Home » » Dilemma pembaca - Aku

Dilemma pembaca - Aku

EmpayarUtama - Saturday, August 6, 2011 : 9 comments

Untuk waktu santai belah pagi, biasanya lepas selesai hantar anak-anak dan isteri; aku lebih suka baca suratkhabar. Ini dah jadi rutin kengkadang sampai ke pukul 10 pagi walaupun aku tau kerja aku berlambak. Tapi sebab dah terbiasa aku
ambil satu hari selesaikan kerja-kerja aku untuk 3 hari berikutnya jadi aku akan ada masa rehat dari kerja-kerja pejabat sampai jiran-jiran pandang semacam je kat aku. Lantaklah.

Aku mengaku sebagai pembaca tegar Utusan manakala isteri aku pula memilih Metro. Walau macammana elakpun, dalam hati aku tetap akan buat perbandingan cara laporan berita disiarkan. Aku pun tak tau kenapa.

Oh ya sebelum lupa; aku mintak maaf yea kalau ulasan aku ni salah dan tersasar. Biasanya blogger ulas berita dalam akhbar atau pos balik berita yang sama letak dalam blog tapi aku tak pandai buat camtu.

Aku nak ulas berita muka depan semalam:

1. Iklan sponsor berwarna warni oleh Courts yang sebenarnya tak payah belipun dapat flyers percuma dibaling oleh ejen iklan ke dalam kawasan rumah atau dalam kotak surat jadi penyeri muka depan Metro. Iklan ni dalam hitam putih satu muka penuh ada kat halaman 6 Utusan. Aku ambil betul-betul muka depan Metrolah yea. Takkan nak ulas iklan pulak.

Tengok Courts ni teringat lak aku Courts JB pasang lagu Raya lima hari lagi sebelum puasa...

2. Ruginya kawin tak dapat bersama sampai saman 30 ribu disiarkan oleh Metro, tapi tak ada berita ni kat Utusan. Aku tak dapat ulas sebab satu akhbar je yang siar berita ni.

3. 'Serbuan' JAIS oleh Utusan dan ada berita ni dalam Metro mukasurat 12. Ini menarik aku nak ulas sebab walaupun kejadian yang sama tapi dua akhbar ni melapor berita yang berbeza.

Melalui Utusan aku dapat gambaran tentang kenapa serbuan dibuat dan rentetan dari itu menimbulkan satu kontroversi antara JAIS dan kerajaan Negeri Selangor. Ini melibatkan 12 orang beragama Islam. Manakala melalui Metro pula aku dapat gambaran tentang aktiviti keagamaan yang cuba menarik pihak lain yang bermasalah melalui sumber kewangan setelah kecewa dengan beberapa jabatan yang tidak ambil berat masalah mereka tetapi Metro melaporkan 20 orang beragama Islam terlibat. Kiranya Metro mengambil jalan mudah untuk berhenti di sini dan pastinya Utusan akan melebarkan berita kontroversi antara JAIS dan kerajaan Negeri Selangor pula.

4. Berita buang bayi luar nikah oleh Metro pun ada dalam Utusan di halaman 22 dengan kaedah penceritaan yang agak berbeza membawa kepada siasatan lanjut pihak polis.

Pinjam gambar anak kucing Ratu Satin je.
Tak berani aku nak letak gambar bayi tak ada kepala...

5. Berita tentang Timbalan Pengarah Veterinar Perak dibunuh disiar oleh Utusan; Metro pun ada juga di halaman 6. Utusan lebih kepada fakta selepas aduan oleh pengawal keselamatan dan 2 disyaki ditahan untuk siasatan manakala Metro mengindahkan cerita melalui jiran selepas aduan oleh pengawal keselamatan tapi 3 (bukan 2) disyaki ditahan untuk siasatan.

6. Mangsa mercun pertama tahun ni yang confirm boleh masuk Malaysian Book of Records oleh Utusan; Metro pun ada juga cerita pasal mangsa mercun ni, sebab tulah aku kata boleh masuk Malaysian Book of Records.

Dulu men jugak mercun bola nih buat halau monyet kat kampung.

Jadi korang dapat tangkap tak beza dua akhbar ni? Belum lagi?

Ini pandangan peribadi aku. Berita dalam Utusan lebih kepada masyarakat umum dan memang nampak pro kerajaan. Jadi jika ada saja berita yang boleh dikaitkan dengan pembangkang akan jadi modal Utusan untuk mengupas dengan lebih terperinci. Blogger juga ada ruang di situ dan secara tak langsung membantu menaikkan populariti blogger yang buat ulasan tentang isu politik. Manakala Metro pula lebih santai dengan mengetengahkan berita-berita terpencil dan nampak seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat secara langsung dalam politik tanah air.

Aku pula? Takkan la hanya disebabkan aku pembaca Utusan terus dicop pro kerajaan kerana pada aku, berita tentang perkembangan politik tanah air ni penting untuk aku meneruskan hidup; juga perancangan membesarkan anak-anak.

Eh, nak tanya ni; dah bayar zakat blom?




9 Comments

9 comments:

  1. bezanye ek, kadang2 metro ni berita dia lebih kepada kemasyarakatan, utusan lebih kepada goverment dan politik.(lebih ilmiah)

    metro banyak cerita pasal sosial/kdang2 banyak citer ilmu ghaib lah.

    kalau nak yg lebih mneghiburkan-metro kot

    ReplyDelete
  2. haha, betul tu.. kalau akhbar yg pro kerajaan mmg utusan la.. nak carik akhbar yang betul2 telus tanpa pro mana2 pihak pun susah gak skg ni..

    ReplyDelete
  3. @ fiq.; @ ifwat; ye la aku rasa nak berita baca Utusan; nak cerita baca Metro; nak merapu baca blog (aku); eheh

    ReplyDelete
  4. Hati-hati dgn info yg dibaca bro! baca semua lagi bagus..bo banding mana yg mantap..berita harian,kosmo,metro,utusan,the star atau bernama..

    ReplyDelete
  5. Thanks Sharing, :)
    Kadang2 info yang diberikan oleh dua2 paper nih agak tak masuk akal dan byk perbezaan dari yang sebenar..cuma bila baca salah satu paper di atas aku just amik tahu je..n x taksub sgt..Sebab akhbar ni da dipelopori dgn agenda politik....

    ReplyDelete
  6. mak maleh baca metro tu. Banyak yg merapu je citer2 dlmnya tu

    ReplyDelete
  7. da jarang bace surat kabo da.... huhuuu...

    ReplyDelete
  8. @Elih Japahar;
    @Acid+;
    @lagenda;
    @Ratu Satin;
    terima kasih, bagusnya kalau keluar berita dapatkan info dari dua belah pihak. Kalau takat sebelah pihak je cuma jadi cerita... bukan berita

    ReplyDelete
  9. suka baca metro sebab kecik senang bawak ke mana2 hihi tp cerita dlm metro byk cerita tak logik yg hanya hot pada tajuk tapi isi nan hadoo...

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~