Home » , » Festival Anime: Sutera Mall

Festival Anime: Sutera Mall

EmpayarUtama - Sunday, January 1, 2023 : No comments

Anime Fest yang ini berlangsung di Sutera Mall Bukit Indah pada 30.12.2022. Selain sepupu dia, puteri bongsu aku ditemani oleh tiga orang lagi (akak dia, kawan akak dia dan putera kedua).

Penampilan kostum kali ini pula janggal sikit sebab dia tak pilih watak animasi Jepun tapi ambil watak Wednesday Addams dari cerita Addams Family.
Wednesday Addams ialah watak daripada siri tahun 2022 Keluarga Addams (Addams Family). Digambarkan sebagai kanak-kanak yang tidak sihat dan terpelihara emosi yang terpesona dengan makhluk yang mengerikan. Sering dikenalpasti dengan kulit pucat dengan rambut hitam bertocang.

Sutera Mall ni pula terletak di Taman Sutera Utama, Skudai, Johor, dibuka pada 8 Ogos 2008 yang terkenal dengan pelbagai tawaran dan suasana yang meriah.


Juga dipanggil sebagai Sutera Square, dikenali sebagai syurga makanan, menghimpunkan pelbagai kedai yang merangkumi masakan tempatan dan antarabangsa.

Ia menjadi antara 7 tumpuan pusat membeli belah menarik di JB, popular di kalangan warga Singapura. Sebagai salah satu pusat beli-belah, anda boleh melihat pelbagai jenis kedai daripada restoran, aksesori telefon bimbit, kedai kesihatan, urutan dan banyak lagi.






Di sini terdapat AEON BIG Hypermarket, dan terkenal dengan Kedai Buku Popular (Popular Bookstore) di mana anda boleh menerokai berpuluh ribu buku Inggeris, Mandarin, Bahasa Melayu dan Tamil.

Konsep Budaya dan Pendidikan digabungkan dengan Membeli-belah menjadikan suasana berbeza untuk semua para pengunjung. Jom singgah :)




0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulisle apa pun, aku baca ^_~