Home » » Program Affiliate Jana Ribu-Ribu

Program Affiliate Jana Ribu-Ribu

EmpayarUtama - Saturday, February 9, 2013 : 13 comments

Terbuka juga kepada yang sudah berjaya jangan malu-malu berkongsi di sini. Mungkin ada yang nak cerita kejayaan sebenar dari bulan pertama hingga ke tahun lima dan cuba bahagikan pendapatan itu dengan 60 bulan; berbaloi-baloi tak.

Saja je bukak dashboard kereta (mana ada kereta) belog nampak komen anon buat aku teringat cerita-cerita
lama pasal affiliate.

Ari ni program yang aku kongsi di sebalik Replika dah tak de ayat mengarut-ngarut kat laman utamanya. Terus je login atau register; susahle nak ngutuk lagi. Pastu sebab cerita Bebas Tapi Terbelenggu buat aku kena marah ngan Sujairi.

Tuan-tuan punya laman affiliate ni bukan ajar menjana duit. Diorang bagitau korang kena pastikan:

1. senarai e-mel korang dah cukup banyak ke untuk berpenat lelah buat promosi; dan senarai e-mel tu nanti disapu oleh tuanpunya program. Senarai E-mel ciput jangan mimpile...

2. kena join forum-forum; tukaran wang link; laman-laman sosial atau apa saja asal link kamu tu disebarkan hatta ke planet-planet jika boleh. Lagi canteeekkk jika followers atau friends korang melimpah ruah. Kalau tak tuanpunya program masyuk sikit sangat (tokey peduli hapa kalau korang tak dapat duit)

3. kena buang masa buat promosi walaupun 'gah' kata part time lah; kebebasan kewanganlah. Ada kerja belum tentu ada gaji, tak ada kerja komfom tak bergaji. Tokey je yang tak yah kerja tapi korang bagi dia gaji

4. bayar dulu pastu syoh syoh gi buat kerja untuk tokey hahahahahampagas tul camni punya kerja pun ada kannn

5. korang tak dapat apa-apa ilmu selain dari laman web yang sama (ala yang korang bayar tuuuuu) pastu berlawanlah korang kayakan tokey. Tinggi sangat pemikiran bila Akal Melampaui Batasan.


Baca. Takkan tak faham apa muka depan ebook ni tulis?

Tajuk cerita ni sebetulnya Mana Satu Program Affiliate Yang Jana Ribu-Ribu Kat Tokey Dalam Masa Paling Singkat? tapi cam panjang sangat. Errr, tanya sikit - korang tau tak tuan punya program merangkap tokey tu sesama diorang siap ada satu forum sendiri untuk diorang berdiskusi dan buat perbandingan program siapa buat untung lagi manyak? Huahuahuahuahaua...

Aku tak tau ^_^





13 Comments

13 comments:

  1. Errr..baca dua kali baru faham..sekali tu blur2..second time dah agak terang. Sorry, diana pun tak tahu pasal ni tapi thanks sebab sharing sebab sebelum ni tak pernah terfikir pun..hrrmmm

    ReplyDelete
  2. tentang progran affiliate ni ada ker yg betul2 boleh percaya bro?ada jugak dgr sblum ni taun2 lpas tp lpas tu snyap jer..ada musim2 jer dgn benda ni

    ReplyDelete
  3. Encik ada kemajuan upgrade, kami belum sampai lagi, maaf lama tak jengah sini, pihak kolej saya tak membenarkan penggunaan laptop secara berleluasa. Hihihi.. apa pun teruskan berkarya dengan info yang bernas :)

    ReplyDelete
  4. salam EU :)

    dah lama jugak ayie tahu pasal program affiliate nih..tapi tak pernah cuba dan ambik tahu lebih lanjut...

    ReplyDelete
  5. incik empayar utama.. tau kan saya cmne... saya tak faham.,,xcamne tu,..?

    ReplyDelete
  6. terima kasih semua yang sudi bagi pandangan. Saya menunggu juga sesiapa yang pernah atau sedang mempromosi program affiliate berbayar untuk berkongsi pengalaman tak kisahlah sama ada berjaya atau tidak. Sekurang-kurangnya kita dapat tahu perjalanan sebenar penjanaan wang melaluinya.

    Satu lagi, saya cuma tekankan program affiliate berbayar yang 'too good to be true' di mana ahli-ahli boleh berjaya tanpa perlu bekerja. Ini berbeza dengan program affiliate percuma seperti iklan (advertiser/publisher)

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~