Home » » Review Mereka Yang Terpilih

Review Mereka Yang Terpilih

Empayar Utama - Tuesday, February 5, 2013 : 15 comments

Aku cilok tajuk ni dari encikcopypaste aka kopi pasta yang menunggu dan akhirnya berjaya sebagai follower kelapan ratus. Sempat dia bergaduh jap ngan Devilz Adrian nak dapatkan nombor tu.

Itu yang Devilz Adrian main acah acah kejap follow kejap keluar kejap follow kejap keluar akhirnya tewas juga (eh
aku main-main aja, jangan percaya tau)

Review nih bagi aku dalam ertikata lain berkongsi promot belog kengkawan yang kita tulis tu. Biasanya ada beberapa ayat untuk pembaca dapat bayangan kasar akan laman yang direview tu sebelum menjengah ke sana. Ianya boleh jadi terperinci, ringkas atau terus saja bagi link (ala macam tak biasa je; serupa link iklan tuuuuuu). Dan carareview ni pun boleh jadi macam-macam:

- Ada yang tulis secara skema (nak jaga hati kawan hahahahahah);
- Ada yang tulis berdasar keadaan semasa atau ikut kesesuaian entri tuan pengreview (errrr betul ke ayat aku nih?) macam yang aku selalu jarang buat;
- Ada yang review pasal appearance belog tersebut (pilihan warna, widget yang ada di situ, header cantik/tak cantik, macam-macamlah) siap bagi cadangan macam tu macam ni buat tuan punya belog susah hati hahahahahah;
- Review mengutuk belog pun ada (ini reverse psikologi sebenarnya). Trafik mencanak naik tauuuu.
- Trend terkini ialah review belog sendiri pastu orang lain akan tolong copy paste review tu. Yang ini boleh nampak menerusi segmen, GA atau kontest.

Pada aku, review mereka yang terpilih beri win-win situation kepada kedua pihak cuma aku lihat belog-belog popular tak berapa berminat berkongsi. Mungkin cara ni agak bagus jika dipraktikkan oleh mereka yang tak begitu aktif berblogging cam aku ^_^

Bes tu apa kaitannya cerita ni dengan kopi pasta vs Devilz Adrian ? Entah...

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

15 comments:

  1. Setiap kita punya cara yg berbeza. Riveiw pun tak sama cara itulah manusia tak akan ada yg sama.

    ReplyDelete
  2. tak pernah review2 ni..akak cuma nak menyampaikan aje..org suka orang baca..dua2 pun dpt pahala.

    org follow diorg nak baca.ok dah tu..

    menulis mengenai ilmu Allah ni..malaikat akan mencatat utk kita..kalau tulis mengenai gosip artis.artis tak baca dan tak kisah pun..malah kita pula yg dpt dosa..nti

    akak tulis utk diri kak sebenar..cara melembutkan hati supaya tak keras.


    lari tajuk ke akak ni..?maaf ye kalau silap.

    ReplyDelete
  3. aku tak ingatla, aku pernah review orang ke tak.tapi kalau aku review, aku akan menegur tapi lebih molek bahasanya sebab aku tau tak semua boleh terima kalau kita terus bagi kritikan pedas kan? :)

    bila kita kritik, kena susuli ngan pujian so balance la kat situ.ni cara aku la, cara ko mana aku tau.. ko tak mesej aku pon

    ReplyDelete
  4. selalu blog kena review tapi x pernah mereview blog orang pun hihi...

    ReplyDelete
  5. Salam.. saya tak pernah review blog mana-mana lagi sebab saya tak tahu pun nak komen pasal blog orang lain..hehehe..

    ReplyDelete
  6. tahniah bro...dah 800 followers...... remy selalu direview oleh bro...terharu rasanya......
    insyaAllah...teringin jugak nak review blog org lain.....

    ReplyDelete
  7. kahkahkah aku terjumpa n3 bila aku gugel blog aku..LOL. tp betul la apa yg ko kata tu. kita berblog ni jgn syok sendiri lg lg blog tu kita mmg nk share dgn org. open minded terima kritikan, dan dri situ kita boleh improve n jadi lgi hebat berblog..kritikan mbina itu penting..cheers!

    ReplyDelete
  8. Makasih semua kerana menyumbangkan kutukan hahahahahahah

    @afzalsukasuki; selalu mesej tp orang rumah ko delete hahahahahah

    @kopi pasta; aku lom ada cerita best nak kongsi terbuat cerita ni pula

    ReplyDelete
  9. pernah dlu buat buat review masa buat segmen2 ni,tapi skrg tak dah sbb nak buat entri pun dah berapa bulan menyepi baru mnulis balik..

    ReplyDelete
  10. ada pun sesetengah perlakuan sesuatu bersebab untuk kemenangan. :)

    ReplyDelete
  11. lma I cari2 link empayar utama now baru dapat. hahaha tak tau la my lappy memberontak tak nak masuk empayar ke apa.

    ReplyDelete
  12. @Nastyna;
    makasih sudi singgah dan baca cerita-cerita merapu saya. Kalau teh o ais limau ngan Laksa Johor dah siap bagitau tau, nanti saya datang ^_^

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...