Home » » Jimat Ruang Entri Menggunakan Picasa

Jimat Ruang Entri Menggunakan Picasa

EmpayarUtama - Monday, July 8, 2013 : 13 comments

Kemaskini: Bermula 1 Mei 2016; Picasa Web Album telah tiada dan semua gambar berpindah ke Google Photos. Kepada sesiapa yang SUDAH berjaya membuat slideshow menggunakan Picasa, sori kerana ianya dah tak befungsi seperti biasa. Oleh itu saya meminta maaf kerana selepas 1 Mei 2016, tutorial ini hanya menjadi sebahagian dari rujukan dan bahan sejarah hahahahahahahah - EmpayarUtama.

Mungkin ini cerita menyambut Ramadhan jadi selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua. Sempena bulan puasa aku fikir nak kongsi cerita yang elok-elok jelah. Apa cerita yang elok-elok yea? Mungkin aku akan kongsi tutorial 'camana nak buat slider dalam entri pos' yang tak banyak orang len kongsi pasal benda alah ni.

Buat permulaan kita tengok picasa dulu. Akaun picasa biasanya dah tersedia untuk pengguna blogspot. Picasa simpan segala imej yang ada dalam 'My Pictures'. Ada dua cara untuk paparkan gambar-gambar yang banyak dalam bentuk slide menggunakan picasa. Selain jimatkan ruang entri, ianya nampak kemas sikit (kemas ke?). Toksah cakap banyak, meh tengok camana nak letak gambar yang banyak menjadi satu slideshow/album dalam entri:

Cara 1: Menerusi akaun googleplus:
Jika korang dah ada akaun googleplus, terus saja ke 'album' di googleplus. Langkah-langkah berikut lebih mudah sebelum dapatan kod link slideshow dari picasa.

Semua gambar dalam blog akan berada di sini dan dikumpul dalam folder album. Kalau nak tambah gambar baru, klik butang "Upload Photos". Fungsi ini juga akan bina satu lagi album baru dalam folder/page album tu

namakan fail Album yang baru tu. Sedikit penerangan boleh ditulis di ruang 'Write a caption' untuk ia berada di bawah setiap gambar. Dah siap, tekan Butang 'Add' yang warna biru

Skip le 'tagging' ni sebab tujuan kita cuma nak buat slider dalam entri

Pastu, tekan link nih: https://picasaweb.google.com/lh/getEmbed dan satu paparan seperti di atas akan keluar. Pada "Select an album" pilih album yang baru dibuat tadi, kemudian pilih saiz slideshow. Jika mahu 'caption' dipaparkan dalam slideshow, tick pada "Show captions" dan copy kod HTML berlatar belakang kuning tu. Tempek kod dalam entri pos.

Cara 2: Terus melalui akaun picasa:
Kena login dulu akaun gmail korang, pastu baru klik http://picasaweb.google.com/

(Dulu dalam akaun gmail ada ditunjuk link picasa ni tapi sekarang macam dah tak de. Jadi teruskan dengan menekan link yang diberi ya)

Bila korang tekan je http://picasaweb.google.com/; ia tetap akan pergi ke laman googleplus. Tapi akan ada satu highlight kuning untuk ke 'Picasa web Album'. Haaa tekan link tu. Jadi, imej-imej seterusnya adalah dari laman picasa bukan googleplus lagi tau:

Tekan butang 'Upload' dan akan keluar page nih:

Imej atas ni gabungan dua pilihan - sama ada nak buat album baru (taip nama album baru yang korang nak bina kalau tidak - tarikh yang tersedia tu akan jadi tajuk album korang); atau menambah imej dalam album sedia ada (kena tekan le ayat "add to an existing album").

Bawah ni contoh 4 imej untuk album baru:
Dah siap tekan butang 'ok'. Dan ia akan jadi camni:

Pergi ke butang 'Action' dan di situ ada pilihan untuk letak 'Captions' atau sedikit penerangan untuk gambar/imej. Tekan butang tu dan akan keluar begini:

Tulis le apa-apa yang berkenaan dengan gambar yang nak dikongsi nanti. Bila dah settle yang tu, tekan butang 'Done'. Korang boleh nengok perbandingan imej kedua (Cara 1 : Menerusi akaun googleplus) dengan imej bawah ni - Albums bertambah dari 16 kepada 17:

Selalunya kita mengunci (locked) imej-imej dari dikongsi sebab ada yang personal. Oleh itu link 'embedded slideshow' di sebelah kanan (lihat imej atas) tidak berfungsi untuk slide yang akan kita paparkan. Jadi kenalah klik http://picasaweb.google.com/lh/getEmbed untuk dapatkan link kod html slideshow yang kita nak. Ha, apa lagi, tekan je lah.

Nanti keluarlah page baru cam atas nih. Sama macam Cara 1 tadi, Pada "Select an album" pilih album yang nak dipilih, kemudian sesuaikan saiz slideshow. Jika mahu 'caption' dipaparkan dalam slideshow, tick pada "Show captions" dan copy kod HTML berlatar belakang kuning tu. Tempek kod dalam entri pos. Siap dah.

Yang ini memang penting kepada sesapa yang begitu berani buat tuto. Kita kena tunjuk 'demo' apa yang dikongsi mana tau sendiri buat pun tak jadik, lagi cam bagooosh nak ajor onglen kuangkuangkuang kuanghajo tul aku nih. Ok, k, kita teruskan.

Dekat 'My Photos' tengok album yang kita nak 'display'. Lihat ikon bawah album tu sama ada 'private', 'limited' atau 'public'. Kalau masih tak pasti, tekan 'Edit visibility'

Akan keluar pop-up cam bawah ni untuk semua album dalam picasa. Pilih 'Public' dan tekan iklan nuffnang aku butang 'Done'

Satu lagi cara; tekan gambar kat album yang nak dikongsi dan akan keluar camni:

Pilih salah satu 'edit' (1) atau 'Click here to enter an album description' (2). Akan keluar juga pop-up cam kat bawah:

Di kotak 'Visibility' pilih 'Public on the web' dan tekan butang 'Save changes'. Sama ada dari imej kedua 'Done' atau dari imej keempat 'Save changes'; kedua-duanya akan kembali ke laman asal 'My Photos' beserta remark 'Your album has been updated.' begitu juga dengan ikon dan maklumat telah menjadi 'Public on the web'

Barule pembaca bley nengok album tu.

Ni nak bagitau sikit. Guna picasa (Cara 2) nih lambat sikit sebab imej diupload satu persatu (link 'upload more' keluar lepas setiap satu imej siap didownload) tak macam Cara 1 di mana butang 'Upload more photos' membenarkan kita mengupload seberapa banyak gambar dalam satu masa. Cuma link html kod slideshow yang nak ditempek dalam entri memang kena ambik dari link http://picasaweb.google.com/lh/getEmbed.

Contoh slideshow dari picasa yang aku tutorkan tadi hahahah (keluar gambar tak?):


Takat ni cuma ada satu je tutorial pasal picasa slideshow untuk letak dalam entri; yang dikongsi oleh firdaus kasim tapi dah lama sangat (bulan nam 2011) sebelum ada googleplus. Kemudian pos tu jugalah dipos semula pada hari yang sama oleh Demo LaNie.

Bagusnya picasa ni kita tak payah nak setting lebar dan tinggi tiap imej. Tak bagusnya pulak kelajuan tiap imej tak boleh dikawal. Nak tengok lama sikit satu-satu gambar tu kena tekan butang 'pause' yang disediakan.

Oh iya. Sebelum lupa. Butang bukak tutup kat atas tu adalah 'spoiler' tapi camana nak buatnya gi jengah blog abang Hanif Idrus ya. Cerita hari ni cuma pasal buat slider sebab nak jimat ruang jika banyak gambar untuk bina album :)

Nantilah aku kongsikan cara buat album lagu guna slideshow yang lain. Tungguuuuuuu.....




13 Comments

13 comments:

  1. dulu rajin guna picasa tapi tak tau plak yg picasa blh link dgn blog...hihi

    ReplyDelete
  2. err, kenapa aku tak boleh tengok demo tu? aku rasa ko kne setkan nya jadi public. kalau tak, ko sorang je yg boleh nampak.

    ReplyDelete
  3. @Carlos Santiago

    Nampak cam tak berat. Belog aku yang berat sebab gadget sidebar banyak tabber...

    ReplyDelete
  4. @mrs eyza

    Iya, tapi setting semua kena follow setting plusgoogle...

    ReplyDelete
  5. @kopi pasta

    Hahaha sori bang. Aku lupa - setting picasa kena follow plusgoogle juga. Dah ok dah. Nanti aku hapdet sket entri nih (sebab simpan jadi deraf agak lama tu yang tak ingat sori sori)

    ReplyDelete
  6. @Harith Iskandar

    Pun sori juga bang. Dah 'public'kan di picasa. Hampagastullah aku nih hahaha

    ReplyDelete
  7. OO YE KE...KETINGGALAN BAS AKAK NI..SELAMAT BERPUASA YE..

    ReplyDelete
  8. @Knor

    Haa happa lagi, dah buleh sumbat semua jenis kuih-nak-raya dalam satu album jah ^_^

    ReplyDelete
  9. wah..bagusnya
    jimat ruang nih

    ReplyDelete
  10. bunda singgah, selamat menyambut ramadhan almubarak

    ReplyDelete
  11. tq gd sharing ni & nak wish selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~