Home » , , » Pemansuhan Peperiksaan

Pemansuhan Peperiksaan

EmpayarUtama - Saturday, November 30, 2024 : No comments

Bila Menteri Pendidikan beri pengesahan pemansuhan peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3); aku ambil masa untuk ulas di sini.

Aku luahkan perasaan aku dalam blog ini kerana kebanyakan pos entri dan perkongsian aku berkisar anak-anak dan persekolahan mereka biarpun tulisan aku bersifat santai.

Selepas ini anak-anak tidak akan ada apa-apa peperiksaan besar hinggalah mereka berusia 17 tahun untuk duduki SPM. Jika keputusan SPM hancur, bukan saja pelajar itu sendiri tapi hancurlah juga harapan dan perasaan ibu bapa.



Boleh rujuk di sini: UPSR, PT3 dimansuh bagi kurangkan tekanan akademik pelajar yang diterbitkan pada 26 Nov lima hari lepas.

Aku tulis ni bukan sebab nak kita semua kembali terkebelakang; tapi zaman aku dulu; peperiksaan besar seawal darjah 5 (Ujian Penilaian Darjah 5) sebagai persediaan setahun sebelum murid-murid melangkah ke peringkat menengah. Darjah 6 itu untuk isi mental mereka; yang berjaya ke asrama tahniah, yang tak berjaya ke asrama akan teruskan ke sekolah menengah.

Hala tuju mereka dinilai pada usia 15 tahun di tingkatan 3 dengan peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Selain ilmu pengetahuan, mereka bakal jadi pelapis negara untuk pelbagai bidang. Penilaian menerusi peperiksaan pada aku amat penting.

Kementerian tunjuklah statistik kes bunuh diri di kalangan pelajar bawah 15 tahun. Jika jumlahnya menakutkan; boleh buat keputusan besar untuk negara selain pemansuhan peperiksaan...


Kita sebagai ibubapa berusaha membiayai keperluan hidup keluarga, jaga anak, serah kepada guru untuk menjaga dan mendidik mereka di sekolah. Kita letak sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah.

Zaman persekolahanlah anak-anak kita diajar cara yang baik dan berhemah untuk menghadapi hidup yang penuh cabaran; dan sangat penting untuk membimbing anak-anak di sekolah.

Boleh juga baca tentang Sarawak akan kekalkan sistem pendidikan yang mengadakan peperiksaan tahunan, peperiksaan serupa UPSR dan sebagainya.

Aku simpulkan - Sistem pendidikan bermasalah dan perlu diperbetulkan...




0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulisle apa pun, aku baca ^_~