Home » » Sekarang Pelik VI - Sepak Yem

Sekarang Pelik VI - Sepak Yem

Empayar Utama - Monday, June 3, 2013 : 8 comments

Ada orang gelar permainan ini 'Timang Bulu Ayam'; ada yang panggil 'Capteh'; tapi rata-rata di Johor kita gelar dia 'sepak yem'.

Masa mula-mula masuk sekolah rendah, cikgu suruh kami main benda ni dulu sebelum boleh sentuh bola raga. Jadi kat setor sukan sekolah kami ada dua grup bola raga rotan.
Satu grup tu canteeekkk je dalam kotak, satu grup lagi berlonggok kat satu sudut tak rupa bola raga / takraw. Tapikan, sampai sekarang aku tak terer main takraw dah.

Ni sempena cuti sekolah aku buatkan untuk hero aku, Aiman. Rasanya dah takde aktiviti riadah kanak-kanak waktu petang-petang atau cuti sekolah macam zaman kami budak-budak dulu sebab sekarang mereka lebih gemar mengadap tv, pc, ipad, x-box, dan kalau cerita bab permainan nih – mereka lebih gemar main permainan dalam alam maya tu le.

Nak buat sepak yem ni mudah je. Antara bahan-bahannya (bukan bahan untuk masakan yea jangan kompius lak):

bulu ayam tak kiralah yang bersepah dalam reban ke atau yang korang paksa cabut dari badan ayam, selotep buat lawa - ikat getah pun oke, paku


tiub beskal yang dah tak diguna. Kalau nipis (China made boikot, boikot, boikot hahahahah) potongle lebih agak-agak besar siling 50 sen lama

Satu ikat kacang buncis erkkkkk salah dalam 4, 5, 6 bulu ayam pun tak pe ikut sukalah asal tiap bulu ayam tu bengkoknya keluar baru cantekkk. Cam bawah ni haaa:

Haaa dah siap:
Tapi tak de kaler-kaler cam gambar belah kanan sebab ayam-ayam aku baka ayam hutan sepeten jerk. Dulu adalah nampak kat kedai jual sepak yem kaler-kaler bagai tapi sekarang ni tak nampakla pulokkkk.

Tak banyak gambar atau maklumat pasal sepak yem ni tapi kalau korang rajin bolehlah taip "permainan tradisional-sepak yem" pastu pas kat pakcik gugel.

Satu lagikan, bila dah siap tu; si Aiman boleh tanya "ni bulu ayam betul ke?" hampeh tullah...

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

8 comments:

  1. Zaman dah berubah. Anak2 zaman skang dok leka bermain gajet2 canggih je. Klau ade yg main permainan tradisional pun dekat kwsn kmpg je kan

    ReplyDelete
  2. Aik.....sampai tiub basikal pun ko nak boikot....kesianla apek tua tu tak leh cari makan.

    ReplyDelete
  3. pes time dengaq ni pasai permainan nie.. camna cara main dia...cer ambik gambar tunjuk ckit hihi...

    ReplyDelete
  4. Dah sekarang jadi hiasan je. nak2 lagi yg colorful camtu. hehe.

    :P

    ReplyDelete
  5. semangat betul bapak aiman buat sepak yem. best best

    ReplyDelete
  6. pernah dengar tapi baru tahu ghuper sebenarnya.hihihi

    ReplyDelete
  7. kalau di Sabah guna bunga cempaka...kumpul banyak - banyak dalam 15 kuntum bunga...kemudian diikat..baru main sepak2...kiraan yang paling banyak dikira pemenang

    ReplyDelete
  8. Anak tak percaya kat bapak
    ha ha haaa...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...