Home » » Kolam Sotong II...

Kolam Sotong II...

EmpayarUtama - Monday, July 9, 2012 : 2 comments

Perghhh siap ada Part II lagi. Sebenarnya dah tujuh tahun berturut dan ini mungkin yang terakhir kot kami ke sini. Lepas ni mungkin beralih angin ke Pantai Timur pula.

Oleh kerana dah banyak kali bercuti ke sini; maka banyaklah perubahan yang dapat kami lihat. Tinggal di sini tak lama - 3 hari dua malam saja. Itupun selepas aku siapkan kerja-kerja
hujung bulan kat tempat-tempat kerja. Itu yang kalau sapa-sapa bertandang ke blog aku ni; dapat baca 2 cerita je yang sempat aku hapdet sebelum ni, pastu senyap.

Saja ambil tarikh yang tak sibuk. Tapikan, kebetulan banyak pula grup-grup datang. Dah serupa macam cuti sekolah juga jadinya. Bas saja ada 8 bijik. Meriah gitu ^_^



Kali ni kami pilih apartment 2 bilik:

Meh layan beberapa gambar bagi syok kat sapa-sapa yang blom pernah sampai sini. Banyak lagi gambar kat sini kalau nak tengok:








Kapal yang bawah ni, tahun lepas belum ada:




Bagi yang betul-betul sukakan pantai sebenar serta aktiviti pantai seperti bot, jetski, boya, kayak, payung pun ada untuk disewa - bolehlah ke Pantai Telok Kemang. Tapi cam biasalah, sekarang ni mana ada benda percuma lagi.

Tak jauh pun, terletak antara bulatan Port Dickson ke Tiara Beach yang aku cerita kat atas tu. Kalau datang bawak
payung sendiri, boya sendiri, tikar sendiri; haaa, kat sini memang boleh berpiknik sakan.


Di tengah-tengah parking lot pula dipanggil Dataran Sri Kemang. Datang bawak duit banyak sikit tau sebab macam-macam ada. Selain dari pakaian, cenderamata, gerai dan kedai makan; permainan dan tak lupa juga macam kat bawah ni - pun ada:

Ok. Balik kepada cerita asal kenapa dah rasa tawar hati nak ke sini lagi. Pertamanya kerana persaingan semakin hebat antara Tiara Beach itu sendiri dengan tuanpunya apartment yang memang dah sedia beli bilik-bilik apartmen di dalamnya. Hinggakan beberapa papan tanda amaran tentang gelang (wristband) dipamerkan. Sebab tu gambar pertama aku letak - gambar tangan budak-budak dengan wristband hehe.

Para pekerja di sekitar kolam pula terpaksa menjalankan tugas mereka dengan kerap memeriksa wristband yang dipakai. Mereka gunakan slogan 'judge a book by its cover' - mentang-mentanglah rambut aku panjang, atas tercacak-cacak lagi; pagi petang tiap sesi kena periksa walaupun muka aku dah familiar kat sini.

Keduanya - mereka ni hanya pentingkan kolam. Taulah buat masa ni tempat ni adalah yang terbesar di Malaysia. Aktiviti lain dah tak ada sebenarnya.

Dah tak beroperasi...


Jadi pameran aja. Sepanjang 3 hari, tiada siapa pun sewa basikal lagi...

Permainan kat dalam banyak yang 'temporary out of service'. Karaoke box tinggal 4 biji. Selain itu; Tiara Bistro And Cafe sebelah bangunan pendaftaran juga sudah tidak beroperasi lagi. Pavilion Walk pun sunyi...


Buat kengkawan Negeri Sembilan atau lebih tepat lagi Telok Kemang; jangan ambil hati yea dengan cerita aku ni. Ini hanya luahan hati aku yang saban tahun ke sini. Kalau tak best takkan aku datang sampai tujuh kali, kannnnnnn.......^_^




2 Comments

2 comments:

  1. tiara resort PD yer bro.....
    dulu remy pernah jugak buat family day kat sana..... lagi pun , company ada rent apartment kat tiara tu utk staff... tapi sekarang dah tukar balik ke angcasa resort.... hu hu hu..... tak leh mandi kolam sotong...

    ReplyDelete
  2. padanlah banyak gambar semua menunjukkan keadaan di kolam hehe...

    ok lah tue beralih angin pulak...mai ke utara kaa hihi

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~