baca. Jarang aku jengah melalui pakcik Google atau twitter
maupun fesbuk (bukan tak ada cuma kurengle; sebab aku ni kengkadang je online).

Semalam tengah blogwalking terkejut bila nampak paparan camni:
Alamak! Ini antara blog yang rajin aku jengah; biar betul. Sebenarnya blog diorang idup lagi cuma ialah selalunya mungkin sebab nak cepat blogwalking; taip link kat shoutbox tak check betul-betul terus tekan shout kuarlah cam kat atas tu. Ni ha blog diorang, pergile visit:




Banyak lagi sebenarnya link yang ditaip tak betul tapi sebab kengkawan; aku cuba satu persatu betulkan sendiri link yang diberi hanya nak nengok apa cerita entri terbaru.

Bagi aku; ini antara cara aku promot blog kengkawan ikut cara aku. Rasanya belum banyak aku buat entri pasal blog kengkawan tapi tak delah ceritakan pasal blog dia berbunga-bunga ke; apa ke. Selain dari yang kat atas tu selalunya aku masukkan berdasar kandungan entri yang relate dengan entri aku.

Ini ada satu lagi kisah.. untuk dikongsi ketika bosan.. (Aku terima dari Rhea Scarlet dua hari lepas) siapa yang dah pernah baca, anggap je siaran ulangan..:

Pada suatu tengah malam, telefon di rumah seorang pustakawan telah berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.

"Jam 9 pagi, encik. Ada masalah apa encik menelefon saya tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi kehairanan.

"Boleh tolong buka lebih awal?" pemuda itu memohon penuh pengharapan.

"Tidak! Perpustakaan tidak akan dibuka sebelum pukul 9 pagi!" pustakawan menjawab dengan nada yang agak tinggi.

"Tapi, saya minta tolong sekali ini je.." rayu pemuda tersebut.

"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu pukul 9 pagi?" pustakawan menyoal dengan nada yang berang.

"MEMANGLAH PENTING! SAYA TERKUNCI DALAM PERPUSTAKAAN NI. SAYA MAHU KELUAR SEKARANG!" Jawab pemuda tersebut.....


^_^ ahahahahahah ^_^

Jiran Yang Prihatin...

Empayar Utama - Friday, October 28, 2011 : 31 comments

Ada saudara aku duduk kat perumahan rumah murah setingkat. Biasalah rumah murah jalanrayanya agak sempit. Masa aku singgah minggu lepas dia dok betulkan dapur gas panggil technician datang ngan lori park depan rumah. Dah namanya lori lerlebih sudah ke laman jiran. Doploh minit pastu jiran sebelah balik agak kelam kabut nak park keretanya dalam rumah (macam tak berapa pandai nak adjust sendiri nampak...)

Akupun panggillah brader tu mintak dia alih lori
kat bawah pokok belah depan sikit sebab aku tau tuan rumah yang belah sana tak de kenderaan. Brader tu pun start enjin siap kata 'mintak maaf ya pakcik' kat jiran sebelah. Apa pakcik tu jawab? "Parking lori jangan pentingkan diri sendiri aja!" dengan nada yang agak keras. Aku yang ada kat situ naik malu terus masuk dalam rumah... Aku fikir 'minta maaf' tu ayat terbaik untuk sejukkan hati orang.

Oh, oh, lupa. Gambar atas tu tak de kena mengenapun dengan entri ni saja je letak sebab aku suka.

Dulu, aku uruskan extension dapur sedara aku nih. Dapatle 2 tukang; untuk pecah dinding dapur belakang. Batu-batunya kena longgok depan rumah dulu sementara nak abiskan kerja pecah batu dalam 3 hari kot; barule boleh buang sekali jalan je naik lori. Masuk hari kedua pecah batu; jiran (pakcik tu le) boleh kata "Budak kontrek ni tak ada otak ke buang batu depan rumah..." Alammmakkkkk aku rasa dia belum tambah dapurlah sebab tu dia tak tau benda tu kena abiskan dulu baru angkut buang tempat lain. Sudahnya aku pesan kat brader tukang tu; buang jelah guna kereta. Dua hari angkut batu guna kereta satu hari kena 3 trip terbarai kereta jadinya.

Tanya gak dengan sedara aku tu, 'boleh tahan yea jiran awak' dia bagitau - pakcik tu ok cuma mulut dia je yang tak ok. Kena tahan ajalah...

Aku tulis ni bukan apa; cuma sama-sama tumpang simpati kepada Ayie Suhari lepas aku baca entri blog dia sepuluh hari lepas: Saya Dalam Proses Pembelajaran Juga. Nampak cam ada persamaan je bila seseorang tu datang buat kerja dan dipandang terlalu kecil oleh orang lain yang anggap diri sendiri besar...

Pergile jengah, takpun tekan je banner ni:

Er, korang suka tak jam ni?




Sekarang Pelik IV - Tombong Kelapa

Empayar Utama - Wednesday, October 26, 2011 : 31 comments

Benda ni agak popular di kalangan mereka yang tinggal di persekitaran kampung dan yang berumur 30 tahun ke atas. Rasanya susah dah nak jumpa tombong kelapa ni sebab arus kemajuan yang membuat hidup kita semakin mudah dan selesa untuk segalanya.

Tombong kelapa ni boleh dijumpai di dalam kelapa. Isirong kelapa yang putih pula diparut dan kemudian diperah dan dapatkan santan. Kalau di kampung-kampung santan dari buah kelapa sebenar digunakan untuk memasak tapi
sekarang dah siap tersedia santan segera baik dalam bentuk cecair maupun serbuk. Santan segar dalam peket plastik pun ada jual.
Cecair santan dalam kotak dan kanan tu santan dalam bentuk serbuk

Untuk mereka yang pandai memasak; ada juga alternatif jika tiada santan kerana boleh diganti dengan susu cair cuma ketahanan masakan berbeza. Ianya lebih jimat berbanding harga santan.

Sebab itulah susu cair selalu digunakan dalam majlis kenduri kendara kerana dimasak dalam kuantiti yang banyak; dan kalau tetamu bawa balik 'nasi berkat' lauknya basi tengah jalan tak sempat buat makan malam pun. Haha cam tukang masak boleh masuk Chef Malaysialah.
Erkkk dah lari topik pulak. Camana nak tau dalam kelapa tu ada tombong atau tidak? Haaa untuk mereka yang tinggal di taman, pekan atau bandar pergi kedai runcit yang ada jual kelapa. Tengok di luar tempurungnya kalau ada punat putih tu haaaa adala tombong kat dalam tu. Besar kecik saiznya pun boleh di agak berdasar saiz punat yang terkeluar kat luar tempurung kelapa tu.

Kelapa belah kanan dalam gambar sebelah ni ada tombong di dalamnya.
Aku suka makan tombong kelapa ni. Apa rasanya? Lembut berlemak dan agak bergabus sikit, lebih kurang je cam rasa jambu air yang merah tu. Lebih besar tombongnya lebih lembut tetapi semakin tawar lemaknya. Itu dulu, sekarang mungkin tak popular lagi dah.


Dah Sampai KL Pun

Empayar Utama - Monday, October 24, 2011 : 34 comments

Dulu polis pernah merajuk tak jaga trafik sebab isu apa ntah, aku pun dah lupa. Pastu dalam dua minggu lepas ada notis gangguan elektrik kat kawasan tertentu. Tapi macam tak ada 'collaboration' antara Tenaga Nasional dan polis trafik. Sudahnya simpang empat berlampu isyarat sesak teruk. Dan dua hari lepas nak balik kampung siap ujan lagi tempat yang sama pun takde lampu isyarat. Mana encik pulis?


Gambar-gambar kat atas tu sekitar pukul 3.30 petang. Jarak JB-Pontian cuma 65 km kalau bawak 65km sejam boleh sampai dalam sejam aja kan? Kat bawah ni dah gelap tapi baru sampai Pekan Nenas. Jem teruk sebab eksiden 6 kereta kat Lebuhraya Skudai. Kena pulak depan aku; ish rasanya macam tak boleh kot:

Dahla ujan blom berenti betul; lori pulak tak bertutup nampak ekor cam kenal aja. Kena samak ke kereta aku bila sampai Pontian? Hampeh tulla...

Tak pe, kita sedapkan hati baca cerita lawak yang aku dapat dari Rhea Scarlett 4 jam tadi :

Dialog antara sepasang suami isteri.. suami bercadang nak buka cawangan baru.. ^_^

Suami : Lelaki kalau kawin 3 barula betul..

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba fahamkan ni, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" is three (isteri). Betul tak?

Isteri : Tapi abang kena faham juga tentang "singular" dan "plural".< Suami : Cemane lak tu? Isteri : Kalau satu "Singular", kalau dua atau lebih "Plural".

Suami : Apa kaitannya?

Isteri : Satu kereta = car sebagai singular, dua atau banyak kereta = cars sebagai plural.

Suami : Ooooh… tambah huruf "s" untuk yang plural.

Isteri : Pandai pun. Jadi, sama juga la untuk abang. Satu isteri abang MAMPU, jika dua atau lebih isteri dah jadi plural, tambah "s", maka abang MAMPUS.




^_^



Takotnyer haku...


Semalam Yang Ceria

Empayar Utama - Saturday, October 22, 2011 : 21 comments

Pagi semalam ok burung pun meriah berkicauan. Lepas hantar anak gi sekolah, singgah beli paper. Parking penuh depan kedai jadi letak jauh sikit tak kisahlah menapak. Anak kecik sempat pesan "Super Ring", kedai satu je baru bukak. Cari, cari, takde daaa. Beli paper patah balik ke kereta dia kata takpelah tapi nak "Twisties Perisa Ayam". Amboiiii betul-betul jadi puan besar.

Aku ikutkan juga patah balik cari. Takde jugak. Patah balik bagi duit kat dia gi beli sendiri apa yang dia nak sebab aku memang tak pandai beli jajan-jajan ni. Merajuklah pulak ekeleeeeee.....

Sebenarnya hati ada sikit tak syiok sebab sebelum ke sekolah pagi tu kena singgah rumah baby sitter dulu;
hero aku tertinggal songkok. Hampeh tulla.

Settle semua, pukul sembilan lebih akupun cabutle gi opis. Dua hari lepas bawak balik kompeninyer cek bukak dekat 80 keping untuk payment bulan sebelas nanti. Aku suka kerja advance (bukan advance duit aaa) jadi tiap-tiap bulan baru memang takde orang kejar aku pasal payment lagi dah. Eh ini tips ke?

Pukul doblas orang rumah tipon bagitau si kakak last minit nak ikut pergi perkhemahan. Bas bertolak kul dua lepas semayang Jumaat satu benda pun tak pack. Adus! Happa lagi balik le on the way singgah sekolah mana tau kot dia tunggu. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai abis dah budak sekolah sesi pagi balik semua. Hallemakkkk kena gi rumah baby sitter lagi... Takpe lah anak-anak punya pasal, ikutkan je. Dah siap pack apa yang patut; hantar balik ke rumah baby sitter on the way nak ke masjid. Ingat nak ajak sekali si hero aku semayang Jumaat pastu baru dropkan dia kat Sekolah Agama.

Dia pulak bagi tau tertinggal baju perkhemahan kat rumah. Hadoilaaaa kena patah balik rumah lagi pastu kena ke sekolah kebangsaan dia pulak nak simpan baju tu dalam beg (awal pagi dah tinggalkan beg kat bilik guru lelaki). Sudahnya semayang Jumaat aku ke laut. Disebabkan dah terlanjur ke sekolah, aku terus aja gi opis semula. Bolehlah cuci mata tekel-tekel operator hahaha. Tak sampai dua jam pastu orang rumah tipon lagi bagi tau Aiman kena tinggal bas dok sorang sorang kat sekolah. Haru betullah. (Eh lupa lak bebudak ni ada aktiviti perkhemahan minggu ni. Masa anta beg baju tu aku sembang ngan cikgu diorang kata ada 3 kereta akan tunggu dan bawak anak-anak yang bersekolah agama jadi diorang pergi kemudian). Minggu ni minggu peperiksaan sekolah agama so takde can le budak-budak tu nak ponteng.

Sampai depan sekolah; mak-mak budak sesi petang ada dua tiga orang siap bagitau si Aiman meleleh-leleh air mata kena tinggal sensorang kuangkuangkuang kesiannya... Sebenarnya ada cikgu pompuan tunggu tapi kat mana wayar short aku pun tak tau sebab katanya beg-beg kena kumpul kat bilik guru pompuan. Ikut senarai ada sepuluh orang ambik piksa sekolah agama tapi yang lain tu tak nampakpun batang idung. Patah balik patah balik perjalanan aku dah ngalahkan teksi. Penat seyyy sudahnya nilah dok menaip haha blogwalking semalam terus ke laut...

Eh, baru perasan Satu Pagi yang Ceria dulu pun hari Jumaat laa...


Aku Yang Tak Berapa Ikhlas Agaknya

Empayar Utama - Thursday, October 20, 2011 : 26 comments

Hari ni aku cuba buat entri pendek, kalau jadi terpanjang sori lagilah yea. Sekurang-kurangnya aku cuba.

Kita selalu nampak orang bagi sumbangan berbentuk replika cek. Tapi kenapa yea sumbangan tu berbentuk replika cek dan ada orang salam-salam, ada beberapa orang kat keliling senyum-senyum, ada majlis, ada jurugambar, dan yang paling penting nak tayang gambar tu?

Aku terfikirkan benda-benda ni:

a. Sumbangan tu memang ikhlas
b. Peruntukan dah ada jadi kena bagi tapi mesti dalam satu majlis
c. Dalam aturcara; ianya antara acara kemuncak biasanya sebelum penutup tirai
d. Penyumbang nak tambah popular takut orang tak kenal pulak nanti
e. Gambar sebagai bukti ada sumbangan takut jadi isu politik
f. Gambar sebagai bukti ada sumbangan boleh dapat rebat cukai
g. Nak dapat puji-pujian, jadi a. tu tak terpakailah wakakakakak
h. Aturcara majlis dah ada, kenalah buat camtu hahaha
i. Memang kena formal, takut penganjur atau pihak lain songlap sebahagian duit tu
j. Aku dah tak boleh fikir yang lainlah


Sumbangan di majlis perkahwinan selalunya ada buah tangan untuk di bawa pulang. Ni gamba kat entri Di Sebalik Majlis Perkahwinan Anak Bongsu Pak Lang

Tapi kalau memang tak boleh nak elak; takat tunjuk gambar lebih kurang camni takkan tak boleh kot?

Sumbangan besar selalunya kena buat majlis. Majlis tu pulak makan belanja ribu riban. Sekarangkan zaman IT apa salahnya transfer je sumbangan tu takyah buang duit buat majlis (duit majlis tu duit sapalah yea?). Hantar wakil ke pejabat aja pun boleh apa.

Agaknya sebab tulah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ada perkataan 'sumbang' dengan dua maksud. Tak percaya cuba gugel kat Wikikamus.

Boleh berubahke; entahle...


Serius, Aku Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa

Empayar Utama - Monday, October 17, 2011 : 57 comments

Ok cukuple dua entri mengarut pasal ulasan wayang. Tapi terus terang aku bagitau, dua hari aku dok fikir tajuk yang sesuai untuk entri ni tak de yang berkenan. Last-last aku biarkan camtu aja. Dahtu baca pulak entri Afzalsukasuki tentang Siapa Kata Rakyat Malaysia Malas Menulis?? buat aku jadi malu sendiri.

Kat sini ada dua benda aku nak tanya,
jangan ambik ati aaaa. Pertamanya; korang termasuk dalam golongan mana?

a.





b.




c.





d.



e.




f



Blogger yang follow bila nampak orang lain follow blog dia; dalam erti kata lain nampak ada follower je terus follow balik. Entri blogger tu tak baca pun. Kengkadang terbuat ayat follow me I follow you back (macam you jump I jump)

Blogger yang baca entri (dan mungkin beberapa entri sebelumnya) baru buat keputusan nak follow ke tak nak. Tapi sapa-sapa follow blog dia – tanpa segan silu akan follow balik

Blogger yang nengok muka mamat ensem atau awek cun kat kolum follower blog orang lain; pastu jadi follower mamat ensem atau awek cun tadi dengan harapan diorang follow dia balik (hehe serius aku dulu buat camni - buat happa malu nak ngaku)

Blogger hati batu betul-betul memilih untuk follow blog orang lain sebab minat entri blog yang dibaca. Tak peduli orang lain follow blog dia ke tidak

Blogger yang tak nak fikir langsung pasal follower dan blog sendiri pun tak letak kolum follow tu. Tapi boleh bagi komen kat pos entri. Agaknya niat dia nak dapat backlink kot, boleh dapat ke camni?

Blogger yang satu mende pun tak de. Follow tak; kolum untuk orang follow pun takde; nak komen entri pun tabley. Senang cakap konon-konon personal diary tapi publish kat public.

Keduanya; pasal shoutbox (senang cakap ruang sembang tanpa perlu bagi komen kat entri tertentu):

a.







b.


c.


d.




e.



f.



Blogger yang menyinggah kat shoutbox takat nak bagitau dia ada singgah pastu pergi ke blog lain pun buat camtu. Dia harap mereka pasti datang balik dan trafik dia naik mencanak. Peduli apa dengan entri blogger yang dia singgah. Tu yang tak sampai satu minit boleh terjah sampai 20 blog (jangan tipulah mesti ada kan?)

Blogger yang baca entri pastu baru tinggal jejak kat shoutbox. Tak komen pun kat entri tu

Blogger yang baca entri, bagi komen baru tinggalkan jejak.

Blogger yang baca entri, bagi komen tapi malaslah pulak nak tinggalkan jejak (yang ni rasanya paling kurang. Gila apa; inikan salah satu cara untuk visitor lain nampak link korang tu)

Blogger yang tak pasangpun shoutbox tapi tinggalkan jejak kat blog orang lain tak kisahlah melalui komen, shoutbox, atau jadi follower.

Yang ini lagi best – blogger yang rajin baca entri tapi buat derk je. Tak bagi komen, tak follow dan langsung tak tinggal jejak kat shoutbox blogger yang dia singgah tu. Perghhh silent reader nih.

Kat atas tu ada antaranya cara-cara tambah trafik ikut budi bicara masing-masing. Cuma aku fikir follower tu kurang pentinglah. Ianya akan bertambah sendiri tanpa dipaksa. Sebenarnya kita kena rajin maksud aku - rajin lawat blog kawan-kawan lain dan tinggalkan jejak di shoutbox atau komen di ruangan komen. Tak semestinya blog sendiri mesti ada entri baru tiap hari.

Ini analisa seminggu. Nak malu apa unique trafik banyak tu je, dah blogging pun suka-suka

Biasanya melalui saluran percuma untuk ping atau melalui search engine akan makan masa untuk blog kita dijumpai pembaca. Mungkin ok kalau ping kat group blogger yang ada. Kalau follower agak ramai tapi tak rajin pun purata tiap hari akan dapat sepuluh-duapuluh trafik aja. Itu pengalaman yang aku dapat kongsi.

Bukan apa, aku tertarik dengan satu segmen Jom Cari Follower (dah abis dah segmen ni, tapi nak baca klik aja kat hyperlink tadi atau banner bawah) yang terima dekat seratus komen untuk entri itu sahaja. Antara komen-komen tu; aku bersetuju dengan Paris Lipton dan Elih Japahar yang tidak mementingkan follower tetapi mencari pembaca.

Promosi percuma buat blog Rilex’s Sebentar

Dan aku suka kongsi apa yang ditulis oleh Yana Halim dalam blognya Cerita Bahagia di bawah tajuk Mana yang Paling Nikmat menjadi seorang BLOGGER? Jadi boleh tak aku simpulkan yang ratusan malah ribuan followers tak menjanjikan trafik yang diingini kerana apa yang penting ialah pembaca yang setia – itulah follower sebenar.


Young & Dangerous vs 24

Empayar Utama - Saturday, October 15, 2011 : 15 comments

Sebenarnya koleksi cerita Cina aku lebih banyak dari cerita Melayu atau omputeh. Cerita Melayu tu orang rumah aku je rajin layan. Tapi walau cerita Cina, aku tetap memilih bukan pakai sapu je. Kalau jenis yang tak de alih bahasa atau sub-title Inggeris; aku akan ulang tengok sampai aku faham ceritanya. Ntahapahapalah

Bantuan Dari Naruto

Empayar Utama - Friday, October 14, 2011 : 16 comments

Tempoh berkabung 40 hari dah habis. Aku bukak buku baru yea. Yang sudah tu sudahlah. Khas buat yang ambik PC aku tu; kalau niat untuk buat belajar; aku halalkan semoga ilmu yang diperoleh menggunakan PC tu diguna sebaik mungkin. Prinsip aku rezeki tak ke mana, akan ada rezeki yang lebih baik nanti insyaAllah. Terima kasih

Sekadar formaliti, iya ke?

Empayar Utama - Wednesday, October 12, 2011 : 25 comments

Bila kena batang hidung sendiri baru padan muka aku. Maaflah ya dekat dua bulan sunyi takde cerita. Yang betulnya laptop 'cari makan' aku kena rembat masa raya kelima (Sabtu 3/9/2011). Memang aku tak sangka hanya kerana percaya pada insan bergelar manusia. Kira aku cuai lah.
Walaupun aku dapat hubungi individu-individu terlibat, tapi tak ada bukti dan masing-masing tak mo ngaku. Siap dua antara individu tu ajak runding pulak pasal laptop tu. Terbakar betul. Jadi selepas bagi peluang selama 24 jam; petang Ahad tu aku terpaksalah buat laporan polis. Bukan apa cuma macam yang aku cerita dalam entri-entri yang sudah – aku kerja kat rumah dan laptop tulah 'kerja' merangkap periuk nasi aku. Aku kehilangan kontrak kerja dua syarikat sebab semua job-job aku dah programkan dalam laptop. Jadi kenalah pergi
ke ofis tiap-tiap syarikat untuk aku buat kerja. Masalah timbul bila aku cuma sempat pergi ke 2 tempat je; 2 lagi tak sempat. Hampeh tul. Beli laptop lainpun kena ambik masa juga nak buat semula program untuk semua 4 kompeni tu. Dokumen peribadi ke, password ke tolak tepi dulu. Barang-barang kerja lebih penting. Panas betul, memang hati aku panas.

Yang herannya banyak lagi barang lain dekat hall tu diorang tak minat pulak. Laptop aku juga yang diorang nak.


(Kenapalah tak nak amik 2 bijik PSP tu; atau LG Card Reader sekali ngan Pendrive, Motorola dan NOKIA enset; atau Pioneer Car Audio (DVD upgraded siap dalam beg kertas tinggal angkut je); Clarion Car Audio (pun DVD upgraded) ke; tak pun set SONY Home Theater Player?)

Ok meh aku kongsi apa yang aku nak cerita sebenarnya. Sebelum tu mintak maaf dulu kepada encik polis dan siapa-siapa yang ada pertalian dengan pihak polis yang baca entri aku. Bukan nak burukkan polis macam Guan Eng tapi sikap segelintir yang jadi barah dalam pasukan.

Camni ceritanya: Pertamanya terima kasih kepada pegawai penyiasat yang sudi ambik kes aku dan bagi nasihat tentang kesan laporan dibuat yang melibatkan ahli keluarga.

Sebenarnya aku juga minta nasihat sebuah syarikat talian komunikasi yang terangkan segala maklumat panggilan keluar-masuk serta sms keluar-masuk memang disimpan oleh syarikat telekomunikasi. Ada borang rasmi disediakan dan jawapan hanya dalam 5 hari sahaja. Tak lama pun. Kebetulan individu-individu disyaki menggunakan perkhidmatan yang sama dan pihak polis sahaja yang boleh mendapatnya untuk tujuan siasatan.

Setelah dua hari; aku cuba dapatkan maklumbalas pegawai penyiasat tapi jawapannya belum ada apa-apa perkembangan lagi walaupun telah menemuduga beberapa individu yang disyaki. Aku mencadangkan perkara di atas kerana maklumat yang diperlukan hanya sekitar jam 8.30 malam 3/9/2011 hingga jam 8.30 pagi 4/9/2011. 12 jam aja dan semua 4 nombor telahpun aku berikan kepada beliau. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu apa berlaku pada malam tersebut yang membawa kepada kehilangan laptop aku. Apa respon beliau?

Pegawai tu boleh tanya balik, aku nak suruh dia buat macam tu ke? Terdiam aku tak tau nak jawab apa. Aku rasa ini antara tugas beliau. Aku mula terfikir bagaimana prestasi dinilai – melalui jumlah laporan yang diterima atau melalui jumlah kes yang diselesaikan? Adakah peratusan kes yang berjaya diselesaikan atau peratusan kes yang diterima mencerminkan prestasi seseorang? Bacalah entri aku pasal KPI. Berbaloikah dengan gaji bulanan yang diterima? Inikan tanggungjawab, amanah yang perlu dilaksanakan?

Atau, laporan diterima akan dikelas-kelaskan dahulu dan keutamaan diberi kepada kes-kes penting? Ada hieraki juga ke dalam mengendalikan kes? Laporan aku dah 39 hari – lebih sebulan dan aku dah hilang 2 kerja pun. Bolehkah aku simpulkan begini: Kalau sesiapa kehilangan barang; buat laporan polis hanya sekadar untuk formaliti jangan sampai orang kata 'Eh tak repot polis ke?' pastu laporan tu hantar laminate dan framekan buat kenangan barang yang hilang.

Aku mintak pendapat pembaca, perlukah aku tarik balik laporan tu? Bukan sebab nak pulihkan kekeruhan yang melibatkan keluarga cuma aku tak pasti kes itu akan diambil serius atau tidak. Laptop boleh beli berapapun tapi program 2 syarikat sebagai bukti kehilangan dan kehilangan kerja aku amat penting untuk bersihkan diri aku yang 'bukan kerja main-main'…..